Monday, April 1, 2013

Seorang Mufti Akan Jadi Calon PKR

MENELAH KHABAR                                                                                                        

PKR bakal mendapat lonjakan baru apabila seorang Mufti dikatakan akan bertanding atas tikit parti berkenaan. Pengumuman penyertaan Mufti berkenaan ke dalam parti itu akan diumumkan sendiri oleh Penasihat Umumnya Anwar Ibrahim sempena kunjungan Anwar ke negeri berkenaan 7 April nanti.

Penyertaan Mutfi ini memberi suntikan dan keyakinan baru bahawa PKR bukan parti yang cuba membawa pepercahan umat negara ini atau pun menolak tanggapan ia parti rasis ataupun tidak memandang berat kepada kedudukan agama Islam.

Seorang Mufti sudah tentu beliau tahu mengenai hukum hakam dan juga falsafah politik dan kepentingan politik dari sisi agama.

Penyertaan Mufti ini secara tidak langsung menempelak pandangan dan kritikan ulama muda yang cuba mengaitan perjuangan PKR sebagai alat kepada DAP seperti mana dituduhkan ke atas PAS. [wm.kl.5:34 pm 01/04/03]

3 comments:

Bosan said...

Bagi saya PAS patut malu jika ia terjadi. Adakah perjuangan PAS tidak menarik minat golongan beragama. Itu lah antara komen yang akan kedengaran jika berlaku

mubi said...

jika ditakdirkan mufti join PKR menjadi calon, bukankah ia patut disokong. perlu di ingat, jika sekiranya PR berjaya menuju putrajaya dalam PRU13, maka sudah pasti ada had bagi pimpinan pas untuk menyertai kabinet, oleh itu mungkin ini adalah strategi bagi meramaikan ulamak dalam pemerintahan negara kerana dalam PAS pun ada ulamak, dalam PKR pun ada ulamak.

razali said...

sSaya bersetuju dgn komen di atas. Tanggung jawab memartabatkan Islam bukan hanya terbeban di bahu PAS tatepi kpd seluruh umat Islam dan ianya melampaui sempadan politik kepartian