Sunday, October 25, 2009

Susupan Petang

Sayang Seorang Perempuan Kepada Tok Guru

SEORANG aktivis politik wanita dan penyokong kuat Pas dari Kelantan tidak ketinggalan turut menelefon saya mahu meninjau apa yang berlaku di sebalik kemelut terbaru yang menimpa Pas sejak kelmarin, iaini berhubung cadangan Tok Guru agar Pas adakan EGM untuk tukar pemimpin.

Beliau ini kerap kali menghubungi saya tidak kira masa demi untuk mengetahui perkembangan dalam Pas dan juga politik semasa di luar Pas. Saya yakin muslimah ini seorang yang komited dan sangat sayang kepada Pas dan seluruh pemimpinnya.

Dia bukan sarjana. Tetapi cara atau penglibatannya dalam dunia politik saya rasa lebih luas dan mendalam dari sesetengah sarjana yang membuat ulasan dan analisa dari dalam bilik berhawa dingin di kantor mereka. Bilik para sarjana di universiti dalam pemerhatian saya tidaklah luas mana, sekitar 20' kali 12' sahaja. Kebiasaanya bilik itu dipenuhi buku-buku falsafah, teori dan bahan bacaan umum yang ilmiah.

Menjadi kesukaan para sarjana pula bila gambarnya hendak dirakam mereka akan berdiri dengan berlatar belakangkan timbunan buku dirap. Ini untuk menunjukkan mereka seorang sarjana dan cendekiawan penuh dan sarat dengan ilmu. Tanpa buku tidak sahlah kesarjanaan mereka!

Buku-buku yang ditelaahi adalah ditulis oleh penulis berdasarkan kajian, pembacaan dan maklumat yang serius dan juga rencam. Dari situlah penulis itu membuat kesimpulan. Setengah serjana enggan turun ke bawah kerana merasa cemar bercampur dengan khalayak yang kurang cerdik. Nah buku-buku itulah yang dijadikan panduan dan teman bicara mereka. Setengahnya pula membuat ulasan dan simpulan berdasarkan kerja-kerja tugasan yang diberikan kepada anak muridnya saja.

Berlainan dengan aktivis feminis ini. Dia cergas dan pantas, pergi hampir ke semua pilihan raya kecil. Saya tahu ini kerana di mana dia berada dia akan menelefon dan memaklumkan perkembangan kepaada saya. Kami sering bertukar maklumat atau mengsahihkan maklumat. Sebelum pilihan raya bermula dia sudah tinjau untuk mengetahui siapa calon sebelah sana dan sebelah sini. Kehebatannya, dia boleh dan tergamak menghubungi semua pihak tidak kira Pas atau pemimpin UBN. Ini kelebihan aktivis ini.

Seperti saya kata, dia adalah pengkagum Tok Guru kelas wahid. Seperti mana katanya ketika menghubungi saya petang tadi, dia mendampingi Tok Guru selama 30 tahun. Dalam tempoh itu katanya dia kenal secerapnya bahasa politik Tok Guru. Tutur bicara Tok Guru, tindakan Tok Guru hatta hobi makan minum Tok Guru juga dia tahu. Katanya, Tok Guru suka makan ikan keli dan ikan kering masak gulai lemak! Ini saya dapat sahkan.

Aktivis ini tidak mempercayai kalau apa yang berlaku kini seratus peratus datangnya dari hati kecil Tok Guru. Dia yakin ada agenda atau sosok lain di belakang Tok Guru. Katanya Tok Guru hanya menjadi 'tetuang' sahaja menyuara dan melontarkan pandangan pihak tertentu. Dalam kosa kata lain Tok Guru sudah menjadi alat.

"Ana fikir ada orang yang mempunyai agenda dengan menggunakan Tok Guru. Ana tidak fikir Tok Guru jadi seperti mana dilaporkan itu. Tidak..ana tidak fikir begitu, enta jangan salahkan Tok Guru," katanya seakan merayu dan kesal kalau saya ada beranggapan Tok Guru silap dalam membuat kenyataan cukup konrtoversi itu.

Saya hanya mendengar sahaja apa yang dituturkan. Dia begitu yakin bahawa kenyataan yang keluar dari mulut Tok Guru kerana ada suara lain yang menyurunya. "Saya juga berfikir begitu, dah baca blog saya...?" kata saya sambil meminta dia membaca pengamatan saya terhadap apa yang berlaku itu.

"Tetapi dalam kenyataan Tok Guru hari ini, dia menyatakan tidak ada siapa yang mengajarnya. Ia adalah ideanya sendiri. Dia sudah dewasa untuk menerima tunjuk ajar dari sesiapa," kata saya sambil merujuk kepada kenyataan Tok Guru seperti mana dilaporkan akhbar hari ini.

"Oh memang Tok Guru begitu. Tok Guru baik dan pandai dalam menjaga air muka orang lain. Dia rela air mukanya tercemar asalkan air muka orang lain tidak cemar. Itulah Tok Guru yang ana kenal. Dia akan membela dan menjaga maruah orang, dia bertanggungjawab" balasnya penuh yakin.

Kata aktivis ini, sudah acap kali berlaku begitu. Tok Guru banyak menanggung beban yang dibuat oleh orang lain. Tok Guru menjadi pembela sukarelawan sehingga beliau disalah anggap berpihak kepada si anu dan si ani. Sebab itulah katanya, dia merasa sedih dan kesian kepada Tok Guru kerana terlalu banyak menyekang rasa dan semata-mata menjaga perasaan dan hati orang lain dari menjaga dirinya sendiri disalah anggapkan.

"Tapi kenapa dia sanggup menerima beban itu, bukan itu menyusahkannya?" tanya saya buat-buat tidak mengerti.

"Inilah tugas dan mulianya seorang pemimpin sepertinya. Tengok, Tok Guru berdoa siang malam untuk kesejahteraan rakyatnya. Untuk kebaikan negerinya. Kadang-kadang ana rasa dia terlupa untuk mendoakan untuk dirinya sendiri," katanya lagi bagi menjelaskan kemuliaan Tok Guru yang tidak ada tolak banding itu.

Aktivis ini memang seorang yang berani dan berterus terang. Bila saya tanya dia siapakah yang menjadikan Tok Guru sebagai alat dan menyusahkan kehidupan Tok Guru, dia menjawab tanpa berselindung. (Biarlah saya tidak menyebut nama-nama itu demi menjaga nama baik orang berkenaan dan juga Tok Guru serta aktivis ini).

"Kenapa orang-orang ini, apa logiknya," soal saya.

"Kalau sekali tengok ia tidak mungkin melakukan itu. Tetapi anta kena faham agenda ini sudah lama berjalan. Sejak muktamar lalu lagi. Yang menggerakkan ialah bukan orang yang takut kepada Tok Guru tetapi orang yang takut kepada Pas?" katanya.

"Ana tidak berapa faham?" akui saya.

"Anta tahukan cita-cita orang ini? Dia mahu jadi perdana menteri. Dalam perkiraanya kalau Pas tidak sokongnya dia tidak akan dapat jadi perdana menteri. Dan memang hakikatnya begitu. Baginya kalau Abdul Hadi jadi presiden bermakna impian itu akan melayang begitu saja.." ceritanya lagi.

"Maksudnya?" soal saya.

"Sebab dia kira Hadi dan the gengnya tidak akan bersamanya. Makanya dia mesti hapuskan Hadi untuk menyenangkan tugas-tugasnya. Hadi harus diganti dengan orang lain. Jadi apa yang Tok Guru lakukan ini adalah untuk memenuhi agenda itu. Sudah faham!?" jelasnya sedikit memerli akan kedugunan saya.

"Ana tidak fikir begitu!" saya cuba menafikannya.

"Anta kena baca sejarah hubungan mereka ini semua. Dari mana asal mereka. Apa pegangan politik mereka. Mereka ini semua bukan dari kumpulan ulama tradisi yang menerima terbiah awal Pas. Mereka ini adalah kumpulan moden yang datang bertenggek dengan gerakan Islam Pas. Latar belakang mereka sebegini menyebabkan mereka cemas takut mereka tidak akan diterima Pas.

"Jadi sebelum apa-apa dan untuk selamatkan diri mereka, mereka kena berusaha selamatkan diri mereka dan puak-puak mereka," khutbahnya panjang lebar.

"Hatta menggunakan jasa baik Tok Guruku?"

"Iya hatta menggunakan nama baik dan wibawa Tok Gurumu itu," tukasnya sambil mengilai sedikit manja.

"Tok Guru sedar dia diperalatkan?" saya membalik persoalan yang dikemukakannya.

