Sunday, September 14, 2008

Ulasan Isu

Abad Kedua Mahathir Permain Tengku Razaleigh

ADA beberapa email dan SMS untuk bertanyakan saya benarkan Mahathir Mohamad sedia sokong Tengku Razaleigh Hamzah untuk jadi Pesiden Umno? Pertanyaan itu timbul apabila tersebar berlaku pertemuan antara Mahathir dengan Tengku Razaleigh bersama beberapa bekas pemimpin yang lain.

Pertanyaan itu meminta pandangan saya sejauh mana kebenaran terhadap tanggapan demikian?

Mudah saya katakan, Mahathir tidak akan menyokong Razaleigh. Kalau beliau dilihat menyokong Razaleigh sehari dua ini hanya sekejap saja. Sokongan itu adalah sandiwara saja yang diprogramkan begitu rupa! Sokongan itu tidak akan sampai ke dasar hati.

Sebabnya mudah juga, kerana Mahathir tidak mahukan kepada Razaleigh jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri. Buktiknya kalau Mahathir nahukan Razaleigh sudah lama dia lantik bekas Menteri Kewangan itu (sebelum dia lantik Abdullah jadi timbalan perdana menteri) lagi. Tetapi mengapa beliau tidak berbuat begitu sedangkan dia tahu ketokohan Razaleigh jauh lebih hebat berbanding dengan ketokohan Abdullah.

Mahathir ada sebab dan alasan sendiri kenapa dia tidak mahukan Razaleigh. Salah satu dan ini pokok pangkalnya kerana Razaleigh anak raja. Mahathir sebagai penganut fahaman sosialis sangat anti kepada golongan bangasawan dan sistem feudal. Buktinya siapakah yang menghakiskan kuasa raja-raja Melayu kalau tidak Mahathir?

Mahathir telah mencampakkan raja Melayu ke dalam longkang pada tahun 1983 dan 1986 sewaktu gerakan meminda perlembagaan bagi mengurangkan imuniti raja-raja. Semua keaiban raja didedahkan pada era Mahathir memerintah.

Dalam hisab siasah Mahathir kalau Razaleigh menjadi PM bermakna kuasa raja akan subur kembali sedangkan dalam hati kecil Mahathir kalau boleh raja perlu ditiadakan terus lagi bagus. Satu masa dulu Mahathir pernah dikaitkan ingin menggantikan pemerintah demokrasi beraja kepada demokrasi berpresiden.

Berdasarkan hakikat itu Mahathir tidak ikhlas akan sokong Razaleigh. Kecualilah Razaleigh memberi jaminan bertulis kalau anak raja itu jadi PM dia harus mengambil Mukhriz bin Mahathir menjadi timbalannya. Siapakah Mukhriz ini?

Jadi perjumpaan mereka bukan boleh dianggap sebagai persefahaman baru. Perisitwa Razaleigh hampir mengalahkan Mahathir tahun 1987 dengan kurang 53 undi untuk jawatan Presiden Umno menyebabkan Mahathir tidak akan merelakan Razaleigh menjadi PM, tetapi dalam pada itu tidak cuba memutuskan perhubungan sahabat mereka. Namun dalam diam Mahathir tetap akan menghalangnya.

Perjumpaan dan persefahaman yang dikatakan membuka cerita baru itu adalah atas dasar sahabat sahaja. Razaleigh seorang manusia yang sangat menghormati sahabat dan setia dalam persahabatan. Dalam hal ini kalau Mahathir jinak dengan Razaleigh beliau ingin menggunakan Razaleigh untuk kepentingannya saja bagi menggerakan gelombang menjatuhkan Abdullah.

Kalau Abdullah jatuh yang naiknya nanti ialah buah hati Mahathir, Najib Razak.
Siapa kata Mahathir benar-benar marah kepada Najib? Mahatir tidak marah kepada Najib. Yang berlaku hanya dia kesal kerana Najib lambat bertindak untuk mengoncangkan Abdullah agar turun dari kerusinya. Dan kini setelah Najib merasakan kabus politiknya mulai hitam baru berani menunjukkan belang untuk melawan Abdullah.

Orang paling gembira kini ialah Mahathir. Sebab ayamnya (Najib) sudah mengembang bulu dan berkokok untuk melawan Abdullah.

Apabila Razaleigh nampak jinak kerana inginkan sokongan Mahathir buat-buat sokong Razaleigh dan ini menyebabkan penyokong Razaleigh jadi kembang hidung tidak menentu. Walhal tujuannya untuk gunakan Razaleigh bagi kemudahaan Najib saja.

Dalam pakatan baru ini saya nampak ada Sanusi Junid? Siapa Sanusi Junid? Dia adalah pencinta kepada Mahathir buat selama-lamanya. Mahathir bagi Sanusi samalah ular tedong dengan bobon. Ular sakit dia ubatkan, bobon sakit ular ubatkan! Kalau dalam wayang kulit macam Samad dengan Wak Yah....

