Showing posts with label Johan Che Pa. Show all posts
Showing posts with label Johan Che Pa. Show all posts

Saturday, April 20, 2013

Najib Juga Perlu Pecat Johan

ULASAN                                                                                                                                                                                        
Najib Razak dan Muhyuddin Yassin tegas mengatakan mana-mana ahli Umno yang bertanding akan dipecat dari Umno. Menurutnya mereka yang bertanding menentang Umno adalah pengkhianat dan sebagai pengkhianat mereka harus dipecat kerana akan merosak parti.
Johan: Khianat?

Katanya lagi parti tidak ingin kepada orang yang mengkhianati parti.

Najib berkata demikian merujuk kepada empat orang ahli Umno yang bertanding atas tikit bebas. Antara mereka ialah Naib Ketua Wanita Umno, Kamalia Ibrahim, bekas timbalan menteri Shariff Omar dan bekas seorang Exco Kedah masa BN memerintah, Fadzil Hanafi.

Muhyuddin Yassin lebih awal mengumumkan yang Kamalia dipecat dari Umno. Tindakan Najib dan Muhyuddin itu adalah menurut undang-undang parti dan ia bagi menjaga maruah dan martabat parti. Ahli parti akan tabik di atas keberanian dan ketegasan terhadap sesiapa bersalah tanpa mengambil kira situasi pilihan raya. Surat pemecatan mereka akan dikeluarkan Isnin nanti.

Friday, April 19, 2013

Che Johan Mungkin Tidak Daftar Sebagai Calon

LINTAS PETANG                                                                                                          

Ada maklumat dalam Umno Kuala Lumpur memberi tahu kemungkinan calon UBN untuk kerusi parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa tidak akan hadir ke pusat penamaan calon di Pajabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas jam 9:00 pagi esok.

Sumber dalaman memberi tahu saya, Umno pusat membuat persefahaman dengan bekas ahli Parlimen bebas Pasir Mas Inchek Ibrahim Ali akan mewakili UBN untuk berdepan satu lawan satu dengan calon PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

"Umno akhirnya akur untuk memberi laluan keada Ibrahim Ali sebagai menghormati Tun Dr Mahathir yang telah memohon agar Ibrahim diberi laluan bertanding atas lambang dacing," kata sumber berkenaan.

Mahathir tambah sumber itu telah menghubungi Najib akan mempertimbangkan desakan Ibrahim.