"Ana rasa Tok Guru sedar!" katanya menyakini akan kemakrifatan Tok Guru dengan segala yang berlegar di sekelilingnya.

"Jadi EGM itu perlulah diadakan?" saya terus menduganya.

"Untuk apa? Tok Guru tidak ada masalah sehinggakan memerlukan EGM. Yang hendak EGM orang-orang itu! Orang bermasalah dalam Pas, Tok Guru tidak ada apa-apa masalah," katanya tanpa menghurai persoalan saya.

Baru saya nak ajukan persoalan lain, telefon kami putus, tup! [wm.kl. 6:00 pm 26/10/09]

15 comments:

abu muaz said...

Salam mso. Anda telah menghentam totok orang berkenaan tanpa selindung lagi.Benar juga kata pemanggil itu..... tok guru yang berhati mulia itu sedang dibelit oleh sipembelit.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum Tuan. Saya tidak dapat untuk menghalang jari saya dan hati untuk memberi komen dalam hal ini kerana saya begitu bimbang dengan suasana yang ada ini. Cuma kali ini saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana menyiarkan posting ini dan kepada kakak tu yang sudi berbual dengan tuan sehingga menatijahkan posting tuan ini ditulis. Bagi saya keadaannya sudah jelas sekarang kerana "sudah terang lagi bersuluh". Sekarang menjadi tanggung jawab kitalah untuk mempertahankan dan menyelamatkan PAS dan mereka-mereka yang teraniaya dik mainan orang-orang yang menganggu tok guruku juga bukan tok gurumu saja tau.

hafizzuddin said...

Adakah org di blakang Tok Guru ialah A**** melalui proksinya ****m?, jika PAS menang lebih byk kerusi Parlimen dan DUN dlm PRU 13 akn datang adakah kerusi PM atau MB di S****** akn jd rebutan? Isu 16 Sep mungkin ada kaitan. Apakah ini agenda jangka panjang individu2 tertentu mahu menyingkirkan peneraju PAS dan kumpulannya? Mungkin juga ini strategi politik Tn Guru Nik Aziz menggunakan senjata serampang 2 mata bg memberi pengajaran kpd kumpulan2 ini supaya tidak mengganggu kepimpinan PAS?. Cuba fahami apa yg dikatakan Tn Guru "Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah". (Maksud yg tersirat).

ANAFAKIR said...

Saya sedih kerana kita beranggapan Tok Guru itu seperti budak hingusan dalam sepak terajang politik.Meyakini bahawa Tok Guru menjadi mangsa dan dipermainkan. Sesungguhnya Tok Guru sentiasa meminta petunjuk Allah untuk dia bersuara berkaitan isu yang agak berat. Musthail Tok Guru begitu mudah untuk menelan mentah-mentah apa yang sampai kepadanya tanpa istikharah dan bermunajat..mungkin Tok Guru didampingi dan dibisikan sesuatu olen pihak-pihak tertentu namun dia seorang manusia yang sentiasa meminta petunjuk Allah sebelum kata putus dikeluarkan...justeru apa yang telah dilontarkan oleh Tok Guru adalah jelas. Dia bukan menunjukkan kuasa tetapi menyerahkan kepada suara ramai untuk membuat keputusan..kalau ramai yang menentang cadangannya, dia tetap menerima, kalau setuju pada cadangannya pun dia menyerahkan kepada suara ahli untuk bertindak...dia hanya menyuarakan isu....dalam blognya pun dia tidak berlebih-lebihan untuk mengatakan dia benar dan betul semuanya.

Kasturi said...

Banyak gangguan kepada kepimpinan PAS menunjukkan pakatan sangat mengharapkan sokongan golongan melayu daripada parti pas. Oleh itu golongan pro PKR sentiasa menghentam pemimpin pas yang ingin berbaik dengan umno. Tetapi tidak pula menghentam ahli pkr atau dap yang ingin berbaik dengan umno.

penawarrindu said...

