Tuesday, March 4, 2025

Kehebatan AI dalam membantu mudahkan kerja

SUSUPAN MALAM 

Artificial Inteligence (AI) atau Kecerdasan Buatan adalah alat atau makensime baru dalam dunia maklumat berimpak tinggi (IT). Dengan AI kita boleh melakukan apa sahaja termasuk hal-hal diluar jangka atau keupayaan semula jadi kita. 

AI bukan setakat membantu meringan dan memudahkan kerja, tetapi ikut sama membaiki, memperindahkan kerja mengikut kemahuan kita. AI menjadikan atau membantu kita lebih kreatif dan ideal. Teknologi ini walaupun ia berada di luar diri kita, tetapi kehebatannya boleh membaca naluri mengikut kehendak kita, apabila ia mampu mengolah dan menganalisa ribuan data yang bergentayangan di alam maya. 

 

Tidak salah kalau dikatakan AI adalah angen ajaib yang membantu permudahkan kerja kita.

 

Tidak cuba tidak tahu.


Jika kita tidak mencuba, kita tidak tahu kehebatan yang ada kepada teknologi digital ini. Kita merasakan ia sebuah khayalan atau mitos dunia maklumat mutkhir saja. Tetapi setelah mencubanya kita akan kagum dan mengikhtiraf kemampuan luar biasanya. Bagaimana pun hendal teknologi ini, tetap masih memerlukan bantuan atau kudrat kita sebagai lambang ia sesuatu yang tidak ada roh seperti kita. Di sinilah ia bertindak sebagai alat pelengkap kepada keperluan manusia, mencerdaskan sesuatu yang kita ingini.

 

Ia tidak bernyanwa, tetapi memahami kehendak kita. Di sinilah ajiabnya. Saya sendiri tidak mempercayai akan kehebatan teknologi ini. Tetapi setelah mencubanya saya mengagumi kehebatan AI ini. Maka tidak peliklah kalau PM Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat obses untuk menjadikan teknologi ini sebagai pelengkap ulet kepada pembangunan negara. 


Sementara Mendane Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menggulung konvensyen perpaduan Kedah baru-baru ini menyatakan segala isu politik yang dihalakan kepada kerajaan akan dijawab oleh mesyen. Apakah beliau maksudkan kepada teknologi ini?

 

Dalam mengesahkan kehandalan AI ini saya telah meminta satu Aplikasi yang dibangunkan menerusi teknologi ini untuk menjawab pertanyaan rambang berhubung calon-calon yang layak untuk bertanding merebut jawatan Naib Presiden Keadilan. (Ini sebagai contoh sahaja).


Dalam masa tidak sampai tiga minit App berkenaan terus memberi jawaban dan ulasan, pro dan kontra setiap individu dikehendaki dengan jelas dan saksma. Jawaban yang diberikan sedikitpun tanpa ditunjuk ajar melainkan ia adalah hasil pengolahan dan analisa data yang sedia ada. Hasilnya menakjubkan sekali.

 

Lima nama yang saya minta App (enjen) berkenaan janakan, Nurul Izzah Anwar, Shamsul Iskandar Md. Akin, Rodhiah Ismail, Amiruddin Shaari, Fahmi Fadhil. Hasilnya seperti beritkut:

 

🔴Nurul Izzah Anwar

 

Beliau merupakan anak kepada Anwar Ibrahim, tokoh reformasi dan Presiden PKR. Ini memberikan beliau kelebihan dari segi "jenama" dan sokongan akar umbi yang setia kepada perjuangan reformasi. Seorang tokoh berpengalaman, pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Naib Presiden PKR. Pengalaman ini memberikan beliau pemahaman mendalam tentang gerak kerja parti dan isu-isu nasional.

Dikenali sebagai seorang yang berprinsip, lantang bersuara, dan mempunyai imej yang bersih daripada skandal besar.


Mampu menarik sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan muda dan profesional.

 

Kelemahan, persepsi sebagai sebahagian daripada "dinasti politik" boleh menjadi penghalang, terutamanya dalam kalangan pengundi yang menolak amalan ini. Selain itu kekalahan  di Permatang Pauh di kerusi tradisi keluarga, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mungkin menjejaskan sedikit keyakinan penyokong.