Sanusi Junid juga bekerja untuk Najib Razak. Saya percaya kerja dan usaha Sanusi bukan untuk apa-apa tetapi sekadar untuk memuaskan hatinya saja. Sanusi begitu cemburu dan sakit hati dengan Abdulah. Bukan kerana kebodohan dan kelembekan Abdullah tetapi kerana Abdullah diangkat Tuhan menjadi PM sedangkan Sanusi yang perasaan dia jauh lebih hebat daripada Abdullah hanya setakat jadi Menteri Besar Kedah saja.

Sanusi Junid boleh baca kalau Abdullah kekal tercokol dalam Umno ia memberi kemudahan kepada Anwar Ibrahim untuk merangkak jadi PM. Abdullah dalam perhitungan Sanusi senang dijatuhkan Anwar. Kalau Abdullah jatuh sebelum Najib naik, maka Anwar akan jadi PM dan Umno akan tertimbus sampai ke leher. Sanusi pula begitu alergik kepada Anwar Ibrahim!

Jadi pembukaan hubungan diplomatik baru antara Mahathir dengan Razaleigh yang turut sama melibatkan Muhyiddin Yassin dan mulai dipasarkan dalam gudang politik kini bukan untuk membantu Razaleigh menjadi perdana menteri. Orang dan penyokong Razaleigh jangan mudah tersihir dengan sandiwara ini kelak mengigit jari sendiri.

Dalam hal ini Razaleigh hanya dijadiakan alat saja. Bila Razaleigh dan ekornya menyokong Mahathir maka akan kelihatan besarlah arus dan gelombang untuk menghanyutkan Abdullah. Itulah yang mahu dicapturekan oleh Mahathir.

Peringatan kepada Razaleigh kalau beliau percaya kepada penampilan baru Mahathir dan kecek-kecek beliau akan disokong, ahli Parlimen Gua Musang itu akan kecewa sekali lagi. Umpama pemburu malang yang memasang jerat untuk menangkap mangsa; jerat akan bingkas tetapi mangsa terlepas.

Kepada mereka yang bertanyakan hal ini kepada saya, itulah jawaban dan ulasan saya. Dalam kancah politik ini Razaleigh tetap menjadi lebai malang untuk kesekian kalinya selepas beberapa kali dijadikan Lebai Malang oleh Mahathir dari abad ke 20 di tahun 80an, 90an hinggalah ke abad ke 21, tahun 2008 ini. [wm.kl 12:00 t/malam 15/09/08]

4 comments:

zeme said...

Salam Tuan Hj MSO,

Perkembangan ini sesuatu yang mungkin dan logik, kerana kebijaksanaan dan kewibawaan Tengku Razaleigh sebenarnya dicemburi oleh Tun Dr Mahathir sejak zaman Allahyarham Tun Abd Razak.

Tetapi sikap dan sifat Tengku Razaleigh yang "humble" dan tidak mementingkan diri sendiri meskipun sudah acap kali Tun Dr Mahathir seolah-olah memperlakukan beliau. Bermula dari zaman pemberian tempat pengganti orang nombor dua Allahyarham Tun Hussien Onn, sokongan terbuka TDM kepada Tun Musa Hitam melawan Tengku Razaleigh untuk Timbalan Presiden pada 1984, juga pembubaran Parti Melayu S46 pada 1996 kesan ajakan dan pujukan TDM.

Wasalam.

Anonymous said...

Teruskan membongkar muslihat manusia bernama Mahathir bin Mohamad dan konconya yang begitu licik muslihat politiknya. Harap-harap hajat Mahathir tidak kesampaian.

sesumpah@pokka.com said...

mungkinkah KuLi akan kembali menghidupkan Semangat 46nya seandainya sedar yg dia dijadikan alat oleh MahaDEATH ini nanti...

sama2lah kita menyaksikan wayang ketaq bekas PM n bekas ahli seumur hidup umno ini..


..................................*****

Awang Kata said...

Kalau dah raja beri peringatan itu bermakna suasana terlampau memang berlaku di negara ini. Yang melampau memang perlu diberi peringatan.Melayu dah ada fahamannya sendiri mengapa perlu diambil fahaman asing.Begitu juga bahasa, Melayu telah ada bahasa Melayu...mengapa terhegeh-hegeh menjilat bahasa asing. Melayu tu kan semestinya Islam mengikut takrif negara. Dan Islam itu telah mencukupi sebagai panduan hidup.Masalahnya banyak yang mengaku Melayu-Islam tetapi sekadar di lidah.Bersatu selidah bermakna tidak menyeluruh akan jarak, gerak dan coraknya.