Friday, January 8, 2010

Berita Subuh

Isu Royalti Petronas : Latiif Berunding Dengan Hassan Marican

KETUA Dewan Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman akan menemui Ketua Eksekutif Petronas, Hassan Marican petang ini untuk berunding berhubung tuntutan royalti petroleum bagi negeri Kelantan.

Latiff yang juga Adun Mengkebang dipercayai akan membentang hujah-hujah tuntutan royalti untuk Kelantan yang selama ini dinafikan oleh Petronas.

Ikut sama dalam pertemuan dan rundingan peringat nasional itu ialah dua anggota Exco Kelantan, bekas Pengarah Urusan MAS yang juga seorang peguam berpengalaman, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan penasihat undang-undang negeri Kelantan.

Adalah dipercayai Latiff akan membuat sidang media selepas perundingan itu bagi menjelaskan kedudukan dan hasil pertemuan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Dewan Pemuda Pas Kelantan yang dipimpin Abdul Latif telah mengarahkan anggota Exconya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman agar rihat daripada tugasnya atas alasan menantu Menteri Besar Kelantan masih belum menyelesaikan masalah dihadapinya.

Arahan itu dibuat oleh Abdul Latiff dalam mesyuarat Dewan Pemuda Pas Kelantan di Kota Bharu kelmarin. Dengan arahan itu Abdul Ariffahmi tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat dan menyertai mana-mana aktviti anjuran Dewan Pemuda Pas Kelantan.

Seperti mana umum mengetahui Abdul Ariffahmi yang juga CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah menjadi topik perbualan hangat di Kota Bharu apabila ada usaha pihak tertentu untuk menyingkirkannya dari kedudukan itu. Rancangan menyingkrikan Ariffahmi dibuat secara teracang dengan menaburkan fitnah kononya beliau terlibat dengan rasuah. [wm.kl. 8:00 am 08/01/10]

1 comment:

Unknown said...

Payahlah nampak gayanya..
Sbb petronas dibayangi oleh kerajaan umno..