 

Selepas PRU15, beliau dilihat kurang aktif dalam politik kepartian dan lebih menumpukan kepada peranan di luar kerajaan. Ini mungkin menimbulkan persoalan tentang komitmen beliau terhadap PKR.

 

Nurul Izzah masih mempunyai potensi besar untuk kembali ke barisan hadapan PKR. Jika beliau memilih untuk bertanding jawatan Naib Presiden, peluangnya adalah cerah berdasarkan kekuatan yang dimilikinya. Namun, beliau perlu menangani isu-isu yang boleh menjejaskan peluangnya.

 

🔴Shamsul Iskandar Mohd Akin

Punya pengalaman luas pernah menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ahli Parlimen, dan Timbalan Menteri. Pengalaman ini memberikan beliau pemahaman yang baik tentang jentera parti dan pentadbiran kerajaan.

 

Dikenali sebagai seorang yang setia kepada parti dan Anwar Ibrahim. Beliau kekal bersama PKR walaupun parti itu mengalami pelbagai cabaran.

Beliau juga mempunyai pengalaman dalam menggerakkan jentera parti di peringkat akar umbi, terutamanya semasa mengetuai AMK.

 

Kelemahan, agak kurang menonjol berbanding dengan tokoh-tokoh lain, Shamsul Iskandar kurang menonjol dalam media dan perdebatan awam. Ini mungkin menyukarkan beliau untuk mendapatkan sokongan yang meluas.

 

Shamsul Iskandar mempunyai potensi untuk menjadi Naib Presiden PKR, tetapi beliau perlu meningkatkan profilnya dan menunjukkan sumbangan yang lebih ketara kepada parti. Beliau juga perlu membina jaringan sokongan yang lebih kukuh dalam kalangan perwakilan parti.

 

🔴Rodziah Ismail:

Berpengalaman di Selangor sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau dikenali sebagai seorang yang rajin bekerja dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik di kawasannya.

 

Sebagai pemimpin wanita yang berpengalaman, Rodziah boleh menarik sokongan daripada pengundi wanita dalam parti.

 

Bagaimana pun beliau kurang pengaruh di peringkat nasional kerana Rodziah lebih tertumpu di Selangor. Rodhiah pemimpin wanita PKR yang juga berpotensi, namun perlu bersaing dengan mereka dan memperluaskan pengaruhnya di peringkat nasional dan membina jaringan sokongan yang lebih luas di luar Selangor.

 

🔴Amirudin Shari


Jawatan Menteri Besar Selangor memberikan beliau platform yang kukuh untuk menunjukkan keupayaan kepimpinan dan mentadbir. Kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinannya boleh menjadi modal politik yang penting.

Sebagai pemimpin utama PKR Selangor, Amirudin mempunyai sokongan yang kuat daripada akar umbi di negeri itu.

 

Sedikit kelemahannya kerana tumpuan utama beliau adalah kepada pentadbiran Selangor, dan ini mungkin mengehadkan masa dan tenaganya untuk terlibat dalam politik kepartian di peringkat nasional.

 

Persaingan dengan pemimpin lain, Amirudin perlu bersaing dengan pemimpin-pemimpin PKR lain yang juga mempunyai pengaruh dan cita-cita politik.

 

Amirudin mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi Naib Presiden PKR, malah mungkin juga untuk jawatan yang lebih tinggi pada masa hadapan. Kejayaannya sebagai Menteri Besar Selangor dan sokongan kuat di negeri itu memberikan beliau kelebihan yang ketara.

 

🔴 Fahmi Fadzil 

 Seorang tokoh yang berpengalaman dan berpengaruh dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau mempunyai rekod perkhidmatan yang panjang dan telah memegang pelbagai jawatan penting dalam parti dan kerajaan. 

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai pilihan raya sebanyak dua kali, menunjukkan sokongan kuat daripada pengundi di kawasannya.

