Tuesday, September 26, 2023

Husam mula bertindak bersihkan SPNB

SESUDAH SUBUH

SYARIKAT Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah memulakan tindakan untuk membersih syarikat milik negara itu daripada kekotoran serta mengembalikan haknya yang cuba diperdayakan dengan mengambil tindakan mahkamah ke atas beberapa individu yang dikatakan cuba melakukan konsprirasi menipu SPNB.

Tindakan pertama diambil oleh Aspirasi SPNB satu unit SPNB yang dikatakan telah mengalami kerugian jutaan ringgit apabila dipedayakan oleh sebuah syarikat hartanah. 

Individu yang terbabit dalam tindakan itu termasuklah bekas Ceo SPNB Ahmad Azizi Ali, bersama beberapa orang pemilik syarikat hartanah Tunas Manja Development & Contructions Sdn Bhd (TMDC) dan 10 yang lain.

Mereka dikesan telah cuba melakukan penipuan terhadap Aspirasi SPNB berhubung projek perumahan mampu milik sebanyak 469 unit rumah teres di Kuantan Pahang di antara tahun 2014 hingga 2019.

Laporan mengenai tindakan itu telah disiarkan oleh akhbar bisness The Edge: https://ceomorningbrief.theedgemalaysia.com/article/2023/0642/Home/3/683862

Gara-gara "penipuan" itu SPNB menuntut ganti rugi kos tanah, kehilangan peluang komersial dan relif lain dianggarkan lebih RM141 juta. 

Selain bekas Ceo, individu lain dinamakan ialah pemilik TMDC, Chin Yoke Choon, Chin Yoke Kan dan Chan Tham Chui@Chan Ching Swee (TMDC (KL)'s owner.

Tindakan berkenaan dilihat sebagai pembersihan pertama dilakukan Husam Musa sejak beliau diamanahkan menerajui syarikat milik negara itu pada Mac lalu.

Dipercayai lebih banyak lagi tindakan serupa akan dibuat untuk mengembali semula aset SPNB yang hilang serta memastikan syarikat perumahan negara itu tidak mengalami kerugian disebabkan berlaku penyelewengan. Banyak projek perumahan dibawah SPNB di seluruh negara terbangkalai disebabkan kurang pemantauan oleh pihak berwajib.

Dengan langkah diambil itu ia menampakan bekas Senator itu tidak akan membiarkan anak syarikat milik kerajaan itu ditunggang begitu mudah oleh mana-mana pihak sehingga ia menjejaskan peluang rakyat untuk memiliki rumah idaman mereka.

Rumah atau kediaman merupakan masalah utama rakyat di negara ini khasnya dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah, tujuan SPRB diwujudkan ialah bagi menyediakan kemudahan itu kepada rakyat. Kalau ada pihak tertentu mengambil kesempatan atas tujuan itu sesuatu yang sangat malang dan mengecewakan. 

Apa juga penyelewengan yang berlaku dalam SPNB ia sesuatu menjijikkan. Justeru semoga pengerusi SPNB lebih tegas dan berhati-hati menguruskan SPNB agar ia mencapai sasaran diinsprasikan perdana menteri itu untuk melihat rakyat bawahan memiliki kediaman.

Husam mampu melakukan itu berpanduakan track record nya semasa berkhidmat dalam kerajaan Pas sebelum ini, dan penyerahan SPNB kepadanya adalah sandaran besar harapan perdana menteri untuk melihat inspirasinya itu berjaya. [wm.kl. 8:23 am 26/09/2023]


No comments: