Tuesday, November 27, 2007

Rencana Khas

Hindraf Jangan Melencung Sampai Menyakitkan Melayu

MSO


SEPERTI kita sedang berada di bawah mentari yang sedang naik lama kelamaan kita akan dapat nampak atau melihat kesemua sekali apa yang ada dan bermukim di hadapan kita. Amat susuh untuk melindungi sesuatu apabila mentari sudah tegak di atas kepala.

Bila mentari sudah berdiri tegak 90 darjah bukan saja hal-hal yang nyata dan jelas yang nampak tetapi sesuatu yang bersifat ‘sir’ dan zeni juga akan dijamah mata – dapat dilihat dan ditenguk dengan jelasnya.

Barangkali begitu juga dengan maksud dan tujuan Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang telah mengadakan himpunan secara berselerakan di sekitar ibu kota Ahad lalu apabila polis menghalang himpunan mereka. Sesuatu yang mungkin kabur tujuan dan matlamat hari itu menjadi jelas bila masa beredar dan beransur pergi.

Mereka yang seronok dengan aksi-kasi demonstrasi – menjadikan demonstrasi sebagai satu hobby, tanpa banyak menyelidik akan ikut sama dalam tunjuk perasaan demikian dengan penuh bangga. Mungkin setengah beranggapan himpunan Hindraf itu adalah kesenimbungan tulen kepada himpunan 100,000 rakyat 10 November dulu atau sambungan kepada demonstrasi pada tahun 1997 dan 1998 yang wajib dihadiri!

Bentang hujah

Sebelum ini rata-rata banyak orang mengira tujuan Hindraf berhimpun difahami adalah untuk menyerahkan petisyen kepada Ratu Elizabeth II supaya melantik Queen’s Counsel membentangkan hujah bagi saman yang dikemukakan mereka di Britain pada 30 Ogos lalu.

Hindraf mendakwa kerajaan Britain yang bertanggungjawab membawa kaum itu ke negara ini dan telah mengabaikan dan menganiayakannya.

Untuk itu Hindraf menuntut Kerajaan Britain membayar kira-kira 4 trillion Pound kira-kira RM27.7 trillion untuk kaum India di negara ini. Masyarakat India di negara ini 8% daripada jumlah 26 juta orang.

Saya yakin itu saja yang diketahui oleh kebanyakan mereka yang menyokong himpunan berkenaan atau bersimpati dengan himpunan itu. Mereka menyokong bukan sangat berlandaskan apa yang menjadi motif di sebalik himpunan itu tetapi kerana moral politik. Atau pun kalau yang tahu akan maksudnya sengaja memberi sokongan kerana mengharap benefit politik. Banyak orang tidak tahu apakah isi kandungan keseluruhan memorandum berkenaan.

Mungkin kalau perhimpunan itu tujuaannya sekadar untuk menyerahkan memorandum atau petisyen kemudian pulang ke rumah tidak menjadi masalah. Pihak polis tidak wajar menghalangnya sehingga turut sama menyusahkan pengguna jalan raya dan orang awam yang ingin memasuki ibu kota pada hari berkenaan. Mungkin pihak polis sendiri boleh mengiringi kereta yang membawa petisyen itu.

Sebagai manusia kita perlu bersimpati dan sedih atas apa yang berlaku ke atas masyarakat India. Sudah menjadi satu persetiaan antara kaum dan bangsa di negara ini perlu saling bantu membantu antara satu sama lain.

Tetapi dalam pada itu pun ia boleh dipersoalkan akan relevansi tuntutan itu. Kalau alasan itu yang digunakan bukan saja kaum India, tetapi kaum Melayu dan Orang Asli juga berhak membuat tuntutan seperti itu. Ikatan dan tolak ansur dalam mencapai kemerdekaan negara ini oleh bangsa Melayu menyebabkan bangsa Melayu mengalami banyak kerugian dan kepupusan hak-hak mutlaknya.

