SUSUPAN PAGI
Husam mendirikan solat Hajat sebaik mula memasuki pejabat. |
SENATOR Husam Musa telah membuat catatan kedua selepas beliau dilantik menjadi pengerusi Kada.
Daripada catatan ini dapat diselami jiwa dan kesungguhan beliau untuk melakukan sesuatu ke atas lembaga berkenaan. Beliau dikenali dengan "politis ilmuan", terus membongkar rahsia serta meneroka penemuan baru demi membawa perubahan kepada Kada.
Catatan kedua beliau yang dikeluarkan hari ini menarik untuk dihayati khasnya di kalangan para pegawai Kada dan warga Kada seluruhnya. Sudah tentu ia bermanfaat juga kepada semua manusia. Apa dibentangkan sangat bermanfaat dan menginsafkan.
Husam bercakap peri pentingnya pengurusan alam yang baik demi kelestariannya terutamanya dalam konteks menjamin penghasilan padi keluaran Kada dan lain. Beliau menarik perhatian kepada fenomena pemanasan global yang boleh menjejaskan aktiviti kehidupan dan penghasilan sumber hidup manusia.
Apa yang berlaku kini kekeringan bumi menjejaskan hasil tanaman (padi), disebabkan faktor pemanasan global dan pemanasan setempat yang berlaku kerana kerenah manusia sendiri. Dan perkara telah lama disebutkan.
Menurutnya semasa menjadi ahli Parlimen awal tahun 2000 beliau sudah menyatakan kebimbangan serta mengemukakan formula (ikhtiar) untuk membendung apa yang berlaku kini. Antara faktor dihuraikan beliau, kenapa berlaku pemanasan setempatan, atau dalam istilah saya kerosakan alam ialah kerana kurang perhatin dan kepedulian manusia kepada kepada nasib alam.
Bagi Husam penebangan pokok, pencemaran sungai serta tanpa ada pengurusan ladang yang baik, pembajaan dan pembuangan bekas (jerami) bila berlakunya pembakaran tidak terurus ia menyumbang kepada pemanasan setempat.
Dibahagian kedua catatan ini Husam menzahirkan kesyukuran mendalam kepada Ilahi kerana berkebetulan kehadirannya di Kada yang akan bertanggungjawab kepada lebih 400,000 nyawa menghuni dalam kawasan Kada disambut dengan hujan.
Paling menggembira dan menyebabkan ia semacam ada hubungan batin di antara nawaitunya dengan penguasa (alam) apabila parit-parit air dalam kawasan Kada yang berbulan kering garing mulai dipenuhi air sejak dihujan turun dua hari lepas.
Disertakan tulisan itu sepenuhnya disini:
DI MANA KADA DENGAN ECOSOPHY DAN ECO SHIF?
KETIKA saya dilantik sebagai Pengerusi Kada dua hari lepas, kekeringan sawah padi sedang mencapai kemuncak. Bendang merekah, sebahagian padi telah pun mati. Sungguh pun dalam seminggu yang lalu, hujan telah mula turun sedikit. Ini kerana suhu panas kian meningkat.
Dianggarkan hampir 7,500 hektar sawah terlibat dengan kekeringan. Jika padi menjadi dari keluasan itu, dianggarkan nilainya adalah melebihi RM 43 juta. Ini memberi kesan kepada 2,500 orang petani.
Jika kemarau berterusan dan hujan tidak mencukupi, kemungkinan kesannya lebih parah. Sedang, mengikut kiraan Jabatan Kaji Cuaca, keadaan ini akan berterusan sehingga pertengahan Mei.
Musim yang kurang enak mungkin, untuk sesiapa juga menerajui Kada yang menguruskan pengairan untuk kawasan Jelapang Padi Kelantan.
Dalam kesempatan hari ini, saya hanya akan membincangkan ringkas satu aspek sahaja - Pemanasan Global dan Pemanasan Setempat.
Perbahasan di parlimen.