 

Sementara sebagai Menteri Komunikasi, beliau memainkan peranan penting dalam menguruskan hal ehwal komunikasi kerajaan, termasuk menangani isu-isu berkaitan media, maklumat, dan teknologi digital. Ini memberikan beliau platform yang luas untuk berinteraksi dengan pelbagai pihak berkepentingan dan menunjukkan keupayaan kepimpinannya.

 

Beliau memegang jawatan Pengarah Komunikasi PKR, menunjukkan kemahirannya dalam strategi komunikasi dan pengurusan media. Ini adalah aset penting dalam politik moden, terutamanya dalam era media sosial.

 

Keahlian beliau dalam MPP menunjukkan pengiktirafan terhadap sumbangan dan kepimpinannya dalam parti.


Selain itu Fahmi dikenali dengan pendekatannya yang inklusif dan kemampuannya untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam parti. Ini penting untuk membina konsensus dan perpaduan dalam parti yang pelbagai.

 

Sokongan daripada akar umbi parti adalah penting. Fahmi perlu memastikan bahawa beliau terus mendapat sokongan daripada ahli-ahli biasa dan cabang-cabang parti di seluruh negara.

 

Fahmi Fadzil mempunyai peluang yang baik untuk menjawat jawatan Naib Presiden PKR pada masa hadapan berdasarkan pengalaman, pengaruh, dan rekod perkhidmatannya. Beliau mempunyai kelebihan sebagai "orang lama" yang berpengaruh, tetapi juga perlu bersaing dengan tokoh-tokoh lain dan memastikan beliau terus relevan dengan keperluan parti dan aspirasi ahli-ahli.

 

Kesimpulan:

 

Keempat-empat tokoh ini mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Peluang mereka untuk menjawat jawatan Naib Presiden PKR bergantung kepada beberapa faktor, termasuk:

 

Keputusan untuk bertanding: Adakah mereka akan memilih untuk bertanding atau memberikan laluan kepada orang lain?


Sokongan Perwakilan: Sejauh mana mereka mampu membina jaringan sokongan dalam kalangan perwakilan parti?


Isu-isu semasa: Apakah isu-isu yang akan menjadi tumpuan dalam pemilihan parti, dan bagaimana mereka menangani isu-isu tersebut?


Demikian ulasan, jawaban dan pandangan yang dijanakan oleh App berkenaan. Tentang apa diceritakan mengenai lima tokoh itu seratus peratus daripada App berkenaan yang mngolakan segala data dan maklumat yang mampu dicapainya. Hebat App ini.  [wm.kl.12:20 am 04/03/2025]

 

Monday, March 3, 2025

Jawatan naib presiden jadi perebutan (Bhg II).

Shamsul Iskandar
Md. Akin
PANDANGAN


BAYANGAN yang diberikan Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin ada usaha dalaman agar tiada pertandingan jawatan timbalan presiden Keadilan jadi kenyataan apabila ia diendorce sendiri oleh Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika merasmi mesyuarat agung cabang di Selangor, Anwar memberi signal agar Rafizi Ramli diberi laluan untuk mengekalkan jwatan timbalan presiden. Kenyatan bernada gurauan itu dilihat perestuan Anwar buat Rafizi.

Ramai juga yang kurang senang dengan pandangan Shamsul sebelum ini, kerana ia seolah mahu menyelamatkan Rafizi kekal dengan jawatannya, dan sebagai imbuhannya Rafizi akan membalas besan untuk menyokongnya bertanding apa apa jawatan penting. Begitu bacaan politik. 

Tetapi apabila persiden sudah menyatakan rasa senangnya jawatan itu tidak dipertandingkan, maka selamat dan horaslah Rafizi. Bahawa apa yang dinyatakan Shamsul itu datangnya dari ibu pejabat parti.

Di sebalik itu, dalam masa sama juga orang yang dirasakan berpotensi untuk mencabar Rafizi, Amiruddin Shari mengumumkan untuk mengekalkan jawatan disandangnya sebagai naib presiden. Selepas Saifuddin Nasution Ismail gagal menewaskan Rafizi dalam kongres sebelum ini, MB Selangor itu dilihat berpotensi untuk berhadapan dengan Rafizi.

Pengumuman Amiruddin yang akan pertahankan jawatannya itu, memberi akuan hakikatnya Amiruddin tidak punya kekuatan dan kelebihan untuk tentang Rafizi melainkan kalau beliau diarah. Jika diarah Amiruddin tidak ada alasan untuk menolaknya. Nampaknya tidak berlaku arahan terhadap MB Selangor itu untuk mencabar kedudukan Rafizi.

Dengan dua situasi itu menjelaskan bahawa tidak berlaku pertembungan untuk jawatan nombor dua dalam parti. Anwar sendiri seperti senang dengan keberadaan Rafizi dikerusi berkenaan. Mungkin sepanjang masa memegang jawatan itu Rafizi banyak membantunya dan merengan tugas dan tanggungjawab sebagai presiden. 
Rafizi dan Anwar Ibrahim

Apa lagi Rafizi juga setelah memegang jawatan itu dan setelah diberi kepercayaan memegang jawatan menteri kanan, Menteri Ekonomi, beliau mampu memikulnya. Beliau juga kini seperti sudah mula memahami Anwar dan tahu menghormati sebagai presiden.

Manakala Saifuddin Nasution Ismail yang direstui Anwar diharap berhadapan dengan Rafizi sebelum ini tidak berkeupayaan untuk melawan Rafizi.

Baguslah kalau semua pihak mengambil sikap damai begitu kerana ia memberi suntikan energi kepada parti dan dapat mengelakkan berlaku pertandingan diperingkat timbalan yang silap-silap boleh meretakkan parti. Sebaik baik fokus kini ialah membina dan menguatkan kerajaan Madani yang relatifnya masih belum seutuh parti. 

Nawaitu untuk mengukuhkan kedudukan parti sesuatu yang baik, walaupun helah sebenar keranan tiada tokoh yang layak dan mampu untuk melawan Rafizi. Alasan kenapa Rafizi tidak atau kurang disenangi kerana beliau dikatakan tidak memiliki fikrah politik sejalur dengan boss. Namun suka atau tidak, Rafizi memilik wajah dan imej tersendiri sebagai timbalan presiden atau orang nombor dua dalam parti. Rafizi memiliki kekuatan dan karismatik tersendiri disamping terus mempelajari mengenali fikrah politik boss. 

Beliau dikenal seorang yang tegas, berprinsip dan cuba membawa cara berpolitik berbeza dengan tradisi politik yang diamalkan dalam kebanyakan parti utama (seperti Umno) sebelum ini.

Wajah politik yang dibawanya suatu pembaharuan yang serasi dengan kehendak generasi muda yang sedikit sukar untuk difahami generasi lama. Cara bekerja dan menggerakkan parti dilakukan Rafizi juga disenangnya, misalnya bagaimana dia membangunkan Invoke sebuah syarikat atau badan untuk membuat kajian, penyelidikan dan pengumpulan dana. Kejayaan Invoke menaikkan nama Rafizi sebagai politician yang memiliki political will tesendiri. Invoke yang digerakkan Rafizi dengan 30,000 sukarelawan banyak membantu Keadilan.

Apabila jawatan nombor dua tidak ditandingi, tumpuan kini terarah kepada empat jawatan naib presiden dan juga ketua wanita. Sudah pasti jawatan ini akan menjadi rebutan hangat kelak. Untuk ketua Angkatan Muda, seperti sudah sah Kamil Munim akan mengambil alih daripada Adam Adli Abd. Halim apabila Adam tidak lagi mempertahankan jawatan kerana faktor usia.

Jawatan ketua Wanita yang kini dipegang Fadhlina Siddik juga bakal menjadi pertarungan sengit apabila ada ura ura Fadhlina akan dicabar. Kita berharap semoga Fadhila tidak akan dilowongkan untuk terus memegang jawatan itu tanpa dicabar demi untuk melihat demokrasi subur dalam Keadilan. Lagipun ramai wanita berketrampilan dalam Keadilan untuk dicalonkan ke jawatan itu. [wm.kl 12:55 am 03/03/2025]