Friday, April 19, 2013

Pasir Mas: Johan Akan Bekerjasama Dengan Ibrahim?

ANALISA                                                                                                                         

Esok akan berlangsung penamaan calon di seluruh negara. Esok akan menentukan apakah calon-calon yang diumumkan oleh parti masing-masing akan sah menjadi calon batau tidak. Begitu juga dengan mereka yang memasang angan-angan untuk ikut sama menyertai pilihan raya atas nama bebas atau sebagainya. Nasib mereka akan ditentukan esok.

Ada beberapa tempat atau kawasan panas menjadi perhatian. Orang sedang menunggu apakah atau siapa yang akan bertanding di dalam kawasan berkenaan. Salah satu kawasan ialah di parlimen Pasir Mas. Tumpuan kini kepada bekas ahli parlimen kawasan itu Inchek Ibraahim Ali.

Perhatian penuh diberikan kerana berlaku istidraj di Pasir Mas. Ibrahim yang sudah galak kononnya akan diberikan laluan untuk bertanding sebagai mewakili UBN telah terganjak apabila Umno mengumumkan Che Johan Che Pa sebagai calonnya, bukan Ibrahim. Pengumuman nama Johan itu bukan saja mengejutkan Ibrahim tetapi menyebabkan beliau kini sudah hampir gila.

Ibrahim merasa malu sendiri atas kejadian itu. Sebelum ini beliau telah menguar-uarkan dan berkerja siang malam untuk memastikan dia menang dan bertanding atas lambang dacing, tetapi yang terjadi sebaliknya.


Ekoran itu kerusi Pasir Mas menjadi persoalan. Katanya usaha terus dilalukan Ibrahim untuk memastikan dia bertanding mewakili UBN dan bukan berlaku tiga penjuru. Ibrahim mengira kalau berlaku pertandingan tiga penjuru, calon PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz akan menang mudah dan dia sendiri akan hilang wang pertaruhan.

Kita perhatikan apa akan terjadi esok. Tetapi saya tetap yakin sudah ada perkiraan di antara Johan dengan Ibrahim. Ibrahim juga tidak tidur malam terus melobi dan mendesak pucuk pimpinan Umno agar memberi laluan kepadanya. Bagi Ibrahim sendiri kalau esok tetap juga berlaku pertandingan tiga penjuru hingga ke hari mengundi segala maruahnya akan hilang. Dia boleh dianggap menjadi anjing kepada UBN saja. Tukang salak untuk memastikan perjalanan calon Umno selesa sedang dia sendiri akan lemas dalam pasir mas.

Pada hemat saya, saya yakin mesti ada counting (perkiraan strategi) di antara Johan dengan Ibrahim. Kalau esok Johan hadir ke pusat penamaan calon itu adalah formaliti saja bagi menjaga maruah parti, tetapi dia tetap akan memberi laluan dan bekerjasama dengan Ibrahim. Petunjuk akan menjadi jelas, kerjasama itu apabila sebaik saja menamakan dirinya, Johan akan menghilangkan diri dan seluruh jentera pilihan raya Umno akan bersama Umno.

Kesimpulannya pertandingan di kerusi Pasir Mas hakikatnya adalah antara Incehk Ibrahim Ali dengan Nik Mohamad Abduh. Ertinya PAS kena bekerja kuat dan jangan pandang mudah untuk menawan kerusi parlimen Pasir Mas. [wm.kl.10:17 am 19/04/03]

1 comment:

MAHATHIR BIN ABDUL WAHID said...

Salam tuan,tepat telahan tuan:-)