Showing posts with label SURAT. Show all posts
Showing posts with label SURAT. Show all posts

Friday, May 11, 2012

Reaksi Pagi

Lagi Anak Peneroka Konfius

Selepas saya menyiarkan surat Anak Peneroka Papar Sabah yang mempersoalkan proses penyenaraian FGVHB yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa, tidak telus dan seolah-olah ada perkara disembunyikan, beberapa surat yang membawa perasaan sama dikirimkan kepada saya untuk dikongsi perasaam bersama penjenguk blog Merah Tinta.

Intipati surat itu menyatakan rasa tidak puas hati atas penyenaraian FGVB itu dan merasakan peneroka yang menanda tangani untuk pinjaman loan bagi membeli saham seperti tertipu dan bakal menanggung bebanan hutang. Di bawah ini saya siarkan satu lagi surat juga dari anak peneroka yang menamakan dirinya, Akulah 69 Anak Peneroka Juga.

Salam tuan,

Saya telah membaca email Anak Peneroka Papar Sabah yang tuan siarkan. Saya juga anak peneroka yang saya pasti ayah saya tidak menandatangani perjanjian pembelian saham tersebut.

Apa yang saya ingin kongsikan dengan tuan berkenaan nasib pekerja yang bekerja di Felda Plantation (FP) sebagai buruh...mandur dsb. Di kalangan mereka ada yang hampir belasan tahun mengabdikan diri dengan FP dan berharap suatu ketika seekar dua tanah FP itu akan diberikan kepada mereka sebagai bekalan hari pencen.

Mereka setia dengan harapan mereka juga diberikan tanah dan rumah seperti peneroka FELDA. Malangnya, harapan hanya tinggal harapan. Baki 3..4..5 tahun lagi mereka bekerja, bila pencen ke mana mereka hendak pergi. Kuarters yang didiami perlu dikosongkan apabila telah pencen.

Dengan pendapatan seribu.. tak sampai dua ribu sebulan, apa yang mreka dapat apabila pencen. Yang dah ada rumah, adalah tempat berteduh. Yang  belum ada rumah...yang anak masih bersekolah??? Ini adalah keluhan mereka. Pergi bertanya dengan pekerja akta buruh FP, berapa gaji mereka. Taraf mereka sama dengan mat Indon dan Bangla yang ramai di FP. 

Satu lagi tuan, saya pelik... melabur pun belum lagi tetiba RM15,000 sudah diberi kepada peneroka, bini peneroka dan anak peneroka. Belum ada urus niaga 'keuntungan' telah diberi. Tidakkah pelik???

Tidakkah peneroka perasan perkara ini. Pada pandangan saya, RM15,000 diberi itu adalah duit yang dipinjam oleh peneroka untuk beli saham. Diambil sedikit untuk diberi semula pada peneroka. Tidakkah mereka sedar, bahawa RM15,000 itu mereka juga yang perlu bayar berdasarkan perjanjian. Duit itu seolah-olah advance sebagai gula-gula PRU. Untuk beli undi peneroka, bini peneroka dan anak peneroka. Kalau mereka yang tidak tandatangan pinjaman pembelian saham pun dapat juga maknanya untunglah yang tidak tandatangan perjanjian itu.

Pegawai FELDA dan email Anak Peneroka Papar Sabah juga menyatakan bahawa dalam tempoh 6 bulan peneroka digalakkan jual saham ketika saham naik. Saya yakin saham naik, peneroka akan jual. Siapa yang beli?? Selepas dijual, saham makin naik, siapa pulak yang akan untuk lebih besar. Itu kalau saham makin naik. Kalau saham tak naik, siapa yang akan tanggung kerugian???

Silap haribulan, walau dikatakan tanah tidak akan hilang tapi siapa tahu jika peneroka tidak mampu jelaskan hutang piutangnya maka FELDA aka Kerajaan BN akan buat sesuatu supaya tanah itulah juga sebagai gadaian kepada pihak bank atas kegagalan menjelaskan pinjaman. 

Satu lagi, mengapa sebelum Jun. Adakah ada kena mengena dengan pilihanraya? Adakah 'mereka' mengumpul dana untuk pilihanraya?? Saya dihubungi saudara yang bekerja sebagai penjawat awam telah bercerita tentang pinjaman FGVHB ini adalah dana pilihanraya. Dia kata ceritanya daripada bangsa 'itu' sendiri. Betul atau tidak walllahua'lam. 

Akulah 69 Anak Peneroka Juga,
Pahang.

[wm.kl.7:30 am 11/05/12]

Monday, April 14, 2008

Reaksi Penjenguk

Kaum India Lebih Berjaya Berbanding Melayu

Penjenguk bernama Rosle Azmi telah memberi reaksi kepada rencana “Pendeta Yang Baru Tersedar Dari Lamunan”. Pandangan sdr Rosle menarik dan wajar dikongsi bersama untuk dijadikan bahan renungan. Berikut disiarkan sepenuhnya komen beliau:

“Saya adalah seorang yang mengikuti setiap tulisan saudara mengenai senario politik semasa yang mencemaskan kita semua sebagai umat Melayu. Saya sangat setuju dengan tulisan saudara dalam rencana “Pendeta Yang Baru Tersedar Dari Lamunan”. Bagi saya kebanyakan pemimpin Umno masa kini oportunis yang mementingkan kepentingan diri untuk mencari kekayaan peribadi.

Kalau betul peminpin-peminpin Umno perjuangkan untuk bangsa Melayu kedudukan orang Melayu di negara ini disegi ekonomi tentulah lebih baik lagi. Pada pengamatan rambang saya kaum India sekarang lebih berjaya dalam merebut peluang-peluang perniagaan dibandingkan dengan orang Melayu. Cuba kita lihat nama-nama besar seperti Mat Shah Sapuan, Tajuddin Ramli, Omar Shah, Datuk Syed Kecik dan ada beberapa nama lagi yang pernah dinobatkan sebagai orang Melayu yang amat berjaya tetapi kini telah lenyap tanpa sebarang kabar berita.

Seperkara lagi amat menyinggung saya sebagai orang Melayu ialah sebelum negara ini mencapai kemerdekaan negara ini telah digelar sebagai Persekutuan Tanah Melayu, yang dalam bahasan inggerisnya disebut “Malay Federated State” yang membawa maksud seluruh muka bumi negara ini adalah Tanah Melayu dan kenapa gran-gran hak milik tanah orang Melayu di sebut “Tanah Reseb Melayu” pada saya keluruhan muka bumi negara ini ada tanah melayu selain daripada itu sepatutnya disebut “TANAH RESEB BUKAN MELAYU” ini tidak, yang mana kini kita seolah menumpang di Negara ini sebagai kaum pendatang.

Untuk pengetahuan saudara dulu Radio Malaysia di Sebut Radio Persekutuan Tanah Melayu, yang kini hanya tinggal Askar Melayu dan Utusan Melayu sahaja Keratapi Tanah Melayu pun kini disebut sebagai “KTMB” tidak lagi disebut sebagai Keretapi Tanah Melayu.

Seperkara lagi saya ingin lontar pandangan samada Pas atau Umno malah PKR sendiri untuk pilihan raya akan datang letaklah calun-calun Melayu di kawasan yang majoritinya Melayu. Bagi parti MCA, Gerakan atau MIC kalau mereka bertanding pilih kawasan yang mempunyai kaum mereka. Ini bertujuan supaya kuasa politik Melayu samada pembangkang atau pemerintah dikuasai orang Melayu.

Ini juga boleh membuat kaum-kaum ini sedar. Diharap juga Pas atau Umno hendaklah menjadi satu parti “chauvinis” Melayu, saya percaya DAP, MCA dan Gerakan mereka ada persefahaman dalam hal ini untuk kepentingan kaum mereka.

Sekian, terima kasih." [wm.kl 2:35 14/04/08]