RENCANA KHAS
TERKEDU juga hati saya setelah melihat carta FDI dalam sektor pembuatan bagi negeri-negeri di Malaysia untuk tahun 2019. Carta yang ternampak secara tidak sengaja itu menunjukkan negeri Kelantan berada di tempat tercorot sekali, hatta di bawah negeri Perlis, negeri jauh lebih kecil daif berbanding Kelantan baik dari segi keluasan geografi maupun pemilikan aset semula jadi.
Nilai FDI untuk Kelantan ialah RM18.5 juta, jauh berbanding dengan negeri-negeri Selangor (RM17.0 billion, Pulau Pinang RM16.9 billion, Kedah (RM11.5 billion), Johor (RM11.5 billion) dan lain-lain. Perlis berada di atas Kelantan mencatat RM53.3 juta hampir tiga kali ganda.
Semasa berkawan dan rapat dengan Allahyarham Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat saya sudah memikirkan hal ini, mengenang untung nasib Kelantan. Pada saya apabila beliau jadi MB dan mentadbir Kelantan perlu berbuat sesuatu yang lebih signifikan.
Dasar pemisahan itu tidak mengubah sikap orang Kelantan. Mereka tetap juga kekal bersama Pas. Rakyat Kelantan memilih Pas walaupun mereka tahu, musibah dan nasib yang diterima. Perangai orang Kelantan yang dikatakan unik itu, mereka tidak peduli kepada pajaman itu. Politik doktrinisme Pas yang mendoktinkan Pas sebagai parti wahyu, pula (agama) menjadi mereka lebih keras dan berani untuk menghadapi hidup bersendirian.
i. Menaikkan taraf pelabuhan Tok Bali.
4. Berusaha untuk melakukan usaha menambah nilai (value added) terhadap produk-produk pertanian, ternakan dan perikanan, secara yang bermutu tinggi, halal dan hygienic. Pelabur-pelabur bersama teknologi modern dalam bidang ini dan bidang-bidang kosmetik, peralatan berkaitan dengan makanan saperti, pinggan mangkuk yang berstatus halal boleh di tarik ke Halal Hub.
5. Tumpukan sektor pelancongan. Industri pelancongan perlu digalakkan, untuk ini bina hotel bertaraf tiga atau empat bintang yang baru tidak perlu kepada hotel bertaraf lima bintang. Kelantan mempunyai banyak kawasan pelancongan menarik, serta memiliki banyak tanah ia boleh dibangunkan dengan melibatkan pelabur asing.
6. Perluaskan lagi strategi pendidikan dengan menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada lepasan sekolah. Sasaran 80% daripada mereka mestilah berpendidikan "tertiari".
Melalui sektor ini wujudkan program-program, kursus-kursus latihan kemahiran seperti vokasional, TVET, dan STEM (Sains, Teknologi, Engineering dan Metamatik) hendaklah menjadi keutamaan.
7. Membangun dan memperkenalkan pusat-pusat IKS (Industri Kecil dan Sederhana). Ini penting supaya ianya seiring dengan perkembangan industri-industri yang dicadangkan diatas. Skim kewangan bagi pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan usahawan mikro harus diada kan oleh pihak kerajaan negeri .

Apabila melihat Kelantan berada dicorot menyebabkan terbetik di hati saya untuk menyiapkan tulisan ringkas ini. Semoga ia memberi manfaat.
Bertolak dari situ terlintas untuk saya menghubungi seorang rakan kebetulan beliau ahli ekonomi juga asal di Kelantan. Pernah berkhidmat di perbadanan kewangan nasional. Selain beliau, saya juga menghubungi beberapa ahli ekonomis lain juga tujuannya meminta pandangan dan idea daripada mereka untuk membantu Kelantan khasnya bagi mengubah angka FDI yang cukup memalukan itu.
Untung nasib.