Secara logiknya kaum India dan Cina sebagai kaum pendatang tentulah tidak mengalami kerugian dan kehilangan kepentingan berbanding dengan bangsa Melayu yang mengorbankan hak dan kepentingan mereka untuk kaum lain sebab mereka datang hanya sehelai sepinggan.

Tetapi bangsa Melayu tidak kreatif untuk berbuat demikian. Bangsa Melayu jujur dan setia kepada ikrar yang dilapazkan demi kesejahteraan negara. Bagi bangsa Melayu setiap perjanjian mereka meteraikan samalah perjanjian Lebar Daun dengan Sang Sepurba di mana selagi ada bulan dan ada bintang selagi itulah perjanjian itu berlaku.

Keenggan bangsa Melayu untuk tidak menuntut itu juga bukan bermakna hidup bangsa Melayu mewah dan kaya raya dan mendapat semua nikmat kemerdekaan! Kaum India sendiri tahu kaum mana yang lebih mewah, gengsi dan memiliki kapal di laut atau gedung di darat di negara ini.

Persoalannya kenapa kaum India tiba-tiba bangkit dan bingkas membuat tuntutan demikian? Kejutan ini perlu diselidiki dan dikaji. Ia tidak terjadi secara nature atau sekadar suka-suka kalau bukan ia dilandaskan kepada sesuatu agenda.

Dijamin perlembagaan

Di sini tanpa menarik balik persepsi saya bahawa sekatan jalan raya yang dikenakan oleh polis untuk Hindraf mengadakan himpunan itu di mana ianya tetap bertentangan dengan semangat demokrasi dan hak-hak dijamin perlembagaan, tujuan dan motif sebenar di sebalik himpunan untuk menyerahkan memorandum itu kenalah dikaji dan dihalusi dari berbagai sudut.

Antara yang perlu dikaji ialah apakah pembangkang telah mengambil kesempatan secara hidup-hidup ke atas tunjuk perasaan itu? Kalau benar begitu ini bermakna himpunan Hindraf itu bukan saja untuk kepentingan kaum India, tetapi jelas ia telah ditangguk oleh pihak tertentu yang tertekan dan kurang nasionalisme.

Kini setelah diselak dan dibelek sana sini nampaknya maksud dan matlamat himpunan Hindraf itu semakin hari semain jelas. Pendedahan isi kandungan yang mereka faxkan kepada Kedutaan Britain (seperti mana didedahkan dalam blog) menjelaskan apa yang terkandung di sebalik himpuan berkenaan.

Ditegaskan, kita tidak akan merasa terkilan kalau tuntutan itu menyentuh kepentingan kaum India negara ini. Itu adalah hak asasinya dan semua kaum perlu menyokongnya. Mungkin munasabah kalau mereka menuntutnya sebagai jalan mudah untuk menjadi senang kalau tuntutan itu berjaya dan dilayani. Itu pun jika difikirkan tidak perlu sampai ke perkarangan Kedutaan Britain tetapi cukuplah diserahkan melalui pemimpin kaum berkenaan saja.

Bagaimana pun beberapa perkara yang terkandung di dalam memorandum itu sedikit sebanyak mengilankan dan menyentuh sensitiviti orang Melayu. Ada mauduk-mauduk yang didedahkan boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu dan tindakan itu seolah mereka (Hindraf) tidak lagi menghormati perasaan orang Melayu yang berlembut sejak kesekian lama.

Salah satu dakwaan dalam memorandum itu yang boleh menyakitkan hati dan memedihkan telinga bangsa Melayu ialah apabila, ia menuduh Kerajaan yang ditulangi Melayu hari ini (Umno) hendak menghapuskan kaum India (ethnic cleasing) dengan merujukkan peristiwa yang berlaku di Kampung Medan tidak lama dulu.

Walaupun kita mengakui banyak kebejatan kerajaan Umno, namun apabila memorandum itu langsung menuduh orang Melayu (Umno) sebagai bertindak demikian ia sudah melampau dan mencabar perasaan tolak ansur Melayu terhadap kaum-kaum lain selama ini.

Bukan itu saja, tuduhan itu juga disusuli dengan beberapa kenyataan yang menggambarkan kezaliman kerajaan terhadap kaum itu; seperti tidak menjaga keselamatan mereka, tidak melayani permintaan mereka, meruntuhkan rumah ibadat mereka, mendakwa kaum India ditahan atau ditangkap pada sepanjang masa dan sebagainya.

Tuduhan-tuduhan itu walaupun tidak dilakukan terus kepada bangsa Melayu tetapi dihalakan kepada pihak polis dan pihak berkuasa lain, namun maksud tersiratnya ia dituju kepada bangsa Melayu kerana Kerajaan kini ditulangi Melayu.

Menyimpulkan apa yang berlaku dan meneliti ke mana hala tuju memorandum berkenaan sebenarnya apa yang digerakkan Hindraf ini bukan lagi berdasarkan atas kepentingan hak asasi manusia (human rights) kaum India di negara ini, tetapi ia jelas melencung kepada motif politik yang cukup sensitif dan bahaya serta boleh mengundangkan konflit kaum.

Adalah wajar kalau Kerajaan biarpun dianggap zalim perlu bertindak tegas dan berani memadamkan api yang dibawa Hindraf itu sebelum ini membesar dan boleh membakar banyak orang! [the mall 8:15 am 27/11/07]

3 comments:

zeme said...

Salam saudara MSO,

Tuntutan oleh Hindu Right Action Force (Hindraf) ke atas kerajaan BRITISH adalah hak mereka yang mendakwa mewakili dan memperjuangkan kepentingan kaum India di Malaysia ini tidak mahu saya persoalkan. Cuma mungkin HINDRAF terlupa mereka seharusnya mempersoalkan dan membuat tuntutan juga ke atas kerajaan INDIA sendiri kerana membiarkan kaum India yang pendatang dari negara asal mereka hidup terabai di Malaysia yang aman damai ini seperti yang didakwa oleh HINDRAF.

Kenapa di sini HINDRAF cuba "double standard"? Apakah dalam situasi ini kerajaan INDIA tidak bersalah atau terlibat kerana membiarkan rakyat asal mereka diperlakukan oleh kerajaan BRITISH sehingga didakwa terabai di negara MALAYSIA?
Atau tuntutan HINDRAF bukan berlandaskan keikhlasan memperjuangkan kaum India sebaliknya sekadar gimik politik berkepentingan? Bersyukurlah wahai rakyat kaum India di Malaysia kerana anda masih mampu hidup aman berbanding rakyat India di negara asal INDIA sendiri.

Atau saya mencadangkan agar HINDRAF membuat satu lagi tuntutan melampau ke atas kerajaan BRITISH dan ke atasa kerajaan INDIA agar membawa pulang kesemua kaum India di Malaysia ini ke tanah asal mereka.

Akhir kata..
berpijaklah di bumi yang nyata,
lihatlah permata yang ada,
jaga lah tindak tanduk kita,
usah melampau usah mengada.

Wasalam

joe penang said...

Saya bersetuju Hindraf nak
- berhimpun secara aman
- sampai memorandum

Saya tak bersetuju tuntutan menuntut
- pampasan dari kerajaaan Britain
- dihapuskan hak istimewa melayu(w/p selalu dirogol UMNO/BN). Ini adalah kontak sosial yg MIC setuju dahulu sebelum merdeka.

Anonymous said...

Saudara Jeme ,
Jangan nak berlebih sangat nak hantar kaum India nak dihantar balik he INDIA , U dan I tak pernah malawan Jepun & Komunis , Pemintaan HINDRAF bukannya nak rampas tapi cuma nak kembalikan hak kaum India sahaja.

Yohan/JB