Monday, April 9, 2012

Susupan Malam

Ramai Yang Menanti Untuk Dengar Tangisan Awang Adek

Posting dibawah tajuk Awang Adek Akan Menangis Tak Berlaku mendapat perhatian ramai. Ke mana saya pergi akan ada yang bertanya apakah maksud posting itu. Tidak cukup dengan mengirim pertanyaan menerusi PM, dan sms ada yang memberanikan diri menelefon saya secara langsung.

Di sini saya tidak mahu buka lagi cerita yang menyebabkan Awang Adek akan menangis tidak berlaku ini. Biarlah Awang Adek mengumpulkan air mata sebanyak mungkin. Cerita ini pasti menyebabkan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan itu akan menangis tidak berlagu.

Dia ingat apa yang diselindungnya akan tidak diketahui orang. Hari ini mungkin ia, tetapi esok lusa akan terhidu dan diketahui juga. Benda yang diselindungi kini bersifat benda yang seperti buah bacang akau buah kuini bila ia sudah masak. Bila masak ia akan mengeluarkan aroma menyengitkan hidung.

Untuk sementara Awang Adek boleh merasa lega kerana kouta senatornya untuk tiga tahun lagi sudah disambung semula. Bernasib baiklah Awang Adek. Dan kepada mereka yang bertanya mengenai sebab musabab kenapa Awang Adek akan menangis tidak berlagu, tunggulah.

Atau kalau tidak boleh sabar tanya setiausahanya bernama Nik Yahya Nik Hasan. Kalau nasib baik Nik Yahya akan bercerita. [wm.kl.9:12 pm 09/04/12]

No comments: