Friday, September 15, 2023

Hentikan rancangan untuk berhimpun

PANDANGAN

RANCANGAN sekumpulan anak-anak muda dalam PN untuk mengadakan himpunan bagi menyelamatkan Malaysia sempena 16 September adalah untuk mempengaruhi rakyat supaya mengikut nafsu mereka. Rancangan itu tindakan mereka yang tidak sabar, terdesak dan hilang kewarasan.

Apakah keperluan himpunan itu, apa yang hendak diselamatkan? Tidak selamatkan Malaysia waktu ini? Bukankah Malaysia dibawah kepimpinan kerajaan Perpaduan kini sudah selamat dan sedang memandu negara ke landasan yang tepat.

Belum sampai setahun negara ditadbirkan oleh kerajaan Perpaduan sudah puluhan billion nilai pelaburan masuk ke Malaysia. 

Yang merasakan Malaysia tidak selamat hanya mereka. Yang merasakan dan menganggap reformasi sudah mati adalah mereka. Rasa tidak selamat itu kerana mereka yang gagal dan kecewa kerana tidak menjadi kerajaan. Kalau mereka menjadi kerajaan dengan situasi yang ada kini dikira sudah selamat, aman dan makmur. Di sinilah hipokritnya sekumpulan anak-anak muda itu yang disokong oleh PN. Mereka tidak habis-habis bermain politik. 

Jadi janganlah rakyat terpengaruh dengan ajakan dan rayuan mereka. Kerja ia hanya untuk menimbulkan huruhara dan keributan. Kalau PN berhajat untuk jatuhkan kerajaan tunggulah dalam pilihan raya akan datang. Negara ini mengamalkan sistem demokrasi yang memberi peluang untuk menilai atau melantik pemimpin dan membentuk kerajaan setiap lima tahun sekali. Usah nodai kemurnian demokrasi atas apa juga alasan.

Menafikan tempoh (lima tahun sekali) selain menunjukan orang tidak sabar ia adalah kerja untuk menyangak (kudeta) kerajaan di tengah jalan. Usaha merompak kerajaan di tengah jalan kerana cara begitu tidak dapat diterima rakyat kerana kerja itu tidak memberi kebaikan kepada negara. Ia mungkin menyeronokkan polutis tetapi bukan rakyat umum. 

Apa yang terjadi tahun 202i lalu apabila kerajaan PH disentap tengah jalan ia mengecewakan rakyat umum. Peristiwa itulah yang menjadi titik tolak kepada ketidak stabilan politik negara sampai kini. 

Pengalaman dan sejarah yang berlaku sebelum ini tahun 2021 dimana pengkoduta kerajaan PH jadilah iktibar. Betapa selepas berlaku kudeta itu negara tidak menentu. Keadaan negara huruhara sehingga menyebabkan ekonomi negara juga terancam. Kerana tiada kestabilan politik banyak pelabur lari meninggalkan negara. Apakah kesan daripada apa yang berlaku itu tidak menginsafkan kita?

Kesimpulannya himpunan dirancangkan 16 September ini walaupun ia dilangsungkan secara aman, usah diteruskan kerana ia tidak mendapat kelulusan daripada pihak Polis. Jika diadakan juga dan berlaku tangkapan jangan persalahkan kepada pihak berkuasa dan kerajaan. Amaran sudah diberi awal-awal kalau ia diteruskan juga sengaja mencari naas.

Hentikan dan bersimpatilah kepada nasib rakyat dan negara yang sudah lama didolak dalihkan oleh orang politik terutamanya yang bernama pembangkang, tidak kira sama ada semasa kerajaan kini menjadi pembangkang atau pun pembangkang waktu ini.

Makanya PDRM dan pihak berkuasa lain seperti DBKL, perlu menghentikan rancangan yang tidak membawa kebaikan dan keuntungan apa-apa itu. PDRM perlu menggunakan kuasa yang ada tanpa memberi simpati kepada rancangan itu. PDRM yang bertanggungjawab mengamankan negara ini perlu lebih tegas. 

Bukan sahaja ianya dilakukan oleh pembangkang, tetapi mana-mana pihak juga termasuk organisasi pro kerajaan kalau bercadang untuk mengadakan himpunan sama, atau sesuatu yang boleh menggugat ketenteraman awam pantau dan hentikan rancangan mereka. 

Berhubung cadangan himpunan esok pihak polis telah memberi nasihat dan menjelaskan ia tidak ada permit (kelulusan). Jadi kalau ada juga yang tetap degil berhimpun dan polis bertindak nanti jangan salahkan polis, tetapi kena salah diri sendiri dan apa-apa risiko perlu pikul sendiri. [wm.kl. 6:28 14/09/2023].


No comments: