Thursday, July 10, 2008

Apabila Najib Berkata Kehilangan Bala Tiada Kaitan Dengan Kerajaan

MENGAPA tiba-tiba Mohd Najib Razak mengatakan kerajaan tidak ada kaitan dengan kehilangan penyiasat persendiri P Balasubramanian? Siapakah yang sebelum ini mengaitkan kehilangan Bala dengan kerajaan?

Apabila Najib membuka mulut mengatakan demikian menyebabkan orang akan mula bertanya apakah kerajaan memang ada kaitan dengan kerajaan. Baik orang tidak berfikiran demikian dengan kenyataan Najib menyebabkan orang mula berfikir demikian.

Bahawa kehilangan Bala itu dilakukan kerana ingin menyelamatkan orang kerajaan terutamanya Najib yang dikaitkan secara langsung dalam akuan berkanun Bala?

Banyak hal misteri mengenai penyiasatan persendiri ini. Beliau hilang selepas membuat akuan berkanun kedua menafikan dua perkara penting dalam akuan berkanun pertama, iaitu mengenai Najib yang memperkenalkan Altantuya kepada penasihat politiknya, Abdul Razak Baginda yang kini sedang berhadapan dengan tali gantung kerana dituduh membunuh Altantuya.

Seperkara lagi ialah mengenai akuan Bala yang mendakwa Najib pernah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya. Kedua akuan itu tidak memeranjatkan kerana persepsi demikian sudah lama tersendak dalam kepada orang ramai. Akuan Bala itu mengesahkan lagi tanggapan itu.

Selepas membuat penafian itulah Bala tiba-tiba dilaporkan oleh anak saudaranya ia beliau telah hilang dan tidak dapat dikesan.

Dan kini menurut polis Bala sudah berjaya dikesan berada di negara jiran (Singapura) dan telah mengambil keterangan daripada Bala? Kenapa Bala ke Singapura tidak ke Indonesia, atau Thailand atau Filipina? Siapa yang membelanjakan pemergian Bala?

Kenyataan Najib menafikan kerajaan tidak ada kaitan dalam melindungi Bala itu telah mengheretkan minda orang ramai untuk lebih mempercayai bahawa kehilangan Bala ada kaitan dengan kerajaan.

Sebabnya, sebabnya, pendedahan Bala dan penarikan balik akuan bersumpahnnya itu memberi keuntungan kepada orang tertentu dalam kerajaan. Tidak mustahil orang berkenaan menggunakan kemudahan kerajaan seperti mana yang kerap dilakukan oleh orang-orang kerajaan yang terdesak sepertinya sebelum ini.

Jadi jangan rasa terkejut kalau selepas ini kesemua akuan bersumpah Bala itu dimansuhkan dan dianggap sampah. Bala pula tidak dikenakan apa-apa tindakan atas alasan kurang cukup bukti dan sebagainya. Kalau ini berlaku ia menambahkan lagi ketidakpercayaan orang ramai kepada pihak polis. [wm.kl 8:15 am 10/07/08]

3 comments:

Mankanan said...

Salam,
Harap saudara MSO tidak membuat andaian membuta tuli. Kita belum tau kebenaran kes ini. Kehilangan Bala pun kita belum tau sebabnya dan siapakah yang mendesak beliau sebenarnya.. Biar kes ini disiasat dulu.. Jangan kerana saudara anti dengan Najib maka saudara boleh buat andaian sebegitu. Negara kita ada undang2 dan sebagai orang Islam pula kita tidak boleh menuduh orang sesuka hati..Maaf kalau saya silap..

Berita dari gunung said...

Walaupun begitu, waktu kenyataan akhbar untuk akuan bersumpah yang pertama, Balasubramaniam berkulit gelap amat jelas kelihatan,tetapi yang kulit cerah sedikit seperti Anwar Ibrahim, Azmin, Americk Singh Sidhu, Saifuddin Nasution dan Chan Tian Chua juga tidak kurang menonjol kehadiran mereka.

Dari awal lagi Akuan Bersumpah telah dimainkan sedemikian rupa. Impak yang maksimum untuk publisiti. Anwar Ibrahim seperti yang sudah-sudah dilihat hidup dengan politik berCANDUkan publisiti.

Publisiti tidaklah salah. Yang salah dan malang adalah CANDU.

Anonymous said...

Sunnguh menarik sebelum dari ini adanya Nallakurapan yang dituduh memiliki senajat api dan peluru hidup haram. Dan sedang didakwa untuk hukuman gantung sampai mati. Tiba-tiba tahun 1998 dan 1999, Nalla dibebaskan selepas membuat beberapa kenyataan yang menghentam Anwar.
Kali ini Bala pula yang terlibat.
Skrip hampir sama untuk audience yang baru 10 tahun kemudian.
Manusia dan lakonannya. Mungkin kerana ramai pelakaon terdahulu dah pun meninggalkan alam ini???