Kekanda MSo,
Saya sebenar ada membuat posting secara santai didalam blog saya.
Kalau betullah apa yang dinyatakan oleh wanita tersebut, maka nampak gayanya semakin hampirlah benarnya telahan saya diblog tersebut dibawah tajuk pecah dan perintah.

mat said...

pada saya ini perkara biasa.tok guru seorang manusia.jadi tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.termasuklah dalam isu ini.tok guru buleh jadi betul,buleh jadi silap.begitu juga us.nasa,mustapha ali,hasan ali,mereka juga manusia.mereka juga boleh jadi silap,buleh jadi betul.jadi janganlah terlalu membela sebelah pihak sehingga menghina pihak yang satu lagi.boleh jadi kedua2nya salah,ataupun mungkin kedua2nya betul.tambahan pula perselisihan ini hanyalah soal stategi,pendekatan dan teknikal,yang rasanya tidak susah untuk diselesaikan.papepun saya sayang dan sokong tok guru,dan saya juga tidak bermasalah dengan us.nasa,mustapha ali dan dr hassan.mungkin mso dan orang lain yang sentiasa rapat dengan tokoh2 ni lebih tahu cerita yang didalam kelambu,tapi bagi saya peminat biasa yang melihat dari luar ini begitulah yang saya nampak.

mz said...

saya sgt bersetuju dgn pandangan anafikir..
dan nak tambah skit. sebab selepas baca byk komen saya rasa ramai yg belum memahami asal usul kes ini dan maksud disebalik kata2 aziz bari sendirik.

cuba baca balik dan renung fakta2 ini..isu kekalahan bagan pinang adalah tambahan saja..
1.) aziz guna perkataan DILIHAT pro umno. maknanya PERSEPSI ramai bahawa tindakan segeleintir pemimpin pas dilihat mcm2 pro umno. So kat sini rasanya ramai org bersetuju ttg persepsi ini especially golongan2 atas pagar dan bukan islam..jadi ape yg aziz ckp bg saya tidak salah sebab dia bercakap dr segi penglihantan beliau yg ramai bersepsi seperti dia atas..
2.) Ramai yg terlupa fakta ini.. Aziz menekankan tentang survey yg dibuat oleh merdeka center tentang tahap kepercayaan rakyat terhadap PR utk tubuh kerajaan pusat> Result dr survey berkenaan MAJORITI rakyat tidak percaya bahwa PR BERKEMAMPUAN utk ambil alih peranan BN di peringkat pusat.. Sebabnya adalah tindakan parti2 dlm PR sendirik dan khususnya dkt sini Aziz spesifik kepada PAS adalah tindakan segelintir pihak2 tertentu yg mirip kepada pro umno dan masih belum betul2 mahu sepakat dlm PR.. Ade saje kerenah yg dibuat yg kalau dilihat oleh segolongan masayrakat nampak mcm pro umno bukan pro PR> sekali lagi persepsi ditekan disini... Dan tindakan tersebut munkin telah mencetuskan tindakan golongan bukan islam cuba menjauhi pas dibagan pinang.. sekali lagi peersepsi..

kesimpulan disini ramai yg terlupa utk melihat 2 FAKTA besar diatas dlm komen2 beliau yg bg saya adalah amat penting utk dinilai.

Terima Kasih

Fatimah Zuhri said...

MSO,

1. Mungkin Nik Aziz kena peras ugut ?

2. I mean kalau betul la menantu dia dilantik sebagai CEO PMBK, mungkin someone dalam geng erdogan yang telah memerangkap serta memeras ugut beliau?

3. Nak tak nak terpaksa juga endorse kehendak pihak erdogan ini kalau tidak rahsia yang memalukan ini akan terbongkar/dibongkarkan.

4. Semalam Ketua Dewan Ulamak PAS sendiri kata tulisan itu bukan tulisan Tok Guru.

5. Macam mana pandangan MSO?

NH Shah Alam said...

Salam untuk semua penjengok Merah Tinta..

Saya juga teliti ulasan TGNA dalam blognya... Berulang kali saya baca, saya tak nampak satu penekanan TGNA ingin mengadakan EGM dan Membuang Presiden, Timb. Presiden, Setiausaha Agung dan Dr. Hasan Ali. TGNA hanya memberi pandangan untuk mengadakan EGM bagi menyelesaikan masalah yang berlaku kepada dua tiga kerat pemimpin yang nampak macam pro UMNO. Isu ini TGNA minta diserahkan kepada Ahli PAS samada menyokong tindakan mereka ini atau membuat sesuatu kepada mereka ini. Satu resolusi mesti dibuat bagi memeberi penekanan kepada mereka ini agar jangan bersuara lagi macam ala-ala UMNO.

Sebagai orang Kelantan saya cukup faham nahu dan lenggok bahasa TGNA apabila bersuara. Memang cara orang kelantan bercakap macam tu.

