Saturday, March 17, 2012

Celoteh Murai 07/12

Kisah Tok Batin Akar Senduduk

Wah apa jadi dengan seorang Tok Batin parti politik sekali nak tanding, sekali tak nak tanding... sekali nak letak calon di seluruh negara belum tiba ayam berkokok pagi, tarik semua niat itu. Suaranya macam-macam nada dan irama. Sakit telinga orang mendengarnya. Lebih sakit dari dengar suara si katak.

Murai cuba memahami apa yang dikehendaki sebenarnya tetapi tidak berapa jelas. Cuma yang Murai nampak cara dia berdingdong-dongdong itu semacam mahu menjaja diri sahaja, hampir sama dengan GRO.


Sekali dia kata dia akan bertanding atas tikit partinya yang kini menjadi parti dia. Pada masa sama juga dia kata dia akan tenguk kalau ada orang kesian beri ruang dia akan terima, tanding atas tikit yang orang hendak beri. Murai nak nasihatkan tok batin ini kalau nak tengok bola Kelantan lawan Mongolia atas tikit orang sponsor tak payahlah. Buat cemar tangan sahaja.

Andakan kaya tengoklah Manchster United lawan Chelese lagi hebat dan ada ummph.

Lagipun Murai yakin seratus peratus Pas atau BN tidak akan beri tikit percuma kepada dia ni. Bukan tok batin parti 'dia' itu tidak hebat dan bijak, bijak... tetapi orang tidak percaya? Orang takut kerana kebijaksanan itu selalunya akan menyebabkan orang yang memberi tolong akan diperkenakan olehnya. Ada orang kata lebih baik berbincang dengan orang bodoh daripada orang cerdik seperti tok batin akar senduduk ni.

Murai sendiri ada pengalaman dengan orang bermata lembut mulut berair ini. Rasanya Pas juga ada pengalaman berdepan dengan orang ganjil dan anih macam tok batin akar senduduk ini. Apa yang berlaku di Pasir Mas cukup memberi pengalaman kepada Pas. Pas tidak mahu menjinakkan seekor lagi selantia huduh dan liar yang lompat dan meninggalkan najis di tepi piring.

Begitu juga dengan Umno. Parti itu sudah pun menggantung keahliannya atas tuduhan dia gunakan wang dalam politik. Sama ada betul atau tidak tuduhan itu, yang nyatanya Umno sudah ambil tindakan. Tidak mungkin Umno akan terliur lagi kepada objek yang terkena najis. Sejahil-jahil Umno mengenai agama mereka tahu juga bab-bab bertaharah dan mengenali jenis-jenis najis.

Apa yang Murai harapkan Pas atau Umno jangan leka dalam hal ini. Jangan mudah tersimpul dek kata politiknya. Penjualan sebongkah barang miliknya kepada Dewan Pemuda Pas adalah bisness bukan perlu dibayar dengan budi politik. Asingkan politik dengan soal budi.

Murai berkata begitu kerana bimbang kalau dia sedia lupuskan hutang itu kepada Dewan Pemuda Pas dan meminta kerusi sebagai kontra, Pas akan jadi cair dan memberi kerusi kepadanya. Jangan. Tok Batin akar senduduk ini pula kalau benar berani dan ingin orang menentukan apakah dia berguna atau tidak, nah bertandinglah atas tikit parti pak pandir anda sendiri.

Murai: Tangan mencincang bahu memikul.

No comments: