Friday, December 11, 2020

Pas perlu belajar memahami adat Raja-Raja Melayu

SUSUPAN PETANG

Tiga Adun Pas buat sidang media
minta ampun. Foto BH.
PASCA peristiwa terpelantingnya Ahmad Faizal Azumu sebagai MB Perak dan pelantikan Saarani Mohamad sebagai MB baru menarik dan kesan di sebaliknya bukan sesuatu yang boleh diambil ibrah daripadanya. 

Ia membabitkan soal penghormatan dan memahami adat istiadat dengan Raja. Telah berlaku sedikit sikap kurang ajar di balik kejadian itu yang sepatutnya tidak berlaku. 

Perkaranya mengenai cerita tiga orang Adun daripada parti agama memohon keampunan kepada Sultan Perak, Raja Nazrin Muizzuddin Shah ekoran "kekhilafan" mereka tidak sedia menghadap Tuanku apabila di panggil. 

Tiga orang Adun itu itulah, Razman Zakaria (ADUN Gunung Semanggol); Mohd Akmal Kamaruddin (ADUN Selama) dan Khalil Yahaya (ADUN Kubu Gajah). Mereka tidak menghadap Sultan Perak kerana kononya atas arahan pucuk pimpinan parti agama itu. Parti lebih tinggi kedudukan daripada istana?

Sebelum itu sebaik sahaja Faizal selamat dijatuhkan dan Umno dalam rangka untuk menamakan MB baru bagi membolehkan penubuhan kerajaan Perak, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan telah mengeluarkan kenyataan menegaskan yang Pas tidak akan bersama Umno dalam membentuk kerajaan itu.

Bunyi kenyataan itu keras dan tegas sekali bagi menggambarkan yang Pas tidak sedia sekongkol dengan Umno setelah menyingkirkan rakan mereka Faizal. Kenyataan dikeluarkan Takiyuddin itu bagai simbolik empati kepada Faizal dan Bersatu dan murka kepada Umno.

Malang yang "sudah berbau tetapi tidak dapat dihidu oleh hidung" Takuiyuddin, Umno tidak membentuk kerajaan bersama PH sebaliknya masih untuk bersama PN. Presiden Umno yang "pondan" "Zahidah Hamidi" telah berjumpa dengan Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awnag, mencapai kata sepakat untuk tubuh kerajaan bersama. Persepakatan itu menyebabkan PH menjilat jari terkena tahi hidung.

Sikap dan sifat undur balik Zahid yang berjangkit dengan hanyir "ikan keli dalam besen" Abdul Hadi itu telah meletakkan tiga Adun berkenaan terjepit dan bingung. Tanpa mereka sedar mereka sudah terlanjur membuat kekhilafan besar (boleh disifatkan menderhaka) apabila tidak ke Istana kerana berpegang kepada kenyataan asal berupa arahan daripada pucuk pimpinan yang dikeluarkan Takiyuddin.

Sultan Nazrin tidak menzahirkan kemurkaan atas apa yang berlaku. Apabila sesudah kerajaan negeri dibentuk dengan pelantikan lima orang Exco, dan tiada wakil Pas sekonyong-konyong tiga Adun itu membuat kenyataan memohon keampunan dan mengakui mereka taat setia dan menjunjungi tinggi institusi raja. 

Presiden mereka Abdul Hadi juga membuat perkara sama, telah menulis warkah panjang kepada Raja Nazrin minta untuk mengadap bagi memberi penjelasan atas apa yang berlaku tetapi malangnya belum ada kesesuaian bagi pihak Raja Nazrin untuk berjumpa Hadi. Sabarlah Yeop, sabar itu separuh daripada imam.

Kemusykilan.

Di sini ada sedikit kemusykilan kenapa Abdul Hadi diminta memohon keampunan sampai menulis surat kepada Raja Nazrin, siapa menasihatnya. Begitu juga dengan tiga Adun berkenaan membuat sidang media memohon keampunan. Sepatut kerja utama memohon keampunan ialah Takiyuddin Hassan selaku Setiausaha Agung. Kedudukannya dalam situasi itu penting.

Beliaulah semoleknya mengeluarkan kenyataan rasmi atas nama Setiausaha Agung memohon keampunan kepada pihak istana atas apa disebut kekhilafan itu. Ketiga-tiga orang Adun itu tidak bersalah secara langsung kerana mereka mengikut arahan surat keramat daripada Setiausaha Agung semata-mata. 

Dengan apa yang berlaku hendaklah ahli dan penyokong Pas tidak berkecil hati dengan Sultan Perak kalau baginda tidak memberi perkenan atau sedikit lewat untuk menerima masuk menghadap Presiden mereka bersama tiga Adun itu. Mereka kena insaf dan mengakui insiden itu atas kesalahan dan kedangkalan mereka sendiri.

Dan apa yang perlu diberi perhatian oleh Pas pula ialah menilai kembali kecekapan dan profesionalisme Takiyuddin sebagai Setiausaha Agung. Tanpa disedari ini orang yang mula-mula membuat kekhilafan kemudian berjangkit dengan kekhilafan lain, adalah Takiyuddin. 

Apakah Pas boleh pertimbangkan untuk menggantikan Takiyuddin dengan orang lain, semisalnya mengembalikan semula Pengasuh Tua, Mustapa Ali ke jawatan itu setidak-tidak sehingga selesai Piraum akan datang?  [wm.kl. 6: 27 pm 11/12/2020]

No comments: