Saturday, December 8, 2018

HASNI ABAS
CATATAN KHAS

HARAPAN kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memenuhi impian dan inspirasi rakyat ternyata besar dan meluas. Ia bukan sahaja dari kalangan rakyat biasa atau golongan yang selama ini tidak berpuas hati dengan kerajaan lepas, tetapi golongan budayawan, sasterawan dan intelektual juga berkongsi perasaan sama untuk mencapai sesuatu yang mereka idamkan.

Mereka mengira kerajaan PH akan menyelak mentari baharu buat mereka untuk melihat berlaku perubahan atau sekurang-kurangnya boleh memperbaiki sesuatu yang tidak menyenangkan mereka selama ini. Tujuan mereka bukan apa melainkan untuk melihat sesuatu itu kembali seperti sebelum ini demi negara.

Salah satu impian golongan ini ialah untuk melihat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang beberapa dekad ini suram dan lunyai, dikembalikan kefungsi asalnya sebagai badan pengembang bahasa Melayu dan memastikan bahasa itu menjadi bahasa ilmu seperti mana matlamat penubuhannya sejak lebih 60 tahun lalu.

Bertolak dari harapan itulah, 10 orang dari golongan ini bersama beberapa entiti lain telah mengirimkan satu memorandum kepada pemimpin tertinggi PH agar melakukan perubahan untuk memulihkan badan tersebut. Menurut pengamatan mereka fungsi DBP dapat dipulih atau kembali ke zaman kegemilangannya dengan memastikan peneraju badan itu diambil daripada mereka yang pakar atau pun mempunyai iltizam tinggi dalam bidang bahasa dan kesusteraan.

Mengenal pasti kenapa DBP tidak menjadi “segah” lampau ialah kerana pengisian jawatan sebagai Ketua Pengarah bukan di kalangan tokoh dan pejuang bahasa. Menurut mereka selepas berlalunya Allahyarham Hassan Ahmad sebagai Ketua Pengarah, badan itu semacam terasing daripada tanggungjawab asasnya itu. Menyedihkan juga dakwa mereka penjawat jawatan itu bermiripkan politik? Maksudnya diangkat kerana merit politik bukan kemampuan dan kebolehan sebenarnya.

Bertolak dari situlah mereka telah mengutuskan memorandum mencadangkan satau nama yang dikira dapat memainkan peranan dan menyemarakkan badan itu di era kerajaan baharu PH ini. Nama itu ialah Hasni Abas. Memorandum yang ditanda tangani 10 budayawan, sasterawan dan intelektual itu dikirimkan kepada Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk “diserah bincang” dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang bertanggungjawab ke atas DBP.

Antara budayawan dan sasterawan yang turut menanda tangani memorandum itu termasuk dua Sasterawan Negara, A Samad Ismail dan Dr Mohd Anuar Rethuan.
Sementara pihak lain menulis langsung kepada Dr Maszlee menyatakan sokongan kepada Hasni.

Penamaan Hasni sebagai peneraju baharu DBP dikira tepat dan sesuai serta memenuhui kreteria dari segi kelulusan dan pengalaman. Beliau pernah berkhidmat dengan DBP lebih satu dekad, bermula sebagai Pegawai Perancang Bahasa. Beliau juga mempunyai kelulusan Sarjana dalam bidang Sastera dan Psikologi Personaliti, disamping Ijazah BA (Hons) dalam bidang Sastera dan Sains Politik.

Beberapa pihak juga turut mengalu-alukan penamaan Hasni ini termasuklan kesatuan pekerja DBP sendiri dan satu lagi Seniman Paksi Rakyat, sebuah Ngo memperjuangkan sastera dan budaya.

Memorandum itu dikirim beberapa bulan sebelum ini sebagai persiapan dan juga penggantian Ketua Pengarah yang sudah cukup tempoh perkhidmatan. Mereka berharap apabila Ketua Pengarah yang ada ketika itu bersara ia dapat diisi dengan orang yang mereka namai.

Bagaimana pun sampai ke hari ini memorandum itu tidak membuahkan hasil seperti diharapkan. Turut sama dikirimkan surat memberi sokongan kepada Hasni ialah kepada Menteri Pendirikan Dr Maszlee Malik yang bertanggungjawab kepada DBP. Katanya pengiriman surat itu adalah atas permintaan Menteri itu sendiri.

Pengisian ketua pengarah ini juga seakan sengaja dilambat-lambatkan. Apa yang mendukacita lagi Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik seakan tidak menghiraukan kepada surat pengsyoran itu. Lebih malang lagi, proses pengisian jawatan KP itu telah dibuat tidak lagi mengikut amalan sebelum ini, yakni menerima cadangan atau dilantik terus atas persetujuan Menteri Pendidikan. Ini menimbulkan sedikit kemusykilan.

Justeru kerenah itu menyebabkan golongan ini berasa mereka dipermainkan atau pun kehendak mereka tidak dipenuhi. Yang mungkin menyedihkan apabila Dr Maszlee sendiri didakwa “bersetuju” untuk mempertimbangkan Hasni tanpa banyak kerenah. Difahamkan Paksi yang menulis surat kepada Maszlee menyatakan sokongan terhadap Hasni adalah atas “permintaan” (janji) Dr Maszlee?

Apabila pengisian itu dibuat secara terbukan, — melaloui proses temuduga, menjelaskan apa yang “dipersetujui” itu tidak dipenuhi. Paling malang dan menyedihkan lagi, khabarnya dua kali TPM menyatakan hasrat golongan ini kepada Dr Maszlee?

Mereka persoal apakah TPM tidak ada suara, atau suara mereka tidak dihormati. Lantas mereka sangsi kalau suara TPM tidak dihiraukan macam mana untuk kerajaan ini dapat melaksanakan kehendak dan aspirasinya seperti dijanjikan kepada rakyat.

Proses menemui duga untuk mengisi jawatan itu telah pun selesai. Seramai 30 pemohon yang memohon untuk mengisi jawatan itu, bagaimana hanya beberapa orang sahaja yang dipanggil untuk ditemuduga. Hasni bin Abas yang disyorkan itu turut sama melalui proses itu. Bagaimana pun agak mengecewakan apabila namanya dikatakan tidak berada dalam senarai pendek calon yang akan dipilih. [sitiawan.prk.8:40 am 08/12/18]

No comments: