Wednesday, April 18, 2012

Rileks Petang

Timbalan Menteri Diberi Warning Akan Ditampar

Wah hebat perebutan calon dalam parti Umno Kelantan sampai ada timbalan menteri diberikan warning akan ditampar. Kenapa belum apa-apa lagi sudah ada tawaran tampar menempar? Tentu kalau menjelang pilihan raya nanti ada yang kena tampar sesama sendiri.

Ceritanya begini seorang timbalan menteri dipanggil untuk mengisi satu program parti di sebuah kawasan di Kelantan. Timbalan menteri in tidak tahu masalah dan apa yang sedang bergelumang di kawasan berkenaan. Dia hadir seperti biasa sebagai pemimpin Umno bertaraf timbalan menteri dari Kuala Lumpur untuk membantu kawan.

Beliau datang ikhlas kerana hendak membantu kawannya itu. Kebetulan pula kawan itu pernah duduk dalam satu gerakan yang waktu itu diketuai Anwar Ibrahim. Kedua-dua mereka bakal calon dan timbalan menteri muda itu berketuakan Anwar dan merupakan kawan akrab Anwar.

Kawan timbalan menteri itu sudah pun diura-urakan akan dipilih menjadi calon kerusi parlimen. Perkara itu sudah pun diumumkan oleh TPM, Udin anak Yassin maka individu berkenaan mulalah membuat kerja untuk menggerakan parti dan berkempen.

Malangnya ada individu di bahagian berkenaan kurang senang dengan pemilihan kawan timbalan mernteri itu. Dia marah kerana pemilihan itu tidak dimaklumkan kepadanya dan juga seakan mencabar kedudukannya sebagai ketua bahagia. Pemilihan kawan timbalan menteri itu dikira membelakangnya.

Kenapa beliau marah kerana sudah lama bergerak untuk parti dan sudah banyak wang habis. Tiba-tiba nama orang lain ditonjolkan, jadi marahlah dia.

Apabila dia tahu timbalan menteri itu ke bahagiannya dan sedang minum pagi di rumha bakal calon itu, tanpa mengundangnya sama, ketua bahagian berkenaan dikatakan menghantar SMS kepada timbalan menteri itu memberi warning agar tidak hadir ke program yang diaturkan. Katanya SMS itu berupa amaran kalau timbalan menteri itu hadir juga, dia akan ditampar.

Kerana takut kepada amaran itu maka timbalan menteri berkenaan tidak menghadiri apa-apa program yang diaturkan pada hari itu. Jadi pemergian timbalan menterti itu hanya tidak lebih dari untuk berjumpa kawannya itu dan makan tengah hari di rumahnya.

Aduh sampai ke situ ke Umno macam mana nak menaqng kalau macam ni? [wm.kl.2:39 pm 18/04/12]

No comments: