Wednesday, June 10, 2020

Termusykil atas batu jemala beta

MENGAIT MENTARI

TERMUSYKIL atas batu jemala beta bila baca laporan Air Zam Zam dirampas. Kastam adalah pihak yang mengawal segala hasil mahsyor yang dibawa keluar dan masuk ke negara ini.

Air Zam Zam adalah antara mukjizat diberikan Allah kepada Nabi Ismail a.s dan menjadi sesuatu kebanggaan umat Islam. Setiap mereka ke tanah suci Makkah semacam wajib untuk membawa baliknya sebagai ole-leh untuk keberkatan. 

Sesuai dengan darjatnya air itu seharusnya menjadi milik umat Islam secara gratis dan memilikinya sesuatu dibanggakan.

Friday, June 5, 2020

Projek balas dendam dan Piraum ke 15: Siapa untung siapa rugi? (Pertama)

RENCANA

Berhentilah meramal nombor.

Dua Pertemuan: Agen nombor ramalan sedang
memberi ramalan mereka. 
USAHA untuk mengambil alih kerajaan PH yang hilang kerana dicuri tampaknya samar dan harapan untuk berjaya semakin berbalam-balam dan kelihatan seperti fotamorgana. Walaupun ada usaha ke arah itu sedang dijalankan dengan nawaitu mengembalikan hak dan sekaligus “membalas dendam”, tetapi ia tidak menyakinkan. Ada dua hambatan terhadap usaha berkenaan.

Pertama, bilangan sokongan untuk berbuat demikian masih diragui. Majoriti mudah yang diperlukan (112) masih belum sahih walaupun ia didakwa sudah genap bahkan mencapai 129 kerusi? Wow... 

Wednesday, June 3, 2020

Bukti dan dalil baru jelaskan hakikat yang berlaku

JELANG DHUHA

Gambar ini mencerita dan mendedahkan seribu makna.
DENGAN tersembur atau terdedahnya beberapa maklumat baru dari sumber atau dalil akli yang dapat disaksikan, menyebabkan kita perlu menilai semula setiap apa yang ditanggap dan dirumuskan sebelum ini berhubung peristiwa kudeta ke atas kerajaan PH tempoh hari.

Sekurang-kurang ada tiga sumber maklumat atau dalil baru yang boleh dijadikan asas untuk dinilai semula ke atas kejadian itu, mencari kebenaran dan mengurangkan ketersasaran tanggapan sebelum ini.

Tuesday, June 2, 2020

Malaysia perlukan politik wajah baru

PANDANGAN

SEDAR atau tidak senario politik negara hari ini, cara kita membudayakan politik bukan menuju ke arah masa depan cemerlang untuk membawa kepada politik yang lebih baik dan profesional, sebaliknya semacam berundur ke belakang, apa bila kita terus mengamalkan politik lapok.

Peredaran masa dan berubah musim seolah-olah tidak ikut sama dilestarikan dalam kancah dunia politik kita.

Sunday, May 31, 2020

Keterujaan kepada Muhyiddin macam pelangi

ULASAN

Muhyiddin: Rasa hormat orang ramai mengecil.
TANGGAPAN Muhyiddin Yassin sebagai seorang pemimpin tegas, bersih dan berkualiti yang dilihat sebelum ini adalah kepada apa yang beliau telah lakukan sebelum ini.

Selain itu kebetulan beliau juga dilahirkan dari keluarga kuat beragama. Ayahnya dikategorikan sebagai seorang tuan guru. Wasilah itu menjadikan beliau seorang Melayu yang mempunyai ciri-ciri seorang mukmin.

Saturday, May 30, 2020

PH perlu bangkit atas kifarah diterimanya

SESUDAH ZOHOR

Gambar dikatakan dua MP menemui Mahathir.
SEJAJAR menurunya angka-angka kematian dan mereka diwabaki Coronavirus (Covid-19), kini  jelumu politik negara bergemercing pula dengan isu "cukup angka", seolah-olah gelora dan kemelut politik akan bersambung balik dan hanya menunggu Covid-19 reda sahaja bagi menyambung perang yang belum selesai.

Hakikatnya begitu, pihak yang kehilangan kerajaan pada 25 Februari lalu, marah, kecewa dan menyimpan geram dan dendam tidak sudah untuk membalas dan merampas balik kerajaan mereka.

Friday, May 29, 2020

Kemuncak perang Muhyiddin dengan Mahathir

SESUDAH SUBUH

SEMALAM Dr Mahathir Mohamad bersama empat yang lain termasuk anaknya Mukhriz, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah telah dipecat dari Bersatu serta merta.

Pemecatan mereka tidak melalui lembaga disiplin tetapi mengikut perlembagaan parti itu di bawah Fasal 10: 2.2 dan 10: 2.3. Ertinya mereka tidak diberikan apa-apa surat tunjuk sebab dan dipanggil membela diri.

Tuesday, May 26, 2020

Suara Teresa dan Najib bagaikan suara gagak...

SESUDAH SUBUH

PENGUNGKITAN oleh Teresa Kok berhubung pengumuman Pengerusi Lembaga Getah (LGM) yang baru Ahmad Nazlan Idris yang juga ahli Parlimen Jerantut mengenai projek pusat teknologi getah (RTC) bernilai RM100 juta di Jerantut hanya sia-sia sahaja tidak lebih daripada suara gagak yang sering kita kedengaran. Arkkk....arkkkk... 

Sunday, May 24, 2020

Selamat hari raya semoga bahagia


SAYA mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri 1441/2020 kepada semua penjenguk blog Merah Tinta dengan iringan doa semoga semuanya dalam bahagia dan semoga amal ibadah kita di sepanjang bulan Ramadhan dan seterusnya akan diperkirakan Allah sebagai saham akhirat yang tinggi nilainya.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua penjenguk yang terus setia mengikut catatan saya dalam blog ini. Atas sebarang kekhilafan dipohonkan kemaafan jua. Sokongan anda memberi semanmgat untuk saya terus blogging. Sekali lagi Selamat Hari Raya. [wm.kl.6:47 am 24/05/2020]

Tuesday, May 19, 2020

Katakunci kenapa kerajaan PH jatuh ditemui

ANALISA

Sidang akhbar Majlis Presiden PH
selepas mesyuarat yang panas.
ANDA mungkin sudah pun mendengar rakaman mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PH) yang berlangsung dua bulan lalu yang ditularkan sejak beberapa hari lepas. Saya baru mendengarnya hari ini, setelah baru menerimanya, salinan rakaman itu dikirimkan oleh seorang rakan.

Mesyuarat itu seperti dirakam sepenuhnya itu, diadakan pada 21 Februari, 2020 dua hari sebelum kerajaan PH jatuh kerana digulingkan. Kerajaan PH tumbang 25 Februari. Rakaman yang sampai kepada saya itu berdurasi 2:25:11.