Saturday, March 17, 2012

Susupan Petang

Sokong Segera Tubuh Tribunal Siasat Ghani, Musa

Tuntutan dan keperluan ditubuhkan tribunal khas untuk menyiasatan apa dikatakan salah lalu bekas Ketua Polis Negara, Musa Hasan dan Peguam Negara Abdul Ghani Petail yang dikatakan bersekongkol dengan penjenayah tidak perlu ditangguh-tangguhkan lagi.

Perkara ini perlu disegerakan. Malahan kesegeraannya perlu diutamanya kerana tanggapan ini serius dan boleh menjejaskan kredibiliti negara dan juga kerajaan memerintah. Rakyat bawahan mungkin tidak faham dengan isu ini seperti mana isu lembu gemuk (NFC) tetapi masyarakat berpengetahuan akan terus memikirkannya.

Lebih teruk lagi isu ini juga akan terecer ke luar negara yang mana akan memberi kesan buruk kepada profession kepolisan dan perundangan negara ini. Makanya ia perlu diperjelaskan dan penubuhan tirbunal itu adalah sesuatu yang baik.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Hishmuddin Hussein seakan mahu menepis tanggapan itu dengan bertanya; mana buktinya? Tetapi dengan penampilan dan kesediaan seorang lagi pegawai tinggi polis yang sedang berkhidmat untuk memberi keterangan kepada tiribulan itu menunjukkan tanggapan itu bukan omong kosong.

Mungkin di Bukit Aman isu ini sudah tidak menjadi rahsia lagi cuma wanga Bukit Aman tidak boleh bercakap kerana dibatas peraturan dan akta perkhidmatan. Kalangan pegawai tinggi polis terutamanya yang sudah bersara sudah lama melingam perkara ini. Isu ini juga menyebabkan PDRM dikatakan terbelah dua.

Sebelum ini bekas Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim menyatakan banyak justifikasi menunjukkan andaian itu berlaku dan keperluan menubuhkannya juga bagi membersih nama perdana menteri. Jika tidak nama Najib Razak akan terkait dengan jenayah itu. Implikasi boleh melarat kepada kasus pembunuhan Altantuya.

Sekiranya tuntutan ini berjaya inilah pertama kali dalam sejarah negara ini sebuah tribunal seumpama itu ditubuhkan untuk menyiasat dua penjawat awam tertinggi yang selama ini menjadi tunggak dan diharap menjaga nama baik negara.

Selagi tirbunal ini tidak ditubuhkan, Musa dan Ghani tidak dibiacarakan ia akan menjadi chempedak busuk yang tidak dapat diselindungkan lagi kerana ia berbau. Justeru chempedak itu perlu dibuang ataupun dinyahkan baunya kalau untuk dimakan demi keselesaan umum. [wm.kl.5:57 pm 17/03/12]

No comments: