Thursday, April 18, 2013

Dua Kumpulan Tiga Abdul Digugurkan

BERITA PENDEK                                                                                                           

Tiga orang wakil rakyat veteran PAS digugurkan dari menjadi calon pilihan raya ke-13 ini. Mereka ialah Abdul Fatah Haron (Bukit Tuku), Abdul Halim Abdul Rahman (ahli parlimen Pengkalan Chepa) dan Omar Mohamad (Perupok). Seorang lagi ahli politik veteran masih dikekalkan, iaini Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (ahli parlimen Kota Bharu) yang semalam diumum sebagai calon PAS parlimen Gua Musang.

Fatah, Abdul Halim dan Abdul Rahim ialah kumpulan yang dinamakan Tiga Abdul, manakala Omar Mohamad pula bukan kumpulan itu tetapi sebaya dengan anggota kumpulan Tiga Abdul itu.

Abdul Halimyang sebelum ini pernah menjadi timbalan menteri besar Kelantan berundur secara sukarela manakala Abdul Fatah dan Omar digugurkan.

Selain tiga ahli veteran PAS itu, turut sama digugurkan Wan Ismail Wan Jusoh (Melor), Drs Zainuddin Awang Hamat (Limbongan). Dalam mengumumkan calon-calonnya semalam PAS mengemukakan 16 orang muka baru.

Ulasan kedudukan terkini PAS dan UBN Kelantan berdasarkan batang tubuh calon akan menyusul. [wm.kl. 10: 10 08/04/13]
Post a Comment