Saturday, November 5, 2016

Menyorot gurauan politik dua anak muda: Rafizi dan Asyraf

PANDANGAN KITA

Langkah yang diambil oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Asyraf Wajdi Dusuki untuk tidak mengikut "erel" (kehendak) Ahli Parlimen Padan Mohd Rafizi Ramli supaya mengemukakan saman terhadapnya (Rafizi) seperti mana dicabar suatu langkah baik.

Mohd Rafizi Ramli
Asyraf Wajdi Dusuki
Tidak ada untung dan banyak laba bagi Asyraf kalau beliau menyahut cabaran itu. Cabaran Setiausaha Agung PKR itu tidak menjawab dan menyelesaikan persoalan dan dakwaan beliau mengenai eset Tabung Haji (TH) yang kini dikatakan bermasalah dan susut.

Ini kerana cabaran Rafizi itu lebih merupakan perangkap untuk mengheret Asyraf dalam permainan politik Rafizi yang menggunakan isu TH sebagai modal untuk mempepolarkan dirinya.

 Adalah lebh afdal bagi Asyraf memikirkan macam mana untuk meneguhkan institusi itu dan juga "mengecek" kerajaan Arab Saudi agar menambahkan kouta Haji dari Malaysia di masa depan. Kelewatan pampasan kerajaan Arab Saudi kepada mangsa ditimpa kren tahun lepas yang belum dibayar juga perlu diberi fokus oleh Asyraf.

Dua hari lepas Rafizi mencabar Asyraf yang menuduhnya telah memfitnah TH agar mengemukakan saman di mahkamah terhadapnya. Dalam satu e-mail yang turut masuk ke dalam email saya, Rafizi memaklumkan yang beliau telah menghantar surat rasmi kepada Asyraf berkenaan satu tuduhan dibuat Asyraf mendakwa beliau memfitnah TH. Sehubungan itu Rafizi menuntut tiga perkara untuk dilaksanakan dalam tempoh tujuh hari kepada Asyaraf untuk memberi respons.


Tiga perkara disebut Rafizi ialah; (i) Menyaman beliau atas kapasiti Asyraf sendiri sekiranya beliau memfitnah TH seperti yang didakwa, (ii) Mengarahkan TH menyaman beliau sekiranya beliau memfitnah TH seperti yang didakwa itu, dan (iii) Beliau bersetuju berdebat dengan Asyraf di hadapan orang ramai untuk membuktikan tuduhan beliau bahawa beliau telah memfitnah TH.

Rafizi tidak sebut apakah tindakan selanjut kalau cabaran itu tidak disahut. Mungkin beliau akan membuka tindakan undang-undang kepada Asyraf?

Memahami kandungan surat Rafizi itu beliau mengambil tindakan itu ekoran tuduhan Asyraf mengatakan beliau memfitnah TH. Tuduhan itu kalau benar ia memang berat dan tidak wajar ia keluar dari mulut Asyraf yang kelihatan berpersonaliti Islam dan cicit kepada Tok Selehung yang dianggap wali dan berkoromah. 

Sementara itu  Asyraf seperti mana dilaporkan media menepis cabaran Rafizi itu sambil menganggap cabaran itu adalah gimik politik semata-mata dimana Rafizi cuba mengalihkan isu hukuman denda RM200,000 yang telah pun diputuskan mahkamah atas kesalahan Rafizi memfitnah syarikat NFC - lembu gemuk yang diternak di kondo.

Dalam pada itu kata Asyraf dipetik, pihak TH telah membuat laporan polis di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 499 kerana telah memfitnah TH dan pihak Peguam Negara telah pun memfailkan pertuduhan Jenayah Fitnah di bawah seksyen 500.

"Di bawah seksyen ini, jika disabit kesalahan, saudara Rafizi boleh dipenjara tidak lebih 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan hari ini. Justeru beliau tidak perlu layan cabaran Rafizi itu dan menjadikan tindakan mahkamah itu sebagai pengganti kepada keengganan beliau menyahut cabaran Rafizi itu.

