SESUDAH SUBUH
SEMALAM Dr Mahathir Mohamad bersama empat yang lain termasuk anaknya Mukhriz, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah telah dipecat dari Bersatu serta merta.
Pemecatan mereka tidak melalui lembaga disiplin tetapi mengikut perlembagaan parti itu di bawah Fasal 10: 2.2 dan 10: 2.3. Ertinya mereka tidak diberikan apa-apa surat tunjuk sebab dan dipanggil membela diri.
Mereka tidak menerima tindakan itu kerana menganggap ia tidak mengikut perlembagaan dan surat pemecatan itu juga disifatkan sebagai cacat, apabila ia ditandatangani oleh Setiausaha Kerja, bukan Setiausaha Agung yang lebih berhak untuk menguruskan pemecatan itu.
Ada kemungkinan tindakan pemecatan itu akan menjadi polimek dan kemungkinan ia akan diheret ke mahkamah, atau setidak-tidak memerlukan tafsiran daripada RoS? Apakah Muhyiddin sudah membuat perkiraan beliau akan berada dipihak benar jika RoS campur tangan. Orang nombor satu RoS kini adalah orang yang rapat dengan Muhyiddin bukan baru, tetapi sudah lama.
Bagaimana pun soal sah atau tidak, bukan menjadi perkara penting di sini. Pemecatan itu sudah jadi isu dan modal politik. Yang dapat dirasakan, tindakan itu menjadi kemuncak kepada krisis antara Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dengan Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad.
Untuk pertahankan kedudukan.
Umum faham kenapa Mahathir dan mereka yang sekufu dengannya itu dipecat. Ia tidak ada sebab lain melainkan kerana Muhyiddin ingin menjaga kedudukan sebagai presiden parti dan juga jawatan PM disandang kini yang diperolehi secara "curitokrasi". Bagaimana pun di pihak Mahathir walaupun beliau dipecat, tindakan itu sedikit pun tidak berbekas kepadanya. Ia tidak menjejaskan populariti dan kedudukannya sebagai ahli politik serta kekaguman rakyat kepadanya sebagai bekas perdana menteri dan negarawan.
Begitu juga mereka yang lain, kerana mereka bergantung kepada populariti Dr Mahathir.
Berbeza dengan Muhyiddin. Tindakan diambil itu memberi kesan buruk kepadanya. Persepsi yang timbul ini menunjukkan beliau dalam keadaan desparate untuk mempertahankan diri sehingga sanggup memecat pengasas parti itu. Tindakan itu satu kesilapan dan tidak bijaksana. Muhyiddin sudah tersalah mendengar nasihat ke atas tindakan memecat Mahathir dan lain-lain itu
Mungkin beberapa ahli parlimen atau ketua bahagian parti, atau mereka diberi jawatan dan habuan oleh Muhyiddin bersetuju dengan tindakan khianatnya menjatuhkan kerajaan PH tempoh hari. Maka mereka mengalu-alukan tindakan itu. Tetapi bagaimana mereka yang tidak mendapat habuan? Tentu mereka akan lebih setia dan simpati dengan apa yang berlaku kepada Mahathir dan melihat tindakan pemecatan itu sebagai sesuatu yang jijik.
Jadi pemecatan itu tidak banyak menguntungkan Muhyiddin melainkan merugikannya, manakala Mahathir mendapat saham percuma hasil tindakan itu.
Pemerhati tidak melihat pemecatan itu kerana hanya semata-mata Dr Mahathir dan yang lain itu berada di blok pembangkang semasa dalam sidang dewan tempoh hari. Sebaliknya membuat telahan ia adalah motif politik, dan hujah diberikan itu alasan tidak masuk akal. Tindakan itu sebenarnya bagi memastikan Muhyiddin menguasi Bersatu.
Bulan depan Bersatu akan mengadakan mesyuarat untuk memilih pemimpin. Muhyiddin sendiri sebagai presiden ditentang oleh Mukhriz. Beliau mengira dengan memecat Mahathir dan Mukhriz beliau akan selamat dan dengan mudah mengekalkan presiden Bersatu.
Tetapi seperti dikatakan tadi tindakan itu tidak bijak. Ia menunjukkan Muhyiddin dalam keadaan benar-benar terjempit. Tindakan memecat itu lebih dilihat kepada betapa gusar dan bimbangnya Muhyiddin dengan serangan balas Mahatahir atas pengkhinatannya terhadap Dr Mahathir melalui kudeta tempoh hari. Bagi Mahathir tindakan Muhyiddin bersekongkol dengan pengkhianat-pengkhianat lain itu sesuatu yang sungguh mengilankannya.
Justeru tindakan diambil itu tidak menyelesaikan masalah, malahan tambah menyulitkan keadaan. Mahathir bersama empat yang dipecat menyatakan rasa tidak puas dan tidak menerima pemecatan itu. Sudah tentu ia akan menjadi perbualan hangat. Kalaupun akhirnya Mahathir bersama empat orang itu terpaksa keluar daripada Bersatu, tetapi mereka akan dilihat sebagai mangsa pengkhianatan Muhyiddin yang kedua kalinya dan simpati akan melimpah kepada mereka. Keadaan ini memberi kelebihan kepada Mahathir.
Selepas ini kita akan saksikan seorang demi seorang ketua-ketua bahagian atau individu yang tidak diikat dengan ghanimah akan membuat kenyataan bersama Mahathir.
Sebaliknya dengan tindakan dibuat itu menyebabkan Dr Mahathir makin tersentuh hati dan marahkan kepada Muhyiddin. Tindakan itu menambah api kemarahan dan rasa sedih Mahathir atas perbuatan Muhyiddin yang tidak dimaafi Mahathir itu.
Dalam keadaan begitu, mungkin bekas PM itu hanya tersenyum sahaja mengenangkan tindakan Muhyiddin ke atasnya yang tidak berbekas demi menjaga kedudukannya. Bagi Mahathir beliau sudah dapat merasakan yang Muhyiddin makin panas dengan aksinya. Muhyiddin sudah jadi semakin cemas dan takut dengan kedudukannya.
Iya, Mahathir mungkin menyatakan pemecatan itu tidak mengikut undang-undang tetapi baginya tindakan Muhyiddin itu yang dikehendakinya. Apabila Mahathir memutuskan untuk berada di blok pembangkang dalam sidang parlimen skirt, ia sudah memberi mesej kepada Muhyiddin agar melakukan sesuatu kepadanya. Beliau mahu menunggu tindakan seterusnya, dan pemecatan itu adalah apa yang ditunggunya.
Sepatut Muhyiddin mulai sedar bahawa Mahathir benar-benar berasa hati dengannya setelah usahanya untuk menemui Mahathir selepas angkat sumpah jadi PM ditolak. Sepatutnya beliau melihat Mahathir telah melihat dirinya seperti mana Mahathir melihat bekas-bekas PM sebelum ini, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak.
Sejarah yang berlaku antara Mahathir dengan dua bekas PM itu semasa mereka memegang jawatan sepatutnya dijadikan iktibar. Mahathir apabila dia sudah marah kepada seseorang dia sanggup melakukan apa sahaja yang tidak terfikir dek akal umum.
Beliau tidak perlu pecat sebaiknya mencari jalan untuk berdamai dengan Mahathir dengan apa cara sekalipun. Bukan Mahathir mempunyai "keramat" tetapi dunia menganggap begitu. Walaupun Muhyiddin berada dikerusi PM, tetapi beliau tidak mampu untuk berhadapan dengan "koramah" Mahathir. Patut Muhyiddin belajar daripada tragedi menimpa Abdullah dan Najib
Kalau ada niat untuk berlawan dengan Mahathir ia adalah kesilapan besar. Di satu takah kedudukan Mahathir dalam politik setaraf dengan Abdul Hadi Awang dalam Pam. Apa juga kesalahan, tindakan beliau tidak akan dilihat sebagai satu kesilapan dan kecacatan. Kecacatan itu dapat dilindungi oleh kehebatan sokongan buatnya. Rakyat khasnya pengkagum Mahathir tetap akan berpihak kepada sang tua itu seperti mana orang-orang Pam tetap bersama sang lebai.
Muhyiddin belum sampai ke makam berkenaan walaupun beliau kini bergelar perdana menteri.
Melawan Mahathir samalah cuba mengalungkan buah yang berada dipuncak. Buah tidak akan jatuh sebaliknya kayu pengalung yang menimpa kepala. Muhyiddin kini sedang bakal ditimpa kayu penglungnya sendiri. Begitu juga usaha hendak menangkap Mahathir sepertilah kerja nak tangkap musang tanggalung, musang tidak akan tertangkap, tetapi bau hamisnya berbekas di tangan. [wm.kl.10:52 am 29/05/2020]
Glossori:
Mengalung = melontar, memengkung,

Mahathir tetap seperti Mahathir sebelum ini, dimata umum. Pemecatan itu memberi markah tambahan kepadanya. Sebenarnya dirinya lebih hebat daripada parti Bersatu itu sendiri. Bersatu diwujudkan atas batang tubuh dan dirinya. Justreru kalaupun beliau dipecat seribu kali, beliau tidak terpecat daripada pamor politiknya.
Begitu juga mereka yang lain, kerana mereka bergantung kepada populariti Dr Mahathir.
Berbeza dengan Muhyiddin. Tindakan diambil itu memberi kesan buruk kepadanya. Persepsi yang timbul ini menunjukkan beliau dalam keadaan desparate untuk mempertahankan diri sehingga sanggup memecat pengasas parti itu. Tindakan itu satu kesilapan dan tidak bijaksana. Muhyiddin sudah tersalah mendengar nasihat ke atas tindakan memecat Mahathir dan lain-lain itu
Mungkin beberapa ahli parlimen atau ketua bahagian parti, atau mereka diberi jawatan dan habuan oleh Muhyiddin bersetuju dengan tindakan khianatnya menjatuhkan kerajaan PH tempoh hari. Maka mereka mengalu-alukan tindakan itu. Tetapi bagaimana mereka yang tidak mendapat habuan? Tentu mereka akan lebih setia dan simpati dengan apa yang berlaku kepada Mahathir dan melihat tindakan pemecatan itu sebagai sesuatu yang jijik.
Jadi pemecatan itu tidak banyak menguntungkan Muhyiddin melainkan merugikannya, manakala Mahathir mendapat saham percuma hasil tindakan itu.
Pemerhati tidak melihat pemecatan itu kerana hanya semata-mata Dr Mahathir dan yang lain itu berada di blok pembangkang semasa dalam sidang dewan tempoh hari. Sebaliknya membuat telahan ia adalah motif politik, dan hujah diberikan itu alasan tidak masuk akal. Tindakan itu sebenarnya bagi memastikan Muhyiddin menguasi Bersatu.
Bulan depan Bersatu akan mengadakan mesyuarat untuk memilih pemimpin. Muhyiddin sendiri sebagai presiden ditentang oleh Mukhriz. Beliau mengira dengan memecat Mahathir dan Mukhriz beliau akan selamat dan dengan mudah mengekalkan presiden Bersatu.
Tetapi seperti dikatakan tadi tindakan itu tidak bijak. Ia menunjukkan Muhyiddin dalam keadaan benar-benar terjempit. Tindakan memecat itu lebih dilihat kepada betapa gusar dan bimbangnya Muhyiddin dengan serangan balas Mahatahir atas pengkhinatannya terhadap Dr Mahathir melalui kudeta tempoh hari. Bagi Mahathir tindakan Muhyiddin bersekongkol dengan pengkhianat-pengkhianat lain itu sesuatu yang sungguh mengilankannya.
Justeru tindakan diambil itu tidak menyelesaikan masalah, malahan tambah menyulitkan keadaan. Mahathir bersama empat yang dipecat menyatakan rasa tidak puas dan tidak menerima pemecatan itu. Sudah tentu ia akan menjadi perbualan hangat. Kalaupun akhirnya Mahathir bersama empat orang itu terpaksa keluar daripada Bersatu, tetapi mereka akan dilihat sebagai mangsa pengkhianatan Muhyiddin yang kedua kalinya dan simpati akan melimpah kepada mereka. Keadaan ini memberi kelebihan kepada Mahathir.
Selepas ini kita akan saksikan seorang demi seorang ketua-ketua bahagian atau individu yang tidak diikat dengan ghanimah akan membuat kenyataan bersama Mahathir.
Sekali lagi diulangi Mahathir mempunyai pamor politik tersendiri dan Bersatu bukan apa-apa pun. Ia bukan sebuah parti seperti Umno ataupun Pam, atau pun PKR yang sudah menunjang dan menjadi milik ahlinya. Bersatu adalah parti yang belum ada tunjang dan belum ada penunggu setia yang fundamental. Bahkan Bersatu mendapat sokongan pun kerana Mahathir. Tiada Mahathir, lenyapkan Bersatu.
Sebaliknya dengan tindakan dibuat itu menyebabkan Dr Mahathir makin tersentuh hati dan marahkan kepada Muhyiddin. Tindakan itu menambah api kemarahan dan rasa sedih Mahathir atas perbuatan Muhyiddin yang tidak dimaafi Mahathir itu.
Dalam keadaan begitu, mungkin bekas PM itu hanya tersenyum sahaja mengenangkan tindakan Muhyiddin ke atasnya yang tidak berbekas demi menjaga kedudukannya. Bagi Mahathir beliau sudah dapat merasakan yang Muhyiddin makin panas dengan aksinya. Muhyiddin sudah jadi semakin cemas dan takut dengan kedudukannya.
Iya, Mahathir mungkin menyatakan pemecatan itu tidak mengikut undang-undang tetapi baginya tindakan Muhyiddin itu yang dikehendakinya. Apabila Mahathir memutuskan untuk berada di blok pembangkang dalam sidang parlimen skirt, ia sudah memberi mesej kepada Muhyiddin agar melakukan sesuatu kepadanya. Beliau mahu menunggu tindakan seterusnya, dan pemecatan itu adalah apa yang ditunggunya.
Sepatut Muhyiddin mulai sedar bahawa Mahathir benar-benar berasa hati dengannya setelah usahanya untuk menemui Mahathir selepas angkat sumpah jadi PM ditolak. Sepatutnya beliau melihat Mahathir telah melihat dirinya seperti mana Mahathir melihat bekas-bekas PM sebelum ini, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak.
Sejarah yang berlaku antara Mahathir dengan dua bekas PM itu semasa mereka memegang jawatan sepatutnya dijadikan iktibar. Mahathir apabila dia sudah marah kepada seseorang dia sanggup melakukan apa sahaja yang tidak terfikir dek akal umum.
Beliau tidak perlu pecat sebaiknya mencari jalan untuk berdamai dengan Mahathir dengan apa cara sekalipun. Bukan Mahathir mempunyai "keramat" tetapi dunia menganggap begitu. Walaupun Muhyiddin berada dikerusi PM, tetapi beliau tidak mampu untuk berhadapan dengan "koramah" Mahathir. Patut Muhyiddin belajar daripada tragedi menimpa Abdullah dan Najib
Kalau ada niat untuk berlawan dengan Mahathir ia adalah kesilapan besar. Di satu takah kedudukan Mahathir dalam politik setaraf dengan Abdul Hadi Awang dalam Pam. Apa juga kesalahan, tindakan beliau tidak akan dilihat sebagai satu kesilapan dan kecacatan. Kecacatan itu dapat dilindungi oleh kehebatan sokongan buatnya. Rakyat khasnya pengkagum Mahathir tetap akan berpihak kepada sang tua itu seperti mana orang-orang Pam tetap bersama sang lebai.
Muhyiddin belum sampai ke makam berkenaan walaupun beliau kini bergelar perdana menteri.
Melawan Mahathir samalah cuba mengalungkan buah yang berada dipuncak. Buah tidak akan jatuh sebaliknya kayu pengalung yang menimpa kepala. Muhyiddin kini sedang bakal ditimpa kayu penglungnya sendiri. Begitu juga usaha hendak menangkap Mahathir sepertilah kerja nak tangkap musang tanggalung, musang tidak akan tertangkap, tetapi bau hamisnya berbekas di tangan. [wm.kl.10:52 am 29/05/2020]
Glossori:
Mengalung = melontar, memengkung,
No comments:
Post a Comment