Saya pernah menyentuh isu ini dalam perbahasan Parlimen saya se awal tahun 2000. Jadi, isu ini agak dekat di hati saya sejak dulu. Penebangan hutan, pengeringan sumber air, penyusutan air bawah tanah, aliran sungai yang sentiasa berkelodak dengan lumpur hakisan, suhu meningkat, kepanasan yang membakar dan kesannya kepada kesejahteraan manusia.
Hari ini, kebanyakan penduduk Bumi sudah mengakui, Pemanasan Bumi adalah satu realiti.
Namun begitu, sejumlah besar dari kita, belum bertindak untuk mangambil bahagian merubah putaran realiti kehidupan yang sedang bergerak pantas ini.
Penanaman padi adalah antara penyumbang kepada Pemanasan Setempat. Walaupun ada pandangan yang cuba mempertikaikannya. Dari pemanasan Setempat, ia menyumbang pula kepada Pemanasan Global.
Penggunaan baja kimia mengeringkan tanah dan menjadikan keperluan kepada air menjadi lebih besar. Selain tanah kehilangan kesuburan.
Di setengah tempat, tiba musim menuai, jerami tinggalan tuaian di bakar. Asap akan kelihatan berkepul-kepul naik ke udara dari bendang-bendang yang sedang disinari terik matahari.
Putaran ini memerangkap diri kita sebagai penduduk bumi.
Bagaimana negara boleh meng-engineer-kan Eco Shift? Memetik istilah dari tajuk buku Prof Zaini Ujang - Eco Shift.
Beliau juga menulis buku yang lain berkaitan pentingnya menjadikan pertimbangan ekologi dalam setiap polisi dan keputusan dasar - Japanese Ecosophy-A Traveller's Note . Buku ini membawa konsep dan komitmen masyarakat Jepun dalam berinteraksi dengan alam.
Prof Zaini mencipta satu istilah baru di mana Eco menjadi satu falsafah hidup - Ecosophy.
Saya sangat mengharapkan bantuan semua pihak untuk menjadikan KADA sebagai badan dan jentera berfalsafahkan Eco dalam pendekatannya dan bersama bergerak dalam gerakan Eco Shift. Serta menjadikan pertimbangan Eco dalam kewujudan dan peranannya sehingga Eco sebagai falsafah korporatnya yang tidak akan lekang walau seinci.
Siapa pun mereka yang berkepakaran berkaitan perlu bersama kami.
II
Pagi semalam, saya mendengar penerangan tentang KADA dari kedua-dua Timbalan Pengurus Besar.
Petangnya, saya mengambil kesempatan meninjau beberapa premis KADA, dua darinya di Melor.
Terakhir, kami meninjau Rumah Pam Kemubu yang telah berehat beberapa minggu atau bulan kerana paras air Sungai Kelantan yang susut menggagalkan rumah pam itu berfungsi.
Dalam perjalanan dari Melor ke Kemubu, kelihatan air sudah memenuhi tali-tali air yang ada. Tali air besar di hadapan Pusat Latihan Kada di Melor dipenuhi air. Gembiranya hati.
Setibanya kami di rumah pam Kemubu, air kelihatan membuak masuk dari dua rumah pam berkenaan.
Ketika berada di bilik kawalan, kami diberitahu, paras sukatan di muka sauk rumah pam ini minggu lepas adalah 2.98 meter. Semalam (Selasa), meningkat kepada 3.5 meter dan hari ini (Rabu) adalah 4.98 meter. Peningkatan 2 meter, membolehkan 6 dari 12 pam mula beroperasi.
Ekoran hujan telah mula turun di ulu Sungai Kelantan - AlhamduliLlah.
Dengan kata-kata apakah saya ingin ungkapkan rasa syukur kepada Ilahi!
Menghijaulah padi, menghasilkan bulir-bulir rezki untuk para hambaMu Ya Allah….
Semoga kami dan mereka semua sentiasa bersyukur dan akur dengan KebesaranNya.
Husam Musa
Khamis 4 April 2019 [wm.kl.04/04/19]

No comments:
Post a Comment