CATATAN PERJALANAN
BEGITU saya diberi tahu Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Md. Akin akan turun ke Kuala Krai untuk bertemu dengan para pekebun kecil getah di kawasan itu saya turut terpanggil untuk ikut sama ke majlis itu.
Saya terpanggil dan berasa perlu mengikutinya kerana majlis pertemuan pemimpin dengan penduduk luar bandar itu sesuatu yang saya harap-harapkan. Bagi saya rakyat marhen yang tidak berkepentingan perlu dahulukan.
Saya mahu lihat sendiri dari dekat akan perasaan dan wajah rakyat luar bandar apabila berjumpa dengan pemimpin apa lagi bertaraf menteri atau timbalan. Dengan perjumpaan itu mereka akan dapat menyampai dan meluahkan masalah mereka secara langsung dan pemimpin dapat memahaminya.
Kedatangan pemimpin berjumpa dengan mereka akan menjadi penawar, melegakan perasaan mereka yang disogok dengan pelbagai masalah ketika ini, selepas beralihnya kerajaan pusat. Berbagai provokasi bagi melemahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini sedang diperlakukan. Justeru para pemimpin harus lebih kerap dan ramai mendampingi rakyat.
Kebetulan pula Shamsul Iskandar adalah sosok saya kenal rapat dan berkawan dengan beliau sejak awal Reformasi lagi. Beliau seorang anak muda yang gigih dan penuh iltizam. Jadi apabila beliau diketahui ingin menemui rakyat luar bandar, apa lagi di negeri Cik Siti Wan Kembang, sangatlah membanggakan saya. Apa lagi saya dapat tahu kunjungan Shamsul ke majlis itu adalah kunjungan pemimpin bertaraf timbalan menteri pertama kali.
Saya tidak begitu gembar dengan menteri yang hadir diupacara atau majlis-majlis besar bertaraf lima bintang, seperti majlis makan malam di hotel besar atau majlis anugerah kepada golongan tidak membabitkan orang kampung. Bagi saya acara atau pemimpin sebegitu yang berada jauh daripada rakyat.
Mungkin kerana saya juga orang kampung, jadi sangat teruja dan gembira kalau ada menteri hendak berjumpa dengan orang kampung. Bagi saya pemimpin perlu lebih banyak berjumpa dan mendekati orang kampung daripada orang di bandar atau pinggir bandar. Elok kalau kesemua menteri kabinet membuat program khas untuk masuk kampung, ke tanah rancangan Felda dan sebagainya.
Mula saya berjanji dengan rakan untuk menaiki kereta, (bergilir memandu) untuk ke majlis Shamsul itu, tetapi tidak jadi. Hendak tak hendak terpaksa menaiki kapal terbang dan kebetulan satu flight pula dengan Shamsul.
Semalam jadilah saya pengiring tidak rasmi kepada Timbalan Menteri Industri Utama itu. Namun itu tidak kekok kerana di zaman Reformasi lagi kami atau saya selalu bertemu dengannya. Bahkan setiap hari Jumaat menjelang himpunan Reformasi pada hari Sabtu setiap minggu beliau akan menelefon saya menayai jadul atau lokasi yang perlu berhimpun pada hari Sabtu itu untuk menunjuk perasaan.
Saya kenal Shamsul akhir tahun 1998 lagi, melihat beliau sebagai anak muda bersemangat dan berani menjadi penyokong kuat kepada Anwar Ibrahim.
Beliau sanggup turun setiap minggu ke Kuala Lumpur dari Melaka semata-mata untuk berdemonstrasi bagi membebaskan Anwar dan menentang Dr Mahathir Mohamad ketika itu.
Apabila ada luang peguam muda ini ketika itu mengajak saya minum sambil membicarakan soal perjuangan serta mengetahui ramalan saya tentang masa depan Anwar dan gerakan Reformasi. Ada kalanya beliau menelefon hanya semata-mata untuk bertanya perihal Anwar yang kadang-kadang membuatkan saya rimas dengan keseriusannya. Beliau sungguh menyayangi Anwar.
Mungkin ramai yang tidak tahu sejarah dan kronologi perjuangannya. Shamsul pernah memimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK), dan zamannya dianggap sebagai zaman mencabar. Selepas AMK ditinggalkan oleh Ezam Mohd Noor beliaulah mengambil alih memegang teraju AMK. Pemuda zamannya, adalah pemuda Keadilan yang komitmen, bersemangat dan berjuang tanpa penat lelah dan penuh keikhlasan.
Bayangkan waktu itu Keadilan dalam serba kelemahan dan kedaifan, (tanpa berkerjaan) namun dengan semangat dan iltizamnya, AMK digerak menjadi pengasak pejuangan Reformasi. AMK dibawahnya adalah pemangking dan pembakar semangat pendukung Keadilan serta pelaksana aspirasi perjuangan Anwar Ibrahim.
Majlis di Chenulang.
Berbaik kepada majlis yang saya hadir semalam adalah majlis Ramah Mesra pekebun kecil getah dengan beliau selaku timbalan Menteri Industri Utama yang diadakan di Chenulang kira-kira 67 km dari Kota Bharu. Sambutan para pekebun kecil getah pada majlis semalam sangat membanggakan. Majlis itu diadakan sejak jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang dihadiri lebih 300 para pekebun kecil getah. Seekor lembu ditumbangkan untuk kenduri majlis itu hasil gotong royong para pekebun kecil getah.
Yang menyambut ketibaan bukan sahaja para pekebun yang teruja untuk berjumpa dengannya, tetapi pemimpin tempatan termasuknya juga ahli Parlimen Kuala Krai Abdul Latif Abdul Rahman dan pemimpin parti politik Keadilan dan Amanah.
Majlis itu sungguh bermakna bagi para pekebun. Mereka bukan sahaja dapat beramah mesra dengan Shamsul tetapi turut sama berdialog menyampaikan apa-apa masalah serta membangkitkan kemusykilan mereka. Shamsul memberi layanan sepenuh menjawab segala permasalahan dibangkitkan secara telus. Turut serta dalam majlis itu ialah wakil agensi yang berada di bawah Kementerian Industri Utama, Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Risda.
Dalam dialog yang hangat itu Shamsul memberi penerangan akan usaha kerajaan untuk membantu mempertingkatkan pendapatan para pekebun kecil getah. Sekaligus beliau turut menjawab dakwaan Abdul Latif yang mengatakan kerajaan tidak membela pekebun getah. Menurutnya kerajaan tidak pernah berdiam diri dan sentiasa berusaha untuk membantu masyarakat luar bandar seperti pekebun kecil. Sebagai membuktikan komitmen kerajaan PH katanya, baru-baru ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan kenaikan harga lantai getah daripada RM2.20 kepada RM3.00 hingga RM4.00 sekilo.
Dalam pada itu menurut Shamsul segala permasalahan yang dibangkitkan dalam dialog itu akan diambil perhatian dan akan disampaikan kepada pihak kerajaan. Beliau memberi jaminan untuk turun menemui rakyat dari masa ke semasa. "InsyaAllah jika diundang saya akan datang lagi selepas ini," tegasnya.
Inisiatif PUGB.
Majlis Ramah Mesra dengan Shamsul itu semalam adalah inisiatif sebuah NGO, yakni Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera (PUGB), Malaysia. Pertubuhan ini baharu sahaja ditubuhkan baru berusia dua tahun. Bagaimana pun menurut Presidennya, Kameruzaman Ab Rahman, pertubuhan ini sangat bermakna kepada para pekebun kecil getah untuk bertindak menjadi pemudah cara di antara pekebun dengan pihak kerajaan.
Selain itu katanya, PUGB juga akan bertindak menjadi badan yang akan membela nasib para pekebun Bumipuetra di seluruh negara ini termasuk berusaha mengadakan aktiviti hiliran bagi menambah pendapatan para pekebun. Tegasnya tujuan dan matlamat pertubuhan ini tidak lain melainkan untuk membantu para pekebun kecil getah.
Satu hal yang sangat realitif penting waktu ini menurut Kameruzaman ialah, para pekebun perlu bersatu dan bermaufakat dalam pertubuhan itu bagi menyenangkan pihak kerajaan menguruskan apa-apa keperluan kepada mereka dimana pertubuhan akan menjadi pemudah cara, mediator. Begitu juga untuk para pekebun menyampaikan apa-apa masalah dihadapinya.
Di majlis itu juga semalam PUGB telah menyerahkan satu memorandum kepada Shamsul untuk dibawa ke atas, yang kandungan sudah tentu untuk membela nasib pekebun dan kebaikan bersama.
Sementara itu menurut Kamaruzaman beliau menyeru para pekebun kecil getah agar bergabung dalam pertubuhan itu. Dari masa ke semasa pertubuhan itu akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan mana-mana pihak untuk kepentingan para pekebun kecil getah.
