ULASAN MAKLUMAT
Apa sudah jadi dengan PAS Kelantan? Apakah parti itu, tepatnya pemimpinya sudah bingung dan gelabah tahap empat? Katanya hari ini di kediaman rasmi Menteri Besar JKR 10, sudah dihurung oleh mereka yang dikatakan akan bertanding dalam pilihan raya untuk datang mengambil atau mengisi borang calon.
Ada setengahnya juga sudah diarah untuk mengambil gambar bagi dijadikan gambar calon di kedai gambar Mido Kota Bharu? Kenapa terjadi demikian? Sementara bakal-bakal calon untuk kerusi lain sedang bertarung sesama sendiri untuk mendapat tempat, tetapi sebahagian yang lain sudah mengisi borang penamaan calon.
Kenapa berlaku demikian yang mana ia menggambarkan tidak ada keselerasaan di dalam PAS.
Siapakah bertanggungjawab membuat arahan berkenaan? Apakah pihak Badan Perhubungan PAS Negeri atau pun Jabatan Pilihan Raya Pas Kelantan (JPN)? Atau kedua-duanya sekali? Apapun atau siapa jelas, kekalutan itu menunjukkan kelemahan dan kurang professional mereka.
Kalau kedua-dua sekali yang membuat arahan itu ternyata kedua-duanya bingung dan tidak mengikut adat resam biasa setiap kali menjelang pilihan raya. Selalu mereka yang dicadangkan menjadi calon akan dipanggil untuk mengisi borang bersama di JKR 10 dibawah selaisaan dan nasihat beberapa orang peguam. Mereka tidak akan diberikan borang atau watikah secara berasingan.
Selalunya juga mereka yang dipilih menjadi calon akan diberikan watikah perlantikan dalam satu majlis khas diadakan beberapa hari sebelum hari penamaan calon. Di majlis itu juga acara angkat ba'iah juga dijalankan.
Tetapi apa yang berlaku hari ini agak pelik dan luar biasa. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Watikah belum diserahkan, tetapi bakal calon sudah diminta mengisi borang calon atau mereka sudah diarah mengambil gambar untuk dijadikan poster calon. Apakah kata kalau ada pertukaran calon disaat-saat akhir tidakkah bakal calon yang tidak jadi itu akan malu. Perkara seperti ini menyentuh soal maruah dan air muka.
Katanya hari ini ramai yang terkeliru dengan arahan berkenaan. Yang lebih 'gombal' lagi ada yang pergi untuk mengambil borang tetapi tidak dibenarkan kononnya nama mereka tidak disenaraikan. Walhal nama mereka atau orang ini sudah pun hadir pada majlis pengumuman calon yang tidak jadi pada 12 April lalu.
Ada juga yang mewakili kepada pihak tertentu untuk datang mengambilnya. Dalam pada itu tidak kurang juga bakal-bakal calon tidak tahu menahu dengan program pagi ini. Seorang yang mengakui dia telah dimaklumkan menjadi calon parlimen berkata, dia tidak tahu menahu adanya pembahagian borang pagi ini.
Paling melucukan lagi katanya ibu pejabat PAS masih lagi bermesyuarat untuk menghalusi calon-calon di beberapa kawasan termasuk di Kelantan. Kalau benar begitu kenapa borang pencalonan sudah diberikan? Apa yang berlaku seolah seperti ada perebutan secara halus di antara pihak tertentu. Semacam mahu mendahului di antara satu sama lain.
Hendaknya kelam kabut mengenai hal ini tidak akan menjejaskan peluang dan harapan PAS. Kekelamkabutan itu juga sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada PAS. Biarlah ia berlaku kelemahan manusia yang mengendalikannya iatiu Wan Nik Wan Yusuf selaku pengarah pilihan raya dan Zulkefli Mamat setiausaha perhubungan PAS Kelantan yang juga disebut-sebut akan bertanding di Machang, kini berubah pula ke Jeli.
Dalam pada itu kecelaruan dalam beberapa aspek untuk menghadapi pilihan raya ini bagi PAS, tidak keterlaluan kalau diletakkan ianya disebabkan kurang pengalaman Wan Nik dan Zulkefli Mamat dalam membuat persiapan khasnya menguruskan calon-calon pilihan raya. Mereka berdua walaupun sudah lama berada dalam PAS tetapi ini kalilah mereka diangkat atau mengangkat diri mereka menjadi sebagai orang tua. [wm.kl.2:05 pm 15/04/13]
7 comments:
Bawak bertenang semua bakal2 calon jgn dok kecoh2 malu ko budak2....jangan dok berebut..pamerkan akhlak yang baik sebab kita parti Islam bukan macam hok sebelah sana..bawak bertenang.
SDR MSO,
KAWE RASA SITUASI NI BERLAKU GARA2 PERIHAL TGNA YG DIKATAKAN REBOH KEMARIN HINGGA KENA PAPOH. OLEH ITU BEGEGASLAH PUOK HOK NOK JADI CALON KE jkr10. mANA TAU HOK TAK TERPILIH MUKIN DAPAT BORANG PENCALONAN PUN JADILAH.
Yang telah dikategorikan kumpulan 17 jgn nok nyibukkk tak payah nak bagi alasan lagi cepat2 declare tak nak bertanding utk bagi peluang kpd muka baru....kalau tidak anda semua kena bertanggungjawab sekiranya TERJADI SEBARANGAN KESULITAN KELAK SO THINK ABOUT IT WISELY.
Wan Nik nak btanding jugak ke?Tak sohlah wan nik demo kurang sesuai jadi YB...sungguh kawe tak belawok
Kejadian yg tak sepatutnya berlaku dalam PAS, harap calon yg telah dimuktamadkan untuk bertanding menonjolkan diri, yg blum tu diputuskan, patutnya bersabar
Kade-kade kita marhaen ni pelik, bakpo ya set2 PAS (arif agama dan elok moral) berebut nak jadi calun? Bakpo:
a) Sebab nak bantu agama melalui parti?
b) Sebab nak berkhidmat utk rakyat?
c) Sebab nak cari samas serial?
d) Sebab nak kuasa dan menyusuri jalan ke arah kekayaan duniawi?
Lu fikir la sendiri! Kerana setiap perbuatan bermula dengan niat.
Umum mengetahui PAS miskin dan bjauh berbeza dari UMNO; tiada projek utk di-'satu untuk engkau, satu untuk aku'-kan, menjadi YB kalu menang lah) hanya akan menhabiskan tenaga, masa, harta dan mengumpul sumpah seranah rakyat merasakan mereka tidak mendapat apa2 menafaat sebagai rakyat dari YB PAS berkenaan.
Dan menjadi YB PAS tidak sepatutnya kaya raya, senang lenang selepas tu. YB yang berubah kaya raya selepas 1 penggal sebagai YB atau Exco, wajib dipencenkan! kerana mereka ini boleh dianggap tidak amanah dan mementingkan diri dan kaum kroni.
Rumusannya, toksoh la duk berebut nak jadi YB PAS. Anggaplah lantikan sebagai amanah dan t/jawab yang akan dipersoal dan dituntut di Sana seksok.
Post a Comment