Sunday, September 2, 2007

Berita Semasa

PKR Bahagian Tumpat Alu-alukan Pertukaran Kerusi KB dengan Machang.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Tumpat tidak ada kena mengena dengan majlis Forum Kermerdekaan yang berlangsung di sebuah hotel di Kota Bharu pada malam kelmarin (1 September) yang dianjurkan oleh PKR Bahagian Kota Bharu.

Forum yang menampilkan ahli penal daripada Pas, DAP, PKR Kelantan dan Setiausaha Agung PKR Khalid Ibrahim dikatakan telah menimbulkan suasana kurang senang apabila Nik Aziz Nik Hassan yang mewakil PKR negeri dikatakan telah melencung daripada memperkatakan kemerdekaan negara kepada masalah hubungan PKR dengan Pas di Kota Bharu.

Nik Aziz yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Kelantan dikatakan tidak senang berhubung desas desus pertukaran kerusi Parlimen Kota Bharu yang diperuntukan kepada PKR sebelum ini ditukar dengan kerusi parlimen Machang.

Menurut jurucakap Biro Politik PKR Tumpat dalam satu mesyuaratnya kelmarin, bahagian itu tidak pun diberi tahu mengenai forum berkenaan.

Dalam pada itu mesyuarat birto berkenaan juga mengambil sikap mengalu-alukan pertukaran parlimen Kota Bharu dengan Macahang.

"Kami mengalu-alukan tindakan bijak BA itu demi untuk mempertahankan Kelantan," ujar jurucakap berkenaan.

Menurutnya, PKR tidak mengalami kerugian sekiranya pertukaran itu berlaku kerana ia untuk kebaikan bersama dan tidak wajar ianya dihebuh-hebuhkan.

Nik Aziz di dalam forum berkenaan dipetik melahirkan rasa kurang senangnya itu dengan menyampaikan salam terbuka kepada Persuruhjaya Pas Kelantan Nik Aziz Aziz Nik Mat dan Husam Musa. Bagi orang Kelantan tindakan menyampaikan salam secara terbuka melambangkan perasaan marah seseorang.

Kerusi parlimen Kota Bharu disebut-sebut akan ditandingi oleh Pas manakala kerusi Machang yang diperuntukan kepada Pas diberikan kepada PKR. Yang Dipertua Pas Kota Bharu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah disebut akan diletakkan di Kota Bharu sementara PKR akan meletakkan Pengarah Strategik Politik PKR Shaifuddin Nasution Ismail di Machang. [kb.02/09/07]

No comments: