LINTAS PETANG
Ada maklumat dalam Umno Kuala Lumpur memberi tahu kemungkinan calon UBN untuk kerusi parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa tidak akan hadir ke pusat penamaan calon di Pajabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas jam 9:00 pagi esok.
Sumber dalaman memberi tahu saya, Umno pusat membuat persefahaman dengan bekas ahli Parlimen bebas Pasir Mas Inchek Ibrahim Ali akan mewakili UBN untuk berdepan satu lawan satu dengan calon PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
"Umno akhirnya akur untuk memberi laluan keada Ibrahim Ali sebagai menghormati Tun Dr Mahathir yang telah memohon agar Ibrahim diberi laluan bertanding atas lambang dacing," kata sumber berkenaan.
Mahathir tambah sumber itu telah menghubungi Najib akan mempertimbangkan desakan Ibrahim.
Sekiranya ini berlaku ia bermakna PAS harus bersiap sedia untuk mendepan Ibrahim secara satu lawan satu. Dinasihatkan PAS perlu membuat hubungi intim dan jalinan jentera pilihan raya dengan pihak PKR khasnya dari cabanga Pasir Mas.
Sebentar tadi ketua PKR Cabang Pasir Mas, Dr Wan Suhaimi Wan Daud memaklumkan dia akan bertungkus lumus untuk kemenangan calon Pakatan Rakyat, Nik Abduh. "Kita perlu lupa perasaan-perasaan sedih dan kesal, sebaliknya dengan memupukkan satu perasaan iaitu bagi memastikan kerusi Pasir Mas menjadi milik Pakatan.
Tambah beliau insyaAllah selepas ini senario dan budaya politik di Pasir Mas akan berubah apabila pelopornya sudah tidak lagi dalam gelanggang politik. Wan Suhaimi yang pernah bergelumang dalam Umno Pasir Mas, tahu benar akan kebejatan dan keburukkan parti berkenaan. [wm.kl.2:47 pm 19/04/13]
2 comments:
Tuan mso, penamaan calon sudah selessi. Saya mengikuti rapat perkembangan d pasir mas berikutan posting tuan pertandingan 2 penjuru sudah pasti d kelantan. Maksudnya sangat besar pada blog tuan. Kini gred blog tuan daripada A jadi A+ kerana ia benar belaka. Maklumat tuan sahih dan benar. Bukan bersandarkan fitnah dan khabar angin. Terima kasih tak terhingga pada tuan kerana selalu menghidangkan berita dan maklumat sahih. Soalan cepu emas, boleh ker pr menawan puterajaya?
Tuan MSO, kenapa dalam Pakatan Rakyat sendiri berlakunya perlawanan sesama sendiri. Adakah ini strategi baru Pakatan Rakyat untuk PRU 13. mohon seandainya tuan dapat memberikan pencerahan isu ini.... ini kali lah....
sudin, Jerantut Pahang.
Post a Comment