Atas inisiatif pertubuhan itu juga sudah dua kali Shamsul atas kapasitinya sebagai timbalan menteri turun ke Kelantan mendekati para pekebun kecil. Kali pertama ialah di Machang, dan keseluruhan program mendekati pekebun sebegitu sudah lapan kali termasuk di Melaka, Negeri Sembilan dan Kedah.
Tidak terlupa dimajlis itu juga Shamsul telah menyampaikan sumbangan daripada PUGB kepada murid Sekolah Kebangsaan Chenulang, Azni Baldisha Ilias satu-satunya murid yang mendapat 5A dalam ujian USPR lalu. [wm.kl.6:37 pm 01/12/18]
Shamsul menyampaikan sumbangan kepada Amni Baldisha. |
Saya terpanggil dan berasa perlu mengikutinya kerana majlis pertemuan pemimpin dengan penduduk luar bandar itu sesuatu yang saya harap-harapkan. Bagi saya rakyat marhen yang tidak berkepentingan perlu dahulukan.
Saya mahu lihat sendiri dari dekat akan perasaan dan wajah rakyat luar bandar apabila berjumpa dengan pemimpin apa lagi bertaraf menteri atau timbalan. Dengan perjumpaan itu mereka akan dapat menyampai dan meluahkan masalah mereka secara langsung dan pemimpin dapat memahaminya.
Kedatangan pemimpin berjumpa dengan mereka akan menjadi penawar, melegakan perasaan mereka yang disogok dengan pelbagai masalah ketika ini, selepas beralihnya kerajaan pusat. Berbagai provokasi bagi melemahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini sedang diperlakukan. Justeru para pemimpin harus lebih kerap dan ramai mendampingi rakyat.
Kebetulan pula Shamsul Iskandar adalah sosok saya kenal rapat dan berkawan dengan beliau sejak awal Reformasi lagi. Beliau seorang anak muda yang gigih dan penuh iltizam. Jadi apabila beliau diketahui ingin menemui rakyat luar bandar, apa lagi di negeri Cik Siti Wan Kembang, sangatlah membanggakan saya. Apa lagi saya dapat tahu kunjungan Shamsul ke majlis itu adalah kunjungan pemimpin bertaraf timbalan menteri pertama kali.
Sebahagian pekebun kecil getah yang hadir. |
Penyertaan pekebun wanita juga menggalakkan. |
Mula saya berjanji dengan rakan untuk menaiki kereta, (bergilir memandu) untuk ke majlis Shamsul itu, tetapi tidak jadi. Hendak tak hendak terpaksa menaiki kapal terbang dan kebetulan satu flight pula dengan Shamsul.
Semalam jadilah saya pengiring tidak rasmi kepada Timbalan Menteri Industri Utama itu. Namun itu tidak kekok kerana di zaman Reformasi lagi kami atau saya selalu bertemu dengannya. Bahkan setiap hari Jumaat menjelang himpunan Reformasi pada hari Sabtu setiap minggu beliau akan menelefon saya menayai jadul atau lokasi yang perlu berhimpun pada hari Sabtu itu untuk menunjuk perasaan.
Saya kenal Shamsul akhir tahun 1998 lagi, melihat beliau sebagai anak muda bersemangat dan berani menjadi penyokong kuat kepada Anwar Ibrahim.
Beliau sanggup turun setiap minggu ke Kuala Lumpur dari Melaka semata-mata untuk berdemonstrasi bagi membebaskan Anwar dan menentang Dr Mahathir Mohamad ketika itu.
Apabila ada luang peguam muda ini ketika itu mengajak saya minum sambil membicarakan soal perjuangan serta mengetahui ramalan saya tentang masa depan Anwar dan gerakan Reformasi. Ada kalanya beliau menelefon hanya semata-mata untuk bertanya perihal Anwar yang kadang-kadang membuatkan saya rimas dengan keseriusannya. Beliau sungguh menyayangi Anwar.
Mungkin ramai yang tidak tahu sejarah dan kronologi perjuangannya. Shamsul pernah memimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK), dan zamannya dianggap sebagai zaman mencabar. Selepas AMK ditinggalkan oleh Ezam Mohd Noor beliaulah mengambil alih memegang teraju AMK. Pemuda zamannya, adalah pemuda Keadilan yang komitmen, bersemangat dan berjuang tanpa penat lelah dan penuh keikhlasan.
