PAS tidak dapat memisahkan diri mereka dengan berbuat dan menaburkan fitnah. Bagi Pas fitnah merupakan benih bernas untuk dicampak ke atas bumi subur politik orang Melayu negara ini.
Fitnah menjadi modal atau bahan perniagaan politik sangat bernilai bagi Pas. Kerana permintaannya sungguh laris parti itu seperti tidak mahu meninggalkan budaya jahiliah itu tanpa mengira baik buruknya.
Sikap ini menunjukkan Pas ketiadaan idea dan punya keupayaan lain sehingga terpaksa mengambil jalan salah bertentangan sunnah Rasulullah S.A.W. Dari sisi lain ia menggambarkan politik Pas belum matang dan tamadun, politik yang membawa kemusnahan bukannya ke arah kebaikan. Agama bukan nasihah tetapi musibah.
Rasulullah dalam menawan “pengundinya”(kaumnya), menggunakan ahlak, bukannya dengan melakukan provokasi, menabur fitnah dan mengambil pendekatan guna laras bahasa kotor dan jijik memaki hamun, kepada pihak lawan. Rasullullah berhemah, berlemah lembut, berbudi pekerti dan bersopan santun.
Pendekatan Rasullauh mentarbiyah, dan mengajak seluruh manusia menjadi baik, beriman kepada Allah dengan meninggalkan kemungkaran. Dalam dakwahnya Rasulullah banyak menggunakan pendekatan psikologis.
Cuba kita tanya selama Pas berpolitik dengan mendakwa mengambil Islam mengikut caranya, berapa ramai orang kafir yang jatuh hati dan beriman kepada Allah? Pas sudah berusia lebih 74 tahun, kalau seorang setahun Pas berjaya menarik orang kafir beriman kepada Allah bermakna ada 74 orang kafir yang memerluk Islam kerana Pas.
Rasullah metarbiyah memberi pencerahan benar, (haq), bukan memutar belit isu. Baginda membawa dan memberi terjemahan ayat-ayat Allah seperti mana yang dikehendaki-Nya. Tidak macam Pas, bukan sahaja tidak mengambil uslub jihad Rasullah, tetapi mungkir dalam berdakwah tidak memberi tafsiran dan pengertian tepat mengikut kontektual al Quran.
Ayat-ayat Quran diterjemah dengan fasih sehinggakan mempersonakan orang ramai mengikut kehendak mazhab dan seleranya. Ada firman Allah dibaca sekerat sahaja atau diluar konteks sebenar mengikut Asbabun Nuzul, diambil mana-mana ayat yang memihak kepadanya, sedangkan ayat terkena ke atas batang hidungnya dibuang. Cara Pas ini adalah orang yang menyembunyikan kebenaran bukan golongan membawa kebenaran. Fasik.
Lihat dan saksi.
Kita boleh lihat dan saksi sendiri bagaimana para pemimpin Pas dengan selamba tidak rasa berdosa menaburkan fitnah dan memaki hamun lawannya. Bagi mereka fitnah itu bukan lagi dosa, memaki hamun dan mencela itu bukan lagi dianggap ahli "hutamah" sebaliknya satu kebanggaan kerana dapat membina persepsi dan naratif dengan pembohongan dan fitnah mereka.
Mereka suka bila fitnah itu diperpenjangkan oleh penyokongnya menerusi grup-grup whatsAap atau menjadi celoteh di kedai-kedai kopi atau beranda surau dan masjid, semasa hatar anak ke Taski dan sebagainya. Mereka sedikit pun tidak merasa bersalah atas perbuatan itu.
Misalnya apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad, membuat fitnah dan mereka cerita bohong tanpa berkerut kening sehingga disaman oleh tiga orang pemimpn DAP, kemudian beliau didapati bersalah dan makamah mengarahkan beliau membayar gati rugi sebanyak RM830,000.
Pengeksploitasian perkara itu menjelaskan bagai mana Pas menipu ahli dan penyokongnya. Penyokong dibawah pula akur dan sujud tanpa bahas atau mengesahkan kiblat betul atau tidak, kerana mengharapkan jannah. Sudah ada fatwa daripada syaikulnya jika undi Pas akan masuk syurga.
Yang pelik dan galaunya para pemimpin Pas tidak serit dengan apa yang berlaku ia seolah suatu kejayaan pula. Sebab itu saya kata fitnah menjadi budaya dan amalan mereka. Menjadi air nasi makan minum mereka. Menjadi habit mereka.
Sesuatu yang menjadi budaya atau tabiat sukar untuk dibaiki apa lagi ditinggalkan, seperti kita akan ketut dahulu sebelum berak. Kentut adalah tanda untuk berak.
Terbaru seorang lagi wakil rakyatnya Razman Zakaria (Semanggol) membuat fitnah baru dengan mengaitkan ahli parlimen Segambut Hannah Yeoh adalah anak pengasas YTL Corprotion Bhd, Yeoh Ting Lay.