Sebagai anak Kelantan dan darah tumpah di sana, saya sudah lama memikirkan untung nasib negeri Kelantan ini. Saya melihat Kelantan tersisih jauh berbanding dengan negeri-negeri di Pantai Barat. Hal ini disedari ramai orang di Kelantan tetapi mereka seakan tepu untuk berbicara dan bertindak. Dan semua tahu akan sebab-sebab atau faktor berlaku demikian.

Sebab utama tidak lain dan tidak bukan kerana politik. Politik di Kelantan yang dianggap sebagai sebuah permainan tradisional seperti wau, rebana, kertu, laga lembu atau wayang kulit, tidak tidak menguntungkan negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga itu. Orang Kelantan mempunyai dan membuat tafsiran politik berbeza dengan maksud sebenarnya.
Semasa berkawan dan rapat dengan Allahyarham Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat saya sudah memikirkan hal ini, mengenang untung nasib Kelantan. Pada saya apabila beliau jadi MB dan mentadbir Kelantan perlu berbuat sesuatu yang lebih signifikan.
Lantas secara peribadi dan senyap telah saya lakukan beberapa pendekatan, khasnya cuba menyambungkan “paip” politik di antara Pas dengan Umno untuk merubah pradigma lama itu. Ia perlu kerana saya mengira nasib buruk diterima Kelantan di segi pembangunan disebabkan politik. Politik menjadi penghalang dan faktornya.
Ketika itu saya yakin nasib Kelantan baik, pembangunan infrastruktur maupun sosial ekonomi, boleh berubah apabila kedua pihak bermusuhan itu (Umno - Pas) bermuafakat. Namun sayang usaha secara peribadi itu tidak menjadi. Mungkin waktu itu bukan masanya. Tetap Alhamdulilah arwah Tokguru bersetuju dengan saya dan memberi perestuan terhadap satu usaha saya. Hal ini tidak pernah tersebut kepada sesiapa pun kecuali saya, arwah Tokguru dan dua mereka berkenaan.
Sekali lagi diulangi, kenapa ini berlaku, dan Kelantan tidak setanding dengan negeri lain, ialah kerana politik. Sama sekali bukan kerana pembangunan di Kelantan sengaja dilambatkan seperti "dituturbarikan" itu. Itu dalih politik atau escape sahaja. Sesiapa pun tidak dapat menerima hujah sedemikian.
Sikap orang Kelantan.
Selain faktor politik tadi, salah satu ianya berpunca daripada sikap (attitude) orang Kelantan sendiri yang tidak begitu "cakna" kepada soal negeri Kelantan. Tidak ada “political will” untuk bangunkan negeri khasnya dari kalangan teknokrat dan politis.

Satu yang ironis dan kontra, padahal ramai anak-anak Kelantan menduduki jabatan-jabatan tertinggi dalam kerajaan di peringkat Persekutuan sejak lama dahulu. Semua jabatan hatta di peringkat kementerian ada dipanggungi oleh anak-anak Kelantan. Ia wujud dalam setiap sektor daripada Ketua Setiausaha (KSU), Ketua Angkatan Bersenjata, Diplmotik atau Menteri. Orang Kelantan juga mempunyai ramai ahli ekonomi dan pedagang berjaya yang mengharumkan Malaysia.
Sayangnya, keistimewaan itu tidak memberi input atau pulangan kepada Kelantan. Ia tidak digunakan untuk membangun Kelantan. Kejayaan dan kecemerlangan anak-anak Kelantan itu tidak dijadikan mantari untuk memanas dan mencerahkan Kelantan. Ini sikap atau keterlupaan anak-anak Kelantan di sektor iktisad.
Nasib Kelantan tambah buruk lagi apabila ia dipisahkan oleh cekrawala politik, Kelantan berada di bawah negeri pembangkang. Kelantan diperintah oleh Pas selama 18 tahun sejak pasca Merdeka, kemudian bersambung sampai kini. Umno hanya mengambil sekejap saja selama 12 tahun 1978 - 1990.

Bermakna sepenuh tempoh pemerintahan demokrasi Pas menguasai Kelantan 48 tahun. Tempoh itu sangat panjang sekali kalau bijak digunakan ia banyak membawa manfaat kepada rakyat Kelantan. Jadi tidak boleh dinafikan bahawa Pas bertanggungjawab sepenuhnya untuk “menghiasi” Kelantan dan kekurangan Kelantan kesalahan mereka?
Keadaan itu ditambah dengan satu lagi yang ironis juga, kerana Pas memerintah dengan mengambil pendekatan dan bercirikan Islam, di mana ia dilihat tidak begitu "mesra" dengan pembangunan moden walhal Islam itu sebuah agama progresif. Kerana sikap itu menyebabkan pembangunan dibawa Pas selama itu di antara ukhrawi dan dunia tidak seimbang, tempang.
Itulah antara keterlupaan dan kelemahan menyebabkan Kelantan terpinggir dan sering diejek. Apapun faktor utama ialah sikap yang diambil oleh para politis itu sendiri khasnya parti yang menguasai di Pusat.

Untuk kesekian lama Umno mengamalkan sikap dendam kepada Kelantan dan "memajam" rakyat Kelantan. Umno yang menguasai kerajaan pusat sejak tahun 1955 hingga 2018 tidak mempedulikan Kelantan seperti mana dituangkan dalam semangat Federalisme. Pembangunan untuk Kelantan dinafikan.
Selama itu, khas selepas pilihan raya pertama kerajaan Perikatan – Umno (1959) telah mengamalkan dasar Aparteid di Kelantan. Mereka (orang-orang politikUmno) tidak pernah berfikir untuk membangun Kelantan kerana lebih memikir kepada soal politik. Satu perkiraan khilaf Umno kononnya dengan memperlakukan begitu mereka dapat akan menawan Kelantan. Sebaliknya keyakinan itu menjadikan mereka terus terkial-kial dan kempunan.
Hal ini berlaku sejak zaman Abdul Razak Hussein, membawa ke zaman Hussein Onn, hingalah ke zaman Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Bukan tidak ada anak-anak Kelantan Kelantan yang dilantik menjadi menteri ketika itu, dan berada dalam kabinet, ada.
Nama-nama seperti Tengku Razaleigh Hamzah (Men. Kewangan) Tengku Ahmad Rithaudden Tengku Ismail, (Men. Luar) Mohamad Yaacob (Men. Pendidikan) adalah tokoh dan politis yang boleh membangunkan Kelantan. Di samping mereka, ada beberapa orang lagi dilantik sebagai timbalan menteri, Kassim Ahmad (Tim. Men. Dalam Negeri), Nik Hussein Abdul Rahman (Tim. Men. Kerjaya) dan ramai lagi yang dilantik sebagai Senator atau pun menjadi pengerusi GLC termasuk syarikat penerbangan MAS.
Tetapi sayang mereka tidak menyumbang (contribute) apa-apa yang jelas untuk Kelantan dengan kedudukan dan peluang itu. Mereka seolah-olah berasyik masyok dengan jawatan yang diperolehi. Mereka seakan tidak berfikir macam mana politik boleh membangun Kelantan. Kalau ada pun Tengku Razaleigh itu pun semasa Umno mengambil alih Kelantan 12 tahun.
Generasi pelapis.
Selepas itu ada generasi pelapis pemimpin Umno Kelantan, mereka juga mengamalkan budaya sama, mendiskriminasikan Kelantan. Mereka masih terbelenggu dengan stigma lama orang, Kelantan harus diajar. Mereka lebih galak dan percaya dengan menganaktirikan Kelantan, meneruskan dasar neo-Aparteid dan percaya mereka mampu menawan Kelantan. Mereka seperti Annuar Musa (Men. Pembangunan Luar Bandar), Mustapa Mohamed (Men. Miti), Hussein Ahmad (Tim Menteri Kerajaan Tempatan) dan yang lain.
Kehadiran generasi pelapis ini juga tidak merubah pendekatan Umno di Kelantan menyebabkan mereka terus kempunan untuk menguasai Kelantan. Annuar Musa dan Mustapa Mohamed yang diberi peluang memimpin Umno Kelantan kehabisan jampi dan iktiar namun Kelantan tetap kekal kepada Pas.
Tetapi sayang mereka tidak menyumbang (contribute) apa-apa yang jelas untuk Kelantan dengan kedudukan dan peluang itu. Mereka seolah-olah berasyik masyok dengan jawatan yang diperolehi. Mereka seakan tidak berfikir macam mana politik boleh membangun Kelantan. Kalau ada pun Tengku Razaleigh itu pun semasa Umno mengambil alih Kelantan 12 tahun.
Generasi pelapis.
Selepas itu ada generasi pelapis pemimpin Umno Kelantan, mereka juga mengamalkan budaya sama, mendiskriminasikan Kelantan. Mereka masih terbelenggu dengan stigma lama orang, Kelantan harus diajar. Mereka lebih galak dan percaya dengan menganaktirikan Kelantan, meneruskan dasar neo-Aparteid dan percaya mereka mampu menawan Kelantan. Mereka seperti Annuar Musa (Men. Pembangunan Luar Bandar), Mustapa Mohamed (Men. Miti), Hussein Ahmad (Tim Menteri Kerajaan Tempatan) dan yang lain.
Kehadiran generasi pelapis ini juga tidak merubah pendekatan Umno di Kelantan menyebabkan mereka terus kempunan untuk menguasai Kelantan. Annuar Musa dan Mustapa Mohamed yang diberi peluang memimpin Umno Kelantan kehabisan jampi dan iktiar namun Kelantan tetap kekal kepada Pas.
Dasar pemisahan itu tidak mengubah sikap orang Kelantan. Mereka tetap juga kekal bersama Pas. Rakyat Kelantan memilih Pas walaupun mereka tahu, musibah dan nasib yang diterima. Perangai orang Kelantan yang dikatakan unik itu, mereka tidak peduli kepada pajaman itu. Politik doktrinisme Pas yang mendoktinkan Pas sebagai parti wahyu, pula (agama) menjadi mereka lebih keras dan berani untuk menghadapi hidup bersendirian.
Dasar Pas itu menyebabkan orang-orang Kelantan lebih mengangan-angan syurga daripada jalan raya atau lebuh raya. Sebab itu setiap kali pilihan raya sejak tahun 1990 Pas tidak pernah kalah.
Pola baru.
Hari ini keadaan dan senario politik sudah berubah. Pola baru politik sedang bergerak dan mengubah segala-galannya yang sebelum ini dilihat tepu. Stigma lama Umno dan Pas perlu bermusuhan, dan itulah terjemahan politik menurut akal mereka, sudah terlengsai dan melapuk.

Permusuhan dua parti terbesar di Kelantan, "Umno Pas" atau "Pas Umno" sudah tidak ada lagi. Setelah 54 tahun, kedua-dua parti telah diberi taufik dan hidayah oleh Allah untuk bersama. Kekalahan dan kejatuhan kerajaan UBN 61 tahun membuka dimensi baru. Menurut Annuar Musa kekalahan dan kejatuhan kerajaan Umno membawa rahmat dengan berbaiknya Umno dengan Pas. Apa betul ia ada hikmat? Maka kalau ia hikmat maka akan ada rahmat. Rahmat itulah perlu dimanfaat seoptimum mungkin.
Besar sekali harapan kita dengan pembentukan atau muafakat di antara dua parti tulen Melayu itu di Kelantan hari ini, dapat menebus balik apa yang berlaku (ketinggalan) sejak 45 tahun lalu yang amat merugikan itu. Mereka perlu meningkatkan usaha untuk mengejar 45 tahun masa yang ditinggalkan dan ketinggalan menyebabkan Kelantan keterbelakng berbanding dengan negeri lain. Mereka perlu menjadikan “kuda-kuda perkasa” yang bergerak pantas untuk menebus ketinggalan itu. Mereka perlu berkerja dengan 40 kali ganda berbanding dahulu.
Kesempatan hari ini juga dikira terbaik buat Kelantan, kerana dalam kerajaan baru ini, Kelantan mendapat lima orang menteri dan tiga timbalan menteri. Mustapa Mohamed (Men. Ekonomi), Annuar Musa (Men. Wilayah Persekutuan), Tuan Ibrahim Tuan Man (Men. Alam Sekitar dan Air), Takiyuddin Hassan (Men. Di Jabatan Perdana Menteri, dan Dr Radzi Jidin (Men. Pendidikan), manakala tiga timbalan menteri, Marzub Shaari, Che Abdullah Nawi dan Siti Zailah Yusof.
Mereka akan bergabung dengan Menteri Besar Ahmad Yakob, yang sejak awal pentadbirannya telah menunjukkan politik terbuka dan meletakkan kepentingan rakyat melebihi daripada kepentingan parti.
Kemunculan mereka tepat kerana mereka memilik ilmu dan pengalaman berbeza yang saling bantu membantu. Mustapa terkenal sebagai seorang ahli ekonomi, Tuan Ibrahim berpendidikan Islam, Takiyuddin dalam bidang undang-undang, Radzi dalam bidang perakaunan dan audit manakala Annuar perancangan bandar. Tuhan menganugerahkan itu terbaik untuk Kelantan.
Mereka perlu berganding bahu untuk menebus dosa bersama yang dilakukan 45 tahun lalu. Mereka kena benar-benar melaksanakan anjakan (tajdid) politik demi menebus kerugian lampau. Tidak ada sebab lagi untuk menghindarkan Kelantan daripada arus pembangunan dan hanya menjadi negeri yang tercorot dari setiap aspek. Kelantan tidak akan ketinggalan lagi, apabila sudah wujud perdamaian sejati?
Dalam hal ini saya cukup yakin dengan gabungan idea, fizikal dan gumpalan semangat kesemua lima menteri itu, angka RM18.5 juta FDI yang mengaibkan itu akan berubah segera dalam masa dua tahun ini.

10 STRATEGI TINGKAT FDI.
Berbalik kepada isu awal tadi, beberapa orang ahli ekonomi yang saya hubungi meminta idea dan pandangan bagaimana cara untuk tingkat nilai FDI telah menyediakan beberapa garis panduan dan strategi pembangunan merancakkan FDI ke Kelantan.
Sebenarnya semua apa yang digariskan ini sudah lama dibincangkan, sebahagiannya menjadi manifesto baik oleh Pas atau pun BN atau AMANAH. Ia juga sudah beberapa kali dibincang dan dirumuskan dalam seminar atau kongres pembangunan Kelantan yang dilakukan berbagai pihak.
Mereka sepakat dengan 10 strategi atau projek pembambangunan diberikan ini dapat merancakkan pembangunan di Kelantan terutamannya meningkat nilai FDI dari sektor pembuatan dan perlu diberikan prioriti.

1. Pengutamaan mewujudkan infrastruktur dari segi perhubungan laut dan udara bertaraf antarabangsa.
i. Menaikkan taraf pelabuhan Tok Bali.
ii. Menyegerakan proses pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.
2. Keutamaan dalam pelbagai bidang pertanian modern. Iaitu yang berkaitan dengan penyediaan dan pengeluaran makanan saperti ternakan, perikanan, udang, sayuran dan makanan-makanan yang di proses tetapi kekal segar. Pelaburan yang melibatkan penggunaan taknologi baru harus dibawa.
3. Bangunkan Halal Hub, menjadikan Kelantan sebagai Halal Hub Asia Pacific Region. Minat kebanyakkan penduduk dunia sekarang ialah barangan bermutu tinggi dan sihat. Ini menepati ciri-ciri produk halal dan perlu dieksploit sebaik mungkin.
3. Bangunkan Halal Hub, menjadikan Kelantan sebagai Halal Hub Asia Pacific Region. Minat kebanyakkan penduduk dunia sekarang ialah barangan bermutu tinggi dan sihat. Ini menepati ciri-ciri produk halal dan perlu dieksploit sebaik mungkin.
4. Berusaha untuk melakukan usaha menambah nilai (value added) terhadap produk-produk pertanian, ternakan dan perikanan, secara yang bermutu tinggi, halal dan hygienic. Pelabur-pelabur bersama teknologi modern dalam bidang ini dan bidang-bidang kosmetik, peralatan berkaitan dengan makanan saperti, pinggan mangkuk yang berstatus halal boleh di tarik ke Halal Hub.
5. Tumpukan sektor pelancongan. Industri pelancongan perlu digalakkan, untuk ini bina hotel bertaraf tiga atau empat bintang yang baru tidak perlu kepada hotel bertaraf lima bintang. Kelantan mempunyai banyak kawasan pelancongan menarik, serta memiliki banyak tanah ia boleh dibangunkan dengan melibatkan pelabur asing.
6. Perluaskan lagi strategi pendidikan dengan menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada lepasan sekolah. Sasaran 80% daripada mereka mestilah berpendidikan "tertiari".
Melalui sektor ini wujudkan program-program, kursus-kursus latihan kemahiran seperti vokasional, TVET, dan STEM (Sains, Teknologi, Engineering dan Metamatik) hendaklah menjadi keutamaan.
7. Membangun dan memperkenalkan pusat-pusat IKS (Industri Kecil dan Sederhana). Ini penting supaya ianya seiring dengan perkembangan industri-industri yang dicadangkan diatas. Skim kewangan bagi pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan usahawan mikro harus diada kan oleh pihak kerajaan negeri .
Berniaga adalah darah daging masyarakat Kelantan. Jadi Kerajaan harus mempunyai peruntukan khusus dari duit royalti Petroleum untuk membangun usahawan-usahawan IKS tempatan disemua daerah dan mukim.
8. Laksanakan pembangunan Daerah dan Mukim. Kelantan tidak memerlukan bangunan-bangunan tinggi pencakar langit saperti Kuala Lumpur, Pinang atau Johor Bharu. Peruntukan harus diguna untuk membangunkan banyak pusat-pusat pertumbuhan nukleus di peringkat daerah dan mukim.

9. Pembangunan IT, menyediakan kemudahan teknologi IT dan multimedia yang canggih dan terkini. Ini penting untuk dan sangat diperlukan dalam dalam proses perkilangan dan pengeluaran, penjenamaan, merekabentuk, pembungkusan dan pemasaran.
10. Pembangunan manusia dengan menanamkan nilai rajin dan semanmgat berkerja. Semua pihak daripada MB, Exco, Wakil Rakyat, hendaklah turun ke pandang serta sedia menghadiri kursus-kurusus pengurusan dan pentadbiran dalam bidang berkaitan.
Dengan 10 strategi itu, diyakini Kelantan akan dapat menambahkan nilai FDI kerana semua itu ia boleh membantu menawarkan atau menarik perhatian pelabur asing. Tidak mustahail ia boleh dicapai dalam masa dua tahu sebelum tamat penggal parlimen ke-14. Semua pihak yang bertanggungjawab untuk bangun Kelantan kena berikan perhatian serius.
Seperti saya kata diawal tadi, tidak mustahil Kelantan akan jadi tambah maju. Fahamilah, tempoh begitu lama digunakan untuk “beragun" dan beperang dalam politik telah banyak merugikan Kelantan sehingga ia memalukan salah satunya nilai FDI itu. [wm.kl.2:46 pm 14/05/20202]
Glossori:
Beragun = berlawan atau berbalawan secara senyap.

No comments:
Post a Comment