Monday, May 19, 2008

Berita Ringkas

Sanusi Tidak Rela Bangsa dan Negaranya di Jual

BARU sekejap saya menghubungi dengan Sanusu Junid yang pada waktu ini berada di lapangan terbang Alor Star dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Dalam percakapan ringkas itu beliau memberi tahu tindakannya keluar Umno bersama Mahathir Mohamad tengah hari tadi mempunyai beberapa alasan.

Antara alasannya menurut Sanusi ialah kerana tidak tahan lagi dengan cara Abdullah mentadbirkan negara yang dikira merugikan bangsa dan negara. "Banyak alasannya antaranya ialah kerana saya tidak rela melaihat bangsa dan negara saya dijual kepada bangsa asing," katanya ringkas.

Beliau tidak dapat berbicara panjang dan meminta agar menghubunginya esok.

Dalam pada itu beliau sempat menyebut, "kini saya sudah tidak ada masalah lagi kalau nak bercakap dengan Pas,". Apakah beliau memberi klu selepas ini bekas MB Kedah itu akan bersama Pas bagi meneruskan perjaungan membela Melayu dan Islam.

Semasa pilihan raya lalu Sanusi yang menghubungi penulis beberapa kali dan meminta penulis menyampaikan salam kepada pemimpin Pas. Beliau juga turut sama memberi beberapa petua kepada Pas untuk memenangi pilihan raya lalu.

Sanusi terkenal seorang yang vokal dengan perjuangan Melayu dan Islam. [wm.kl 7:05 pm 1905/08].

3 comments:

Berita dari gunung said...

Sanusia sentiasa cergas mindanya, dan beliau sentiasa peka dengan perjuangan Melayu. Dalam tempuh itu juga beliau sempat berkenal dengan Anwar.

Komen beliau tentang Anwar adalah menarik, terutamanya tentang cerita penyertaan dalam program belia di Amerika Syarikat. Dia ada pergi dulu dan Anwar pun pergi diwaktu lain.

Sanusi juga kenal Abdullah waktu-waktu "sengkek", ketika Abdullah merayu minta jawatan.

Orang biasa tahu dan sedar bahawa Abdullah naik atas tiket "orang baik" seperti Wan Mokhtar juga.

Ramai juga sedar bahawa Abdullah naik bukan sebab cerdas, tapi perahu sudah terlajak dan ada jeram depan sana.

nasa said...

Quote:
Dalam pada itu beliau sempat menyebut, "kini saya sudah tidak ada masalah lagi kalau nak bercakap dengan Pas,". Apakah beliau memberi klu selepas ini bekas MB Kedah itu akan bersama Pas bagi meneruskan perjaungan membela Melayu dan Islam.

Saya yakin Sanusi tak akan menyertai PAS tetapi mungkin kita akan melihat anjakan baru dalam hubungan PAS dan orang UMNO tulen. Kalau selama ini UMNO menganggap PAS macam musuh, mungkin selepas ini mereka akan berjalan beriringan. Itu pun kalau Pak Lah berundur dari jawatan PM, kalau Pak Lah masih kekal, nampaknya tak ada apa2 perubahan lah.

Anonymous said...

tuan mso,

sy setuju dgn dtk sanusi, malah mso sepatutnya melihat secara global akan kerja2 jahat asing utk memporak perandakan negara yg org Islam agak baik kehidupannya.
Jgn nanti kita tiada pilihan lg utk memilih samada sebelah kiri atau kanan sbb kedua-duanya menjadi proxy kuasa asing secara tersurat atau tersirat yg mmg ingin melihat org islam dlm keadaan huru-hara.

Cuba pergi sendiri ke selatan thai, rakyat disana pun keliru dgn pejuang2 yg dikatakan Islam yg membunuh ramai org Islam yg tak berdosa, bila kita tanya mereka tak mampu mengulas dan keliru, dia org bg tahu perjuangan pejuang sekarang amat berbeza dgn pendekatan perjuangan Hj Sulong dahulu.


Kita org islam sudah tak mampu lg mengenal musuh yg sebenar, mereka dibuai dgn istilah Islam utk berjuang tanpa menyedari pemimpin mereka dah terperangkap dgn kuasa asing secara direct atau indirect. Kuasa asing ingin menghuru harakan kehidupan org Islam sambil nk menunjukkan kpd dunia bahawa agama Islam dah tak sesuai utk di dekati.