Bayangkan waktu itu Keadilan dalam serba kelemahan dan kedaifan, (tanpa berkerjaan) namun dengan semangat dan iltizamnya, AMK digerak menjadi pengasak pejuangan Reformasi. AMK dibawahnya adalah pemangking dan pembakar semangat pendukung Keadilan serta pelaksana aspirasi perjuangan Anwar Ibrahim.
Majlis di Chenulang.
Berbaik kepada majlis yang saya hadir semalam adalah majlis Ramah Mesra pekebun kecil getah dengan beliau selaku timbalan Menteri Industri Utama yang diadakan di Chenulang kira-kira 67 km dari Kota Bharu. Sambutan para pekebun kecil getah pada majlis semalam sangat membanggakan. Majlis itu diadakan sejak jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang dihadiri lebih 300 para pekebun kecil getah. Seekor lembu ditumbangkan untuk kenduri majlis itu hasil gotong royong para pekebun kecil getah.
Abdul Latif menyambut ketibaan Shamsul. |
Shamsul bersama pemimpin Keadilan yang hadir. |
Dalam dialog yang hangat itu Shamsul memberi penerangan akan usaha kerajaan untuk membantu mempertingkatkan pendapatan para pekebun kecil getah. Sekaligus beliau turut menjawab dakwaan Abdul Latif yang mengatakan kerajaan tidak membela pekebun getah. Menurutnya kerajaan tidak pernah berdiam diri dan sentiasa berusaha untuk membantu masyarakat luar bandar seperti pekebun kecil. Sebagai membuktikan komitmen kerajaan PH katanya, baru-baru ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan kenaikan harga lantai getah daripada RM2.20 kepada RM3.00 hingga RM4.00 sekilo.
Dalam pada itu menurut Shamsul segala permasalahan yang dibangkitkan dalam dialog itu akan diambil perhatian dan akan disampaikan kepada pihak kerajaan. Beliau memberi jaminan untuk turun menemui rakyat dari masa ke semasa. "InsyaAllah jika diundang saya akan datang lagi selepas ini," tegasnya.
Inisiatif PUGB.
Majlis Ramah Mesra dengan Shamsul itu semalam adalah inisiatif sebuah NGO, yakni Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera (PUGB), Malaysia. Pertubuhan ini baharu sahaja ditubuhkan baru berusia dua tahun. Bagaimana pun menurut Presidennya, Kameruzaman Ab Rahman, pertubuhan ini sangat bermakna kepada para pekebun kecil getah untuk bertindak menjadi pemudah cara di antara pekebun dengan pihak kerajaan.
Selain itu katanya, PUGB juga akan bertindak menjadi badan yang akan membela nasib para pekebun Bumipuetra di seluruh negara ini termasuk berusaha mengadakan aktiviti hiliran bagi menambah pendapatan para pekebun. Tegasnya tujuan dan matlamat pertubuhan ini tidak lain melainkan untuk membantu para pekebun kecil getah.
Satu hal yang sangat realitif penting waktu ini menurut Kameruzaman ialah, para pekebun perlu bersatu dan bermaufakat dalam pertubuhan itu bagi menyenangkan pihak kerajaan menguruskan apa-apa keperluan kepada mereka dimana pertubuhan akan menjadi pemudah cara, mediator. Begitu juga untuk para pekebun menyampaikan apa-apa masalah dihadapinya.
Di majlis itu juga semalam PUGB telah menyerahkan satu memorandum kepada Shamsul untuk dibawa ke atas, yang kandungan sudah tentu untuk membela nasib pekebun dan kebaikan bersama.
Sementara itu menurut Kamaruzaman beliau menyeru para pekebun kecil getah agar bergabung dalam pertubuhan itu. Dari masa ke semasa pertubuhan itu akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan mana-mana pihak untuk kepentingan para pekebun kecil getah.
Atas inisiatif pertubuhan itu juga sudah dua kali Shamsul atas kapasitinya sebagai timbalan menteri turun ke Kelantan mendekati para pekebun kecil. Kali pertama ialah di Machang, dan keseluruhan program mendekati pekebun sebegitu sudah lapan kali termasuk di Melaka, Negeri Sembilan dan Kedah.
Tidak terlupa dimajlis itu juga Shamsul telah menyampaikan sumbangan daripada PUGB kepada murid Sekolah Kebangsaan Chenulang, Azni Baldisha Ilias satu-satunya murid yang mendapat 5A dalam ujian USPR lalu. [wm.kl.6:37 pm 01/12/18]
No comments:
Post a Comment