Memang betul juga kata Asyaraf itu. Rafizi memang suka membuat gimik politik dengan isu-isu berkaitan skandal dan sebagainya.

Rafizi memang jaguh dalam melambung isu-isu sedemikian sehingga ada yang boleh menggegarkan negara. Tindakan Rafizi itu dialu-alukan kerana ia adalah tindakan menyelamatkan khazanah dan kepentingan ummah dari disangak oleh pihak tertentu.

Namun dalam pada itu ada juga isu-isu yang dibangkitkan tersasar dan adakalanya memakanh diri sendiri. Di sinilah membenarkan telahan Asyraf itu yang Rafizi bermain dengan isu-isu sebegitu sebagai gimik.

Misalnya pendedahan kononnya ada habuan sex dan rasuah dalam pentadbiran Selangor perkara itu tidak sepatutnya didedahkan oleh Rafizi kerana isu itu memakan diri sendiri di mana ia menyulitkan kerajaan partinya pimpinan Mohamed Azmin Ali. Gara-gara pendedahan Rafizi itu menyebabkan isu itu disiasat oleh SPRM dan beliau sendiri dituduh cuba mengoyangkan kerajaan Minali.

Rafizi ketika mengatakan beliau mendedahkan perkara itu kerana tidak mahu berdosa. Amboi. Beliau ingin menunjukkan yang dia seorang berintegiriti dan bersih. Namun dia lupa akan kesan dan implikasi daripada apa dilakukan itu ia mencalar kerajaan Selangor. Di sini tampak yang Rafizi kurang berhati-hati dan memikir panjang dalam membangkit sesuatu isu.

Mungkin kerana tergilakan gimik seperti kata Asyraf itu maka beliau sanggup meludah ke langit.

Berbalik kepada sikap Asyraf tadi ia sangat elok kalau senator muda itu tidak melayan kerenah Rafizi. Jujur bagi saya seharusnya pemimpin muda seperti mereka berdua tidak perlu bertempur dalam hal-hal sebegitu. Mereka harus berpandangan ke depan dan menangani isu lebih bermanfaat untuk negara demi rakyat. Kedua-duanya adalah aset negara.

Saya memang suka memerhati macam mana anak muda berpolitik, menerapkan idea dan juga membuka jalan penyelesaian terhadap isu-isu membebankan negara. Jadi mereka sepatutnya menggunakan manfaat ini untuk itu bukan berpolemik untuk mencari populariti.

Asyraf memesan kepada Rafizi agar berakhlak yang baginya Rafizi kurang berakhlak apabila membuat ftinah terhadap TB. Nasihat itu bagus. Tetapi Asyraf juga patut membetulkan akhlaknya sendiri. Rafizi tidak akan mengutuskan surat cabaran kalau Asyraf berakhlak. Bagai mana bayang begitulah objeknya?

Untuk Asyraf, bagi saya tindakan terbaik bagi bekas Naib Presiden Perkasa itu bukan sahaja tidak melayani cabaran Rafizi tetapi dia juga perlu menumpukan kepada Pasir Puteh. Katanya dalam Piraum akan datang beliau akan mengadu nasib di situ. Asyraf perlu perkejapkan "pelungung"nya di situ bukan mencari publisiti dan menunjuk jantan di media sosial. 

Saya ada menerima beberapa maklumat kehadirannya di parlimen Pasir Puteh itu ada yang tidak menyenanginya. Asyraf jangan mudah rasa selesa dengan jaminan dan sambutan terhadapnya di Pasir Puteh. Apa yang penting beliau kena fahami dan mengenali corak dan stail politik di derah Tok Janggut itu. Tok Janggut seorang pejuang tetapi beliau juga dituduh penderhaka. Kita tidak mahu melihat Asyraf akan disembelih di atas riba di Pasir Puteh. [wm.kl.9:37 pm 05/11/16]
Post a Comment