Jadi isu ini tidak besar sangat, hanya MEDIA milik UMNO sahaja yang membesar-besarkan isu ini.

Isu ini adalah isu anak beranak. Macam kita adik beradik lah, kalau ada adik beradik kita yang lain dok soksek-soksek yang bukan-bukan, kita akan panggil semua adik beradik dan bincang mengenai yang sorang ni apa patut kita buat. Semua pakat-pakat bagi idea baru masalah dapat diselesaikan..

Sama dengan isu TGNA ini, sebab ada dua tiga pemimpin yang dok buat statement semacam aje, jadi TGNA minta buat EGM dan serahkan kepada AHLI apa tindakan yang perlu dibuat. Terpulang lah katanya kalau tak nak tukar Presiden maka kita sama-sama bela beliau daripada dicerca dan ditohmah bukan-bukan.

TGNA tidak minta idea beliau diterima bulat-bulat, kalau terima Alhamdulillah, kalau tak terima tak apalah. Sebagai pemimpin dan Ahli PAS beliau juga layak bersuara.

Sekian.

* NH Shah Alam *

Bang Aji said...

Salam TuanM MSO,
Dari conggakkan politik ana juga berpendapat sama sebagaimana yang tuan perolehi komen dari pemanggil aktiviste tersebut.
Jangkaan ana rasanya berasas disebabkan pengalaman mainan politik pecahbelah mereka memang begitu. Untuk menonjolkan diri, mereka perlu menghuru-harakan atau mencantas pesaing melalui agen-agen yang mendambakan diri dalam kelompok "Erdogan" dengan menyertai gerakan Islam sebagai penyamar diri dan menggunakan teras kekuatan jemaah sebagai loncatan. Bersabarlah pejuang Islam sejati...Berkat doa semua Allah akan membersihkan golongan ini dari perjuangan kita..Hidup ISLAM!!!

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

salam hormat !

kata pepatah "tuah ayam nampak dikaki tuah manusia tiada siapa yang tahu',tuah orang politik bagaimana?

Kadangkala seseorang kawan bolih menjadi batu lonjatan untuk kejayaan namun kawan juga bolih menjadi batu penghalang kerana ada kawan yang jenis "makee gu'(makan kawan).Ada banyak jenis batu,ada batu arkib yang perlu diarkibkan dan ada batu ronson yang bolih menyalakan api perpecahan,juga ada batu nilam yang dihargai olih semua orang.

saya sebagai insan kerdil hanya mampu memerhati serta berdoa secara ala kadar yang bolih memohon agar diselamatkan dari berlaku sebarang perkara yang tidak dingini....

firdaus said...

setuju dengan pendapat MZ terutamanya di no 2.)

bagi saya sekiranya PR tertakdir memerintah Malaysia mungkin mereka ada satu yang kurang iaitu kalau UMNO kalahlah pasti mereka tidak hilang kawalan pada negara ni

segala kesalahan UMNO masa memerintah Malaysia mungkin PR yang akan menanggung bebannya, tuan MSO pasti faham maksudnya..

waktu tu tiada guna PR hanya merintih ini semua adalah kerja UMNO....

apa yang diperlukan PR kini adalah kuantiti bukan semata-mata kerana kualiti, setakat manakah kualiti yang ada mampu membawa mereka kini, tak berguna kalau sekadar hanya cukup-cukup makan

mungkin ada baiknya UG difikirkan semula

kita sepatutnya berpolitik melangkaui alaf politik

mencari kebenaran disebalik kebenaran

cubalah untuk melihat bukan hanya sekadar memandang

maaf tok guru dunia ni memang kejam dan lebih pelik daripada hairan dan tak mungkin akan ada happy ending nya....

Unknown said...

salam pak MSO

boleh tak saya nak buat telahan ini merupakan perancangan licik oleh puak2 bekas IRC@JIM yang ingin menjadi anai2 dlm kepimpinan PAS.sudah lama diperhatikan.tindakan mereka.kebanyakkan yang bermasalah ini, tarbiah awal mereka adalah di bawah seliaan JIM@IRC akhirnya terlibat dalam kepimpinan PAS. Allah Maha Mengatahui agenda mereka.

Emas Intan said...

askum, banyak pendapat yang di siarkan oleh pihak tuan,apa pun saya harap pas tetap teguh dan cemerlang dalam pru 13 nanti.