LEPAS SAHUR
PELBAGAI pihak memberi pandangan dan menyuarakan kebimbangan mereka terhadap langkah kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang patut bermula esok 4 Mei. Masing-masing memberi alasan bahawa tindakan itu sebagai tidak sepatutnya dilakukan dalam keadaan wabak itu masih belum menunjukkan ke arah berakhir secara konkrit.
Ia juga agak pelik dan sumbang sedikit sebab KPK fasa ketiga baru berakhir pada 12 Mei, setidak-tidaknya jika hendak buat kelonggaran tunggu tempoh itu habis.
Yang menzahirkan kebimbangan bukan sahaja daripada pakar, pemimpin NGO, atau pun pihak pembangkang, tetapi ada juga pemimpin parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) yang tidak berada dalam kerajaan. Suara mereka itu tidak perlu dilihat sebagai suatu singgungan atau sindiran kepada Muhyiddin tetapi hendaklah dilihat sebagai ikhlas pandangan untuk kebaikan bersama.
Antara pemimpin parti kerajaan yang menyuarakan ketidak-setujuan mereka ialah Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki dan juga bekas presiden Umno Najib Razak sendiri. Asyraf menyifatkan langkah itu sebagai tergesa-gesa sementara Najib meminta melakukannya dalam keadaan lebih berhati-hati secara berperingkat dan bukan sekaligus.
Yang lainnya ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak melihat kepada perkembangan keliling, tanpa memikirkan implikasi daripada apa yang menimpa di beberapa buah negara yang telah melakukan hal sama akhirnya mengakibatkan wabak itu menular kembali secara mendadak.
Negara yang disebut sebagai contoh adalah negara-negara yang dikira lebih canggih dan advance prasarana kesihatan dan tahap disiplin rakyatnya yang tinggi, seperti Kenada, Jepun dan Singapura. Ternyata kes-kes baru Coronavirus di negara itu merebak mendadak selepas dilakukan perlonggaran lockdown.
Berdasarkan fakta itu mereka bimbang perkara sama akan berlaku di negara ini, apa lagi tahap disiplin dan sabar diri di dalam kalangan rakyat negara ini lebih rendah nilainya berbanding negara berkenaan. Untuk melihat ini perhati sahaja kepada statistik mereka yang ditahan kerana melanggar PKP dan didakwa di mahkamah.
Kebimbangan juga dinyatakan, sekiranya wabak itu bangkit kembali ia akan membebankan para petugas di barisan hadapan (frontlines) yang sejak awal-awal hingga kini masih belum berhenti mengekangnya siang malam. Jangan pula apabila ianya sudah menunjukkan tanda-tanda mahu berakhir, ia tetiba bangkit kembali. Bayangkan betapa seksa dan sangsaranya para petugas hadapan, seperti; doktor, jururawat, polis, tentara, rela dan sebagainya kalau tiba-tiba wabak itu bangkit mendadak.
Apa yang mereka sedang alami ini sudah cukup menyeksa dan mederitakan mereka berbanding dengan kita yang "bebas" dan hanya bekurangan di rumah tidak merasai hakikat kesuliatan dan kecemasan yang para barisan hadapan itu alami.
Juteru kerajaan dalam melakukan tindakan itu jangan semata-mata kerana melihatan kepada penurunan jumlah kes baru. Unjuran itu tidak relevan. Satu perkara yang perlu diberikan perhatian jangkit kes-kes baru, banyak berlaku disebabkan jangkitan kes dalam negeri bukan kes import. Ini menunjukkan varius itu sudah berumah dan berdikari di negara ini.
Apa lagi kalau kelonggaran itu kerana memikirkan masalah ekonomi dan kewangan negara ia sesuatu yang tidak praktikal. Dua hari lepas Muhyiddin memberi maklumat bahawa negara kerugian sebanyak RM2.4 billion sehari dan sejak PKP dilaksanakan kerugian mencecah RM63 billion dan akan mencecah RM100 billion sehingga tamat PKP fasa tiga nanti. Kita tahu masalah dan bebanan itu, tetapi soal jiwa lebih penting. Wang boleh dicari, nyawa sekali hilang, tunggulah setelah terbunyi nafiri baru hidup semula.
Seelokknya sebelum kelonggaran itu diberikan walaupun ia menggembira rakyat bawahan dan mereka yang ingin segera merdeka kerana tidak tahan berkurung di rumah, tetapi sesuatu yang lebih utama dan penting daripada itu perlu difikirkan. Pastikan dahulu wabak sudah benar-benar mahu berundur daripada negara ini barulah kelonggaran itu diberikan. Kebiasaan baru yang melanda rakyat negara ini sekarang ini perlu dijadikan sebagai benteng untuk tidak kembali kepada beberapa kebiasaan lama yang tidak baik seperti bersembang di kedai-kedai kopi.
Tidak disangkalkan Muhyiddin dan kerajaan PN perlu membayar harga yang mahal untuk menyelamatkan negara daripada Covid-19 ini sesuai dengan harga kesedihan dan kemarahan rakyat yang tinggi juga apabila kerajaan yang mereka dokong dan angkat, PH dikudetakan oleh Muhyiddin dan kuncu-kucunya. Cis, basa menatang.
Kerajaan hendaklah mengambil kira semua pandangan itu dan tidak akan melanggar dengan menggunakan kuasa atau keegoan yang ada seperti mana sikap sesetengah orang yang berani langgar KPK kerana semata-mata untuk kepentungan diri sendiri. Cara itu tidak baik dan bersifat ulu albab.
Dalam masa terdekat kita mahu Muhyiddin Yassin mengumumkan pengubahan keputusan itu dengan beberapa pembaikian, tanpa memansuhkan semuanya. Biasalah sebagai kerajaan baru walaupun Muhyiddin sudah berada dalam kabinet berdekad, kesilapan dan salah fikir tetap berlaku. Salah dan kecacatan itu pula kian menjadi-jadi apabila Muhyiddin kebetulan memiliki beberapa orang menteri yang "cendoi" atau menteri "kueh Che Amat demam". [wm.kl.7:39 am 03/05/2020]
Dr Noor Hisham hanya akur? |

Jangan pula kerana nak menyelamat satu keadaan, ia menimbulkan masalah lain pula yang berakhirnya keadaan lebih parah. Kata orang hendak selamatkan daripada mulut buaya termasuk ke mulut rimau, nak selamatkan negara dan bangsa daripada dihancurkan kerajaan PH bentuk kerajaan PN walaupun dengan cara tidak bermoral. Curi.
Juteru kerajaan dalam melakukan tindakan itu jangan semata-mata kerana melihatan kepada penurunan jumlah kes baru. Unjuran itu tidak relevan. Satu perkara yang perlu diberikan perhatian jangkit kes-kes baru, banyak berlaku disebabkan jangkitan kes dalam negeri bukan kes import. Ini menunjukkan varius itu sudah berumah dan berdikari di negara ini.
Apa lagi kalau kelonggaran itu kerana memikirkan masalah ekonomi dan kewangan negara ia sesuatu yang tidak praktikal. Dua hari lepas Muhyiddin memberi maklumat bahawa negara kerugian sebanyak RM2.4 billion sehari dan sejak PKP dilaksanakan kerugian mencecah RM63 billion dan akan mencecah RM100 billion sehingga tamat PKP fasa tiga nanti. Kita tahu masalah dan bebanan itu, tetapi soal jiwa lebih penting. Wang boleh dicari, nyawa sekali hilang, tunggulah setelah terbunyi nafiri baru hidup semula.
Seelokknya sebelum kelonggaran itu diberikan walaupun ia menggembira rakyat bawahan dan mereka yang ingin segera merdeka kerana tidak tahan berkurung di rumah, tetapi sesuatu yang lebih utama dan penting daripada itu perlu difikirkan. Pastikan dahulu wabak sudah benar-benar mahu berundur daripada negara ini barulah kelonggaran itu diberikan. Kebiasaan baru yang melanda rakyat negara ini sekarang ini perlu dijadikan sebagai benteng untuk tidak kembali kepada beberapa kebiasaan lama yang tidak baik seperti bersembang di kedai-kedai kopi.
Tidak disangkalkan Muhyiddin dan kerajaan PN perlu membayar harga yang mahal untuk menyelamatkan negara daripada Covid-19 ini sesuai dengan harga kesedihan dan kemarahan rakyat yang tinggi juga apabila kerajaan yang mereka dokong dan angkat, PH dikudetakan oleh Muhyiddin dan kuncu-kucunya. Cis, basa menatang.
Kita percaya dari sudut hati kecil Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah yang bertanggungjawab sepenuh dalam monitor masalah Covid-19, yang menjadi komandan utama kurang bersetuju dengan langkah itu. Tetapi mungkin kerana kehendak politik atau pun desakan individu tertentu untuk menunjukkan negara telah selamat daripada Covid-19, kononnya mereka berjaya menanganinya dengan tanda PKP dilonggarkan, apa yang beliau boleh lakukan kecuali akur sahaja.
Bukankah pegawai kerajaan itu sering kali diperbudakkan oleh orang politik?Dalam pada itu kebimbangan juga disuarakan oleh rakyat yang sedar dan peka dengan masalah bahaya coronavirus berkenaan tidak setuju dengan pelonggaran itu. Seramai 330,000 sehingga semalam dilaporkan telah menanda tangan menyatakan bantahan (petisyen) mereka yang dibuat melalui on line, Change.org.
Kerajaan hendaklah mengambil kira semua pandangan itu dan tidak akan melanggar dengan menggunakan kuasa atau keegoan yang ada seperti mana sikap sesetengah orang yang berani langgar KPK kerana semata-mata untuk kepentungan diri sendiri. Cara itu tidak baik dan bersifat ulu albab.
Dalam masa terdekat kita mahu Muhyiddin Yassin mengumumkan pengubahan keputusan itu dengan beberapa pembaikian, tanpa memansuhkan semuanya. Biasalah sebagai kerajaan baru walaupun Muhyiddin sudah berada dalam kabinet berdekad, kesilapan dan salah fikir tetap berlaku. Salah dan kecacatan itu pula kian menjadi-jadi apabila Muhyiddin kebetulan memiliki beberapa orang menteri yang "cendoi" atau menteri "kueh Che Amat demam". [wm.kl.7:39 am 03/05/2020]
No comments:
Post a Comment