Friday, July 11, 2008

Berita Malam

Lebih 100 Ribu Banjiri PUTIK Dengar Penjelasan Isu Fitnah Anwar

PUSAT Terbiah Islamyiah Pas (Putik) di Pengkalan Chepa malam ini mencatat sejarah apabila lebih 100,000 orang hadir untuk mendengar ceramah Anwar Ibrahim berhubung isu dakwaan liwat ke atasnya yang diadakan di situ.

Kesesakan jalan raya menuju ke Putik diberitakan mengalami kesesakan lalu lintas teruk, sepanjang lima kilo meter. Putik menjadi tumpuan termasuk para peniaga sejak selepas Asar lagi.

Menurut saksi mata kehadiran malam ini mencatat sejarah kedua kali kehadiran mencecah 100 ribu dan menunjukkan isu tuduhan liwat ke atas Anwar benar-benar menarik perhatian rakyat Kelantan.

Ceramah malam tadi adalah dalam siri jelajah Malaysia dilakukan penasihat PKR untuk menjelaskan berhubung isu fitnah liwat ke atasnya oleh bekas Pegawai Khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Turut sama berceramah ialah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Husam Musa dan Ahli Parlimen Machang. Saifuddin Nasution Ismail.

Ceramah berkenaan disiarkan secara langsung oleh tv internet Global Media Channel yang berpusat di Kota Bharu Kelantan.
Sudah pasti tumpuan orang ramai ke Putik malam ini ialah untuk mendengar sendiri daripada Anwar berhubung fitnah yang dilemparkan ke atasnya.

Bagaimana pun Anwar sedikit mengecewakan hadirin apabila tidak banyak mengulas isu berkenaan atas alasan beliau sudah malas untuk melayan fitnah berkenaan.

"Saya malas untuk mengulasnya. Lantaklah nak percaya atau tidak. Tapi lawan saya tetap lawan habis-habisan," katanya.

Anwar yang tampil kira-kira 30 minit bagaimana cuba menjelaskan isu yang berlegar di sekelingi kini bukan isu peribadi tetapi ada sangkut paut dengan negara. Anwar seolah ingin menjawab kenyataan Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang memberi pandangan agar isu peribadi tidak dilibatkan dalam politik.

Lain-lain isu yang turut sama dibangkit Anwar sehingga menenggalamkan isu liwat ialah mengenai ketiadaan pelabor ke negara ini disebabkan kelemahan Kerajaan yang rasuah dan tidak mengawalkan sistem Islam.

Dalam kesempatan itu juga beliau menjelaskan mengenai usul untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen Isnin depan. Beliau yakin kalau usul itu dibenarkan dibahas kerajaan akan BN akan tumbang.

Beliau juga sekali lagi mengulangi kalau Pakatan Rakyat memerintah harga minyak akan diturunkan serta merta.
Anwar juga memberi jaminan kalau PR memerintah pelabur luar yang sudah bersedia dengan nilai pelaburan sebanyak lebih RM200 billion akan masuk ke Malaysia.
Sebelum itu Husam yang muncul dengan baju merah jambu (tiada petak-petak), menyifatkan fitnah yang berlaku ke atas Anwar adalah sesutau yang lumrah. Beliau lalu membawa cerita fitnah Nabi Yusuf dengan Zulaikha.

Husam juga yakin kedudukan Pakatan Rakyat tidak akan tergugat dengan fitnah yang direkakan oleh pihak tertentu itu.

"Kita yakin walaupun konspirasi fitnah ini direka namun keadaan Pakatan Rakyat tidak akan tergugat," katanya.

Ceramah Husam agak sikit teruja bila mana beliau mempersoalkan kenapa setelah sembilan kali diliwat baru Saiful membuat laporan polis. Walaupun Husam tidak menuduh Anwar meliwat Saiful sembilan kali namun apabila beliau menyebut angka itu bermakna bekas Adun Kijang itu ada maklumat mengenainya.

"Kalau saya sekali kena sudah malu, ini sembilan kali baru lapor kepada polis," katanya penuh sinis.
Cerita Zulaikha dan Nabi Yusuf disambung oleh Tok Guru yang muncul selepas Anwar. Kata Tok Guru apa yang berlaku ke atas Anwar harap-harapnya sama dengan berlaku ke atas Nabi Yusuf yang menjadi hebat selepas dihina dan difitnah.
Nabi Yusuf katanya pernah dihina dan dibuang ke dalam telaga buruk oleh adik beradiknya tetapi akhirnya dia muncul menjadi menteri kewangan dan membantu adik beradiknya yang menghina dan membuangnya dulu.

"Kita harap Datuk Seri Anwar juga serupa tu," katanya disambut takbir.

Walaupun Tok Guru muncul tidak sampai 20 minit namun beliau memberi mesej jelas; sekiranya Anwar benar-benar difitnah bekas TPM itu akhirnya akan menang juga suatu hari kelak. [wm.kl 12:00 t/malam 12/07/08]

2 comments:

mohd zaki said...

apa pandangan MSO?
Anwar sebenarnya tidak banyak menyentuh isu liwatnya sebenarnya, tidakkah ini menimbulkana keraguan kepada rakyat. beliau seharusnya menerangkan secara teperinci dakwaan2 yang dilemparkan kepadanya dengan memberi bukti2 atau hujah hujah. Ini menyebabkan rakyat semakin kurang yakin kepada beliau.
beliau lebih suka menyatakan dakwaan ini sebagai konspirasi..
kami sebagai rakyat yang berfikiran waras sudah dapat mengesyaki sesuatu yang beliau mahu sembunyikan.
harap2lah tuan MSO dan para pemimpin PAS semoga tidak mudah termasuk dalam perangkap Anwar dan dipergunakan oleh beliau.

pemerhati said...

Salam MSO dan sdr mohd zaki,

"Makin banyak bercakap,semakin banyak buat silap!". Tapi dalam politik & dalam berhadapan dengan musuh...semakin banyak bercakap, semakin banyak musuh mendapat maklumat tentang kita yang akhirnya kita tiada senjata melawan nanti........tunggulah masa untuk ber'perang'.