ULASAN SORE
Misteri menyelubungi bekas ahli parlimen Tanah Merah dari PKR Amran Abdul Ghani apabila beliau tidak melayan panggilan telefon beberapa kawan terdekatnya sejak dua tiga hari lepas. Ramai kawanan politiknya kesal dan terkilan atas sikap Amran yang dianggap tidak menunjukkan semangat seorang ahli politik sejati.
Tidak diketahui kenapa tiba-tiba saja bekas ahli parlimen berkenaan seakan menjauh diri dan tidak mahu berserabut dalam kancah politik menjelang pilihan raya umum yang akan menjelang kurang tiga minggu lagi.
Sikap membisu Amran dan enggan mengangkat telefon itu katanya berpunca dari masalah calon PKR di Tanah Merah. Amran yang menang pada pilihan raya lalu dikatakan tidak dicalonkan untuk bertanding kerana tidak mampu menunjukkan prestasi memuaskan. Mulanya beliau bersetuju untuk melepaskan kerusi berkenaan kepada calon lebih layak.
Dua minggu lepas Penasihat PKR Anwar Ibrahim berkunjung ke Tanah Merah dalam rangka untuk mengumumkan calon untuk kerusi parlimen Tanah Merah dan juga parlimen Machang. Tetapi disebabkan sesuatu teknikal pengumuman itu dibatalkan disaat-saat akhir.
Dari sumber rapat dengan psrti berkenaan pucuk pimpinan PKR Kelantan mahu mempertahankan Amran sebagai calon di Tanah Merah, tetapi ia kurang disetujui oleh pihak lain yang mencadangkan nama seorang ahli PAS seumur hidup, Dr Nik Saidina sebagai calon. Bagaimana pun nama itu tidak diumumkan apabila ahli berkenaan katanya 'bergagah' untuk bertanding atas tikit PAS.
Gara-gara itu nama itu tidak diumumkan dan ia ikut memberi kesan kepada calon PKR di Machang Dr Wan Zawawi yang diturunkan untuk mengganti tempat Saifuddin Nasution Ismail yang akan membawa diri ke Kedah.
Di celah-celah itulah kata ada usaha untuk membawa semula nama Amran. Pengerusi Perhubungan PKR Kelantan Abdul Aziz Kadir antara orang berusaha agar Amran dicalonkan. Walaupun ada nama lain disebut agak diletakkan bertanding di Tanah Merah tetapi Aziz awal-awal menolak kerana mahu memberi laluan kepada Amran.
Setelah usaha Aziz itu gagal ketika inilah nama Nik Mamhod muncul kembali. Mungkin kemunculan kedua Nik Mahmod ini menyebabkan Amran terus menyepikan diri.
Dalam perkembangan lain ada maklumat Amran kini sedang membuat perundingan dengan calon UBN Tanah Merah Ikhma Ihsan. Mungkin ramai tidak tahu semasa Amran berlawan dengan Shaari calon UBN tahun 2008, Ikhma dikatakan telah membantu Amran mengalahkan Shaari. Ikma pernah mengadakan pertemuan dengan Amran dalam sebuah belukar untuk tujuan memastikan calon BN kalah.
Kononnya apabila Amran sudah tahu beliau tidak akan dicalonkan, maka beliau kini katanya akan membantu Ikma sebagai membalas budi. Teori ini ada benar apabila Amran dikatakan yang mulanya bersedia untuk memberi laluan kepada Dr Wan Suhaimi Wan Daud yang juga berkebetulan kawan dan warisnya tiba-tiba menarik break. Malahan Wan Suhaimi ketika dihubungi memberi tahu beliau juga sukar untuk mendapatkan Amran menerusi telefon bagi bertanya khabar dirinya.
Mungkin Amran merasakan dia tidak tergamak untuk melihat Dr Wan Suhaimi diserang Ikma jika bertanding di situ, manakala beliau pula kekok untuk membantu Wan Suhaimi kerana dikatakan sudah termakan budi Ikma? Dan berita paling membimbangkan tetapi tidak perlu terkejuit oleh PKR kemungkinan Amran akan mengityharkan secara terbuka menyokong Ikhma sekiranya Nik Mahmod diletakkan menjadi calon di Tanah Merah. [kb.kel.5:44 pm 17/04/13]
1 comment:
Pak MSO, macam-macam berita politik dan orang politik..rasanyo tok larat pak MSO nak tulis semo..hok sedih ada orang kata pejuang tapi tok napok mace pejuang melainkan sebab nak jadi calon semata...lagi heran bila menang senyap tupah dale parlimen atau dun, duk sibuk buat rumah batu!!
Post a Comment