Sunday, November 13, 2016

Mentafsir kebimbangan Najib tentang himpunan Kuning, Merah

MEREHAT OTAK

1. Saya bimbang dan mengambil berat kenyataan Najib Razak yang dikeluarkan di Tokyo berhubung himpunan Bersih 5 yang akan diadakan lusa, Sabtu 19 November. Menurut kenyataan itu PM tidak mahu berlaku pertarungan fizikal semasa himpunan berkenaan.

2. Najib membayangkan kebimbangannya akan berlaku pertarungan fizikal apabila satu pihak (Kuning) mahu memprotes kerajaan dan satu pihak (Merah) mahu mempertahankan kerajaan.

3. Apakah maksud kebimbangan Najib itu. Ia perlu difahami oleh semua orang apa yang tersorot dalam kebimbangan seorang perdana menteri yang dianggap sebagai peneraju kerajaan kleptokrasi, yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai kerajaan; penyangak, penyogok dan perompak itu.

4. Apakah Najib menghantar mesej tersembunyi disebalik kebimbangan itu? Kalau benar Najib bimbang dengan apa yang akan berlaku Sabtu nanti, tentu dia akan membuat arahan keras semisalnya melarang himpunan baju Kuning dan tujuan baju Merah yang hendak mengacau itu. Kacau dikatakan kerana yang tetapkan atau rancang himpunan itu ialah baju Kuning.

5. Najib tidak perlu membuat bayangan-bayangan yang boleh ditafsirkan positif oleh satu pihak dan negatif oleh pihak yang lain. Apa lagi kalau disebalik kebimbangan itu diselit mesej khas untuk difahami oleh baju Merah?

6. Jika melihat kepada gelagat dan tindak tanduk puak baju Merah yang rakus dan arragont ia seakan mendapat restu daripada pihak kerajaan dan Najib sendiri. Puak baju Merah boleh melakukan apa-apa sahaja termasuk mencederakan orang, memaki hamu dan menganggu orang awam dengan bebas secara kera liar.

7. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin baju Merah juga bukan sahaja berbau rasis tetapi ada unsur jenayah. Sekiranya kenyataan yang dikeluarkan dari mulut pihak pembangkang saya yakin dan percaya mereka sudah dicekup.

8. Malangnya pihak berkuasa khasnya polis seperti memandang dingin dan tidak tegas dalam mengawal kenyataan berbau jenayah yang dikeluarkan itu. Sikap polis semacam mahu membiarkan keadaanya persis ada motif tersirat? Integriti PDRM sebagai pasukan menjaga keselamatan dan ketenraman tercalar.

9. Mengambil kira kata-kata Najib tadi pihak baju Merah beraksi untuk mempertahankan kerajaan yang kontradik dengan puak baju Kuning yang memprotes kerajaan. Bermakna Najib suka kalau puak baju Merah melakukan kesadisan kerana menguntungkannya. Dalam hal ini bagi Najib tentulah dia mahu kedudukan dan kuasanya kekal tanpa mempedulikan apa yang berlaku kepada orang lain, rakyat. Dingatkan Najib jangan memperdagangkan keringat rakyat untuk kepentingan peribadi.

10. Bertolak dari kenyataan Najib itu bagi saya ada dua makna, dan ia hampir benar dengan tanggapan Dr Mahathir sebelum ini. Menurut kata Mahathir mungkin Najib mahu negara ini huruhara dengan tindak tanduk puak-puak seperti kumpulan baju Merah yang membuat kacau kerana dengan itu ia boleh digunakan oleh kerajaan untuk membekukan pentadbiran negara (darurat) atas dasar keselamatan.

11. Kerana kalau tidak ada maksud ke arah itu pasti pihak berkuasa sudah membuat kawalan ketat bagi mengelak berlaku kekecauan, provokasi berlebihan dan pertempuran Sabtu ini. Polis boleh bertindak tegas dengan kuasa yang ada kepadanya.

12. Atau Najib boleh mengarahkan supaya himpunan itu dan rancangan baju Merah hendak menganggu himpunan Bersih dihentikan. Disebabkan kedua-duanya sudah membuat persiapan untuk berhimpun jalan adil ialah kerajaan membenarkan kepada kedua-dua kumpulan itu berhimpun dan menunjukkan kekuatan mereka.

13. Misalnya kerajaan boleh tetapkan himpunan untuk baju Kuning Sabktu ini, manakala untuk baju Merah Sabtu akan datang. Biarkan mereka berhimpun pada masa dan ketika berbeza. Di situ mereka boleh tunjuk perasaan mereka dan kekuatan gerombolan yang ada. Polis juga boleh menilai himpunan pihak mana yang tertib dan sopan.

14. Tujuan himpunan adalah untuk menunjukkan kekuatan dari segi angka atau jumlah yang hadir. Kumpulan mana yang mendapat dokongan rakyat maka dialah yang menang.

15. Najib dan kerajaan tidak perlu takut kepada himpunan Bersih atau baju Kuning. Sudah empat kali mereka berhimpun tiada kesan buruk kepada negara. Keburukan tentang himpunan mereka banyak dipropagandakan oleh media PB sahaja. Mereka hanya menyuarakan beberapa tuntutan mereka sahaja yang mana bukan mudah didengar dan diakur oleh kerajaan.

16. Kerajaan tetap akan mengekalkan kekotoran yang dikategorikan oleh Bersih itu kerana kerajaan dan Najib suka hidup dan dalam kekotoran. Kekotoran tulah memberi oksigen untuk penafasan mereka bagi terus berkuasa.

17. Hati kecil saya terdetak hal-hal yang tidak wajar akan berlaku menjelang hari esok dan lusa. Mungkin perasaan ini wujud ekoran daripada keadaan saya yang kini terlalu sibuk dan keletihan dalam menyiapkan buku baharu. Dan kalau kejadian buruk berlaku lusa pihak polis perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Walahu'alam. [wm.kl.12:13 t/hari 17/11/16]

No comments: