Tuesday, November 3, 2020

Perhatian, sibuk mengerjakan buku baru.

Artwork beberapa
bab buku tersebut.
 
SEMINGGU saya tidak mengangkat apa-apa post atau bahan dalam blog ini kerana sibuk dan "kelelahan" menyiapkan buku terbaru yang kali ini merupakan buku yang paling tebal mencecah 500 muka surat. 

Buku ini merakamkan detik-detik  kebobrokan kerajaan PH dan juga kronologi kejatuhannya awal Februari lampau. 

Selain itu  buku ini juga memperkatakan untuk kesekian kalinya politik hati kering Dr Mahathir Mohamad, yang saya istilahkan sebagai "Politik Bipolar OT95". Apa dia politik bipolar itu? 

Tuesday, October 27, 2020

Mari kita bercuti daripada politik

MENJOLOK MENTARI

KEPUTUSAN dicapai oleh Umno malam tadi membolehkan Muhyiddin Yassin menarik nafas lega pagi ini. Matahari untuk Muhyiddin masih bersinar dan dedaun juga sekejap lagi akan lebih aktif mengeluarkan oksigen apabila berlaku proses fotosintesis. Kita semua juga dapat menyedup udara beroksigen. Syukur. 

Kenyataan yang kedengaran sepanjang hari ini nanti ialah memuji dan kesediaan untuk bersama Muhyiddin, disamping Muhyiddin pula menerima keputusan Umno itu sebagai satu pengajaran buatnya. Mungkin Muhyiddin akan membuat koreksi diri untuk memenuhi pemintaan Umno dan samping mengemaskan kedudukannya. Boleh jadi mungkin juga tidak ada apa-apa yang dilakukan oleh perdana menteri itu kerana beliau tidak perlu melanjutkan komiterapi.  

Monday, October 26, 2020

Pintu taubat buat Muhyiddin masih belum tertutup

 SESUDAH SUBUH

Lapan orang Raja-Raja Melayu yang 
dipanggil untuk dimaklumi cadangan darurat.
1. JTAAN rakyat menjunjung kasih kepada Yang diPertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah kerana menolak permintaan kerajaan supaya diisytiharkan Darurat atas alasan tidak ada keperluan untuk Perkara 150 (2B) Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan buat masa ini. 

Penolakan itu melegakan jutaan rakyat yang sebelum ini telah menzahirkan kebimbangan dengan implikasi buruk jika Darurat diisytiharkan. 

Friday, October 23, 2020

Darurat macam mana akan diisytiharkan?

SELINTAS

Muhyiddin akan buat pengumuman penting
dalam masa terdekat.

SEKIRANYA apa yang dihebohkan kini benar Yang diPertuan Agong memberi perkenan atas
permintaan Kabinet untuk mengisytiharkan Darurat ia berbeza dengan pengisytiharan Darurat di Kelantan November 1977 hingga Februari 1978 kira-kira 42 tahun lampau.

Kelantan pernah diisytiharkan Darurat apabila berlaku kekecohan politik di negeri itu membawa kepada ketidak-tenteraman keadaan di Kota Bharu dan bandar-bandar lain. Sebagai langkah menyelamatkan keadaan maka Kelantan diisytiharkan sebagai Darurat.

Thursday, October 22, 2020

Sebab-sebab memungkin Zahid ceasefire

SUSUPAN PETANG 

SAYA telah memberi pandangan dan pendapat lebih dua kali mengenai usaha pembangkang (PH) untuk mengambil alih kerajaannya yang hilang dengan cuba mencari angka-angka sokongan daripada ahli parlimen di parlimen. Sejak awal usaha ini saya terimanya secara negatif. 

Selalunya saya bercakap mengenai sesuatu perkara itu (berupa nasihat) hanya setakat dua kali sahaja, tidak mengulangi kali ketiga. Saya tidak suka mengulangi perkara yang sama kerana ia membazir dan membuang masa. Pantang bagi saya. 

Tuesday, October 20, 2020

Malaysia perlukan arkitek Kintsugi

ULASAN

Anwar, Husam bersama Allahyarham
Haji Abdullah Lubuk Tapah.
MALAM tadi telah berlangsung satu dialog atau wawancara bertema Malaysia Baru yang dihostkan oleh Senator Husam Musa. Kerana ada urusan lain saya tidak sempat mengikutinya. Cuma baru sekejap tadi saya membaca rumusan ataupun intipati wawancara berkenaan yang dicatat oleh Dr Hafidzah Mustakim.
 
Dalam catatan itu Dr Hafidzah membahagi kandungan atau segmen wawancara Husam itu kepada tiga bahagian besar, Cabaran Malaysia, Malaysia Baru, dan Langkah Ke Hadapan. 

Saturday, October 17, 2020

Membaca politik negara, mencari makrifat rasa

SESUDAH SUBUH 

Mereka menjadi tumpuan untuk
selesai perang politik hari ini.
SEMUA orang kini sedang menunggu dan menanti penuh minat untuk melihat apakah kesudahan dan pengakhiran sementara politik kita yang bergelora hari ini. Bagi yang excited mengharap sesuatu yang peribadi menanti dengan penuh debaran manakala yang telah terbiasa sepak terajang politik hanya rileks sahaja. 

Mungkin melayan perkembangan politik kini seperti mengorek telinga atau mencabut bulu hidung saja. Tersalah cabut terbersin jadinya. 

Ada beberapa perkara yang sedang dinanti kesudahannya. 

Thursday, October 15, 2020

Tan Sri jagalah kehormatan diri

SURAT TERBUKA

YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd. Yassin,
Gambar kenangan saya dan isteri
bersama Muhyiddin dan isteri.  

Perdana Menteri Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri,
Putrajaya, Malaysia.  

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكاتُهُ‎

PERTAMA-TAMANYA saya panjatkan doa kepada Allah Swt memberikan keafiatan dan keberkatan di dunia dan akhirat kepada Tan Sri sekeluarga dan kita semua di sepanjang masa. Jua diberikan taufik dan hidayah serta inayah-Nya berlipat kali ganda. 

Diharap Tan Sri tidak terganggu menerima kehadiran warkah ini dari rakyat marhaen yang sedang memerhati Tan Sri.  

Wednesday, October 14, 2020

Anwar berjaya sampaikan hasrat kepada Agong

ULASAN

Satu pose Al Sultan Abdullah dengan Anwar 
selepas pengadapan di Istana Negara. 
DUNIA politik terus bergerak dan berputar mengikut paksinya menurut naluri pemainnya. Pemain politik adalah golongan tegar sanggup melakukan apa saja asalkan cita-cita tercapai. 

Mereka tidak akan pedulikan kepada hal lain tetapi tetap obsesi dengan apa dimahuinya. Harta, masa bahkan nyawa sanggup dijadikan gandaian asalkan matlamat tercapai.

Sunday, October 11, 2020

Kenyataan Takiyuddin memerangkap Pas?

SOROTAN MALAM

TIDAK sampai 20 jam saya melepaskan artikel berjudul "Anwar perlukan Hadi bina Malaysia", https://msomelayu.blogspot.com/2020/10/anwar-perlukan-hadi-untuk-bina-malaysia.html#more Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan telah mengeluarkan satu kenyataan yang memberi tahu kesemua 18 orang ahli parlimen Pas berdiri teguh di belakang Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri. 

Dalam kenyataan itu Takiyuddin berkata (Pas) tidak terkesan dengan langkah Anwar Ibrahim untuk menghadap Yang diPertuan Agong untuk memaklumkan yang beliau sudah mempunyai sokongan bagi mengambil alih kerajaan.