Sunday, April 21, 2013

Nik Abduh Ketua Barisan 18 Muka Baru PR Kelantan

ANALISA 1                                                                                                                         

Nik Abduh dua dari kiri.
PAS dan PKR Kelantan mengemukakan 17 muka baru dalam pilihan raya kali ini dan menukarkan beberapa wakil rakyat state ke kerusi parlimen. Penonjolan muka-muka baru dan pertukaran tempat itu juga melibatkan calon dari berbagai disiplin ilmu, pendakwah, guru dan profesional.

Untuk kerusi parlimen PAS menampilkan tiga muka baru dan dua perrsalinan kerusi. Muka baru ialah Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pasir Mas), Dr Izani Hussein (Pengkalan Chepa) dan Marzub Shaari (Bacok).

Manakala empat pertukaran tempat ialah Takiyuddin Hassan dari kerusi Bunut Payung ke parlimen Kota Bharu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dari parlimen Kota Bharu ke Gua Musang dan Mohd Baihayaqi Atikullah dari Pasir Tumbuh ke parlimen Kubang Kerian.

Seorang lagi Nik Mazian Nik Mohamad dari kerusi Gaal ke parlimen Pasir Puteh. Kesemua mereka adalah muka lama setengahnya sudah pun lebam dan 'komoh' seharusnya tidak lagi mengambil bahagian sebaliknya memberi peluang kepada muka baru yang ramai menanti. Tetapi...?

Muka baru untuk kerusi state pula ialah Mohamad Razi (Tendong), Abdul Rosol Mohamad (Bukit Tuku), Dr Ramli Mamat (Bunut Payung), Ku Mohd Zaki Ku Hussein (Dabong) Mohd Nazlan Hasbullah (Limbongan), Tuan Mazlan Tuan Mat (Gaal) dan Abdullah Husein (Galas).

Yusnan Yusuf (Melor), Nik Mahadi Nik Mahmood (Kok Lanas), Mohd Rosli Ismail (Kemuning). Muka baru untuk kerusi parlimen pula Dr Izani Hussein (Pengkalan Chepa), Marzub Shaari (Bachok), Dr Wan Zawawi Wan Ismail dan Nik Mahmod Nik Hassan (Tanah Merah).

PKR juga meletakkan muka Mohd Azihan Che Seman (Nenggeri), Amran Abdul Ghani (Paloh),  Roslan Putih (Gucil) dan Shahrun Ibrahim (Pengkalan Kubur).

Memerhati barisan muka baru PAS ini bolehlah diletakkan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh sebagai ketuanya manakala di belah PKR Wan Zawawi. [wm.kl.11:32 am 21/04/13]
Post a Comment