KLCC ditawan Cina? |
Tanpa menyaksi sendiri atau berada dalam himpunan perdana itu, mereka akan membuat pelbagai andaian yang tersasar jauh, kerana berpandukan kepada maklumat-maklumat yang diputar belit dan disihirkan kerana tujuan tertentu.
Jika kita selak media sosial macam-macam gambaran dan ulasan dibuat terhadap himpunan berkenaan. Ada baik ada buruknya, bergantung kepada kecenderongan si palapornya. Etika dalam membuat catatan berupa laporan langsung tidak dipedulikan ini menjadi kita dihidang dengan maklumat sampah yang mengelirukan.
Sekali lagi kebebasan dari kecanggihan dunia IT tidak dapat menyelaraskan satu maksud murni demi rakyat dan negara. Ia selalu disalahgunakan secara melampau melewati kesopanan manusiawi. Wajarkah kita berbohong dengan menggunakan instrument ini? Bukankah perbuatan itu keji dan terhina.
Semua gerbak LRT dimonopoli Cina. |
Tengok dan hitung etnik mana yang ramai. |
Beberapa perkara yang dipersoalkan atau diwartakan sungguh menyesalkan bagi mereka yang berada atau menyertai himpunan itu. Gambaran yang diberikan bukan sahaja tidak adil tetapi bersikap seolah-olah menyembunyikan hakikatnya di mana tindakan itu persis mahu memperdayakan kerajaan dengan melakukan tikaman dari belakang?
Jarang-jarang terjumpa India. |
Dalam terowong ke stesen LRT. |
Apa baik dan untungnya gambaran diberikan bahawa himpunan itu tidak mendapat sambutan, atau angka yang menghadirinya tidak sampai sasaran? Kalau ia mencari sasaran berapakah jumlah yang sepatutnya?
Apakah media berkenaan sudah meletakkan sasaran awal mengenai kehadiran himpunan berkenaan berpandukan kepada suasana dengan mengambil kira serangan-serangan yang dilakukan untuk mengagalkan himpunan berkenaan?
Sebuah setesen telivisyen swasta membuat ulasan sangat huduh apabila membuat perkiraan yang hadir dalam himpunan Bersih 5 semalam berjumlah hanya 15,000 orang sahaja. Ia juga disimpulkan sebagai gagal dan ditolak oleh rakyat.
Jumlah itu rendah daripada perkiraan pihak polis yang membuat angaran 17,000 orang. Anggaran polis pula jauh lebih rendah berbanding dengan anggaran portal bebas sebanyak 40,000 orang. Perbezaan ketara mengenai angka itu menunjukkan tidak ada kebenaran dalam membuat perkiraan tentang himpunan itu.
Mengenai jumlah yang berhimpun ini ia subjektif. Tidak ada mana-mana pihak dapat membuat anggaran tepat, kecuali dibuat perkiraan menerusi foto finish? Makanya barang kali tidak salah kalau saya juga menghantar status menyebut jumlah himpunan Bersih 5 mencecah 500,000(?) dan merupakan Bersih yang paling berjaya.
Ada terkejut beruk dan marah-marah sayang kepada saya apabila saya mencatat jumlah itu dengan memberi respons menyebut beberapa angka yang mereka kutip dari pelbagai sumber. Angka-angka yang mereka petik dan cuba membalas angka saya itu adalah angka yang sudah diubah suai dan diputerbelitkan. Soal angka ini bukan persoalan penting dan hakikat hasil himpunan itu kerana ia bersifat matematika.
Persoalan mengenai berapa jumlah bagi saya tidak mustahak. Letaklah berapa pun, satu ribu, 10 ribu atau 200 ribu tidak kisah. Tetapi yang penting dan mustahak sekali Bersih 5 masih mendapat sambutan dan rakyat masih sanggup berkorban turun menyatakan asperasi (kemarahan) mereka kepada kerajaan. Mereka sedia turun untuk membersihkan beberapa kotoran yang telah disenaraikan.
Di Jalan TAR Cina juga ramai. |
Kejayaan himpunan itu lebih penting daripada angka kerana ia membuktikan bahawa masih ada rakyat Malaysia yang masih waras untuk membela nasib mereka sendiri. Mereka yang hadir lebih baik daripada mereka yang terus kelenaan diulik mimpi-mimpi ala Mat Jenin, Lebai Malang ataupun Pak Pandir atau yang bersikap untuk menjadi Taun Penasihat 30%.
Penganjur Bersih dan pesertanya boleh berbangga dengan apa yang berlaku. Walaupun pihak polis, para pendolor Najib Razak dan telivisyen swasta membuat berbagai-bagai propaganda untuk menakut-nakutkan orang ramai bagi mengagalkan himpunan itu namun ia berhasil.
Melayu berjubah mendirikan solat di lautan Kuning. |
Sebaliknya tindakan itu menjadikan senjata memakan tuan, apabila orang ramai bukan sahaja tidak takut dan tidak kecut perut untuk hadir, malahan lebih bersemangat lagi untuk menggabungkan diri menguningkan bagi menguningkan ibukota Kuala Lumpur.
Sesungguhnya serangan dan penghinaan (damage) terhadap Bersih 5 kali lebih dahsyat berbanding dengan serangan dan propaganda jahat ke atas Bersih 1,2,3, dan 4 lalu.
Apa yang pihak berkuasa tidak bertindak ke atas Bersih. Pemimpin utamanya Maria Chin Abdullah dan lain-lain ditangkap sebelum bermula Bersih. Ini satu tindakan yang dianggap paling jahat dan tektik sangat busuk.
Penyertaan atau penjelmaan kumpulan baju Merah memberi tentangan baru kepada Bersih secara mendada dan menjadi pembela kepada Najib yang "giler."
Semasa rally Bersih diadakan puak baju merah sudah bertindak kasar melakukan provokasi dengan menunjukkan aksi-aksi samseng mereka. Rally Bersih bukan sahaja setakat diganggu, peserta dimaki hamu tetapi ada dicederakan. Tindakan-tindakan seumpama itu bukan menarik perhatian tetapi makin menimbulkan kebencian rakyat kepada tindakan itu dan ternatijah kepada Najib Razak. Aksi provokasi itu menjadi baja menyuntik kegeraman dan keberanian kepada orang ramai untuk hadir.
Paling menghairankan kumpulan itu bergerak bebas. Polis seakan "tumpul kepala" untuk mencegah ini menyebabkan timbul sangkaan ia semacam ada pakatan bersama? Ada rancangan bawah tanah. Puak baju Merah yang dizahirkan khas untuk berdepan dengan baju Kuning semacam kumpulan samseng atau gengstar yang berdaftar dengan Pertubuhan Negara dan mereka memunyai imuniti dijamin kerajaan?
Melihat kepada kerakusan sikap mereka dan sikap dingin pihak polis, mulanya saya menduga himpunan Bersih 5 tidak akan mewah dengan jumlah kehadirann. Saya menduga orang Cina pasti tidak akan sedia untuk hadir kerana takut atau tidak mahu terperangkap dalam kesadisan bakal dicipta kumpulan baju Merah. Apa lagi kumpulan itu dengan jelas menunding jari dan meletakkan mereka sebagai sasaran secara terus terang dan berani.
Bagaimana pun apa yang diduga itu meleset sama sekali. Orang Cina yang sememangnya mempunyai macam-macam seni mempertahakan diri (yang setengah lebih hebat dan kebal daripada Mat Kilau dan Tok Janggut) serta memiliki kuasa dalaman yang ampuh serta semangat keCinaan yang mapan tidak sedikit pun gentar dengan demostrasi menujuk kekebalan yang dipersembahkan oleh kumpulan baju Merah.
Aksi-aksi pecahkan batu bata, berjalan atas api, pukul badan dengan kayu lembut ataupun bersilat sambil tutup muka, minum jus oren beperasa api dan sebagainya tidak sedikit pun menghairankan orang Cina. Mungkin orang Cina sudah masak dengan psikologi orang Melayu yang kuat mencarut, kuat berbual, cakap besar atau sombong suka berbini banyak itu.
Justeru pada pandangan mata saya jumlah orang Cina menyertai Bersih semalam sekitar 60%, sekaligus menjadikan kaum itu mendominasi Bersih 5. Secara pasti gambaran ini dapat disaksikan semasa dalam gerabak LRT menuju ke KLCC. Semua gerabak dipenuhi dengan baju Kuning yang majoritinya orang Cina. Dalam gerabak itu bilangan Melayu boleh dibilang dengan jari.
Kelompok orang Cina yang hadir berbagai-bagai, daripada remaja, pertengahan sampailah kepada warga emas yang giginya sudah bergoyang. Mereka bergerak bebas penuh bersemangat tanpa terguris apa-apa perasaan takut di wajah. Mereka bergerak serentak penuh sepakat dan bersemangat sambil bertepuk dan gurau senda sesama perserta. Pemandangan di Bersih semalam seolah-olah kita berada di Guagzhou ataupun di Beijing di benua China.
Manakala 40% yang tersisa itu adalah Melayu dan India serta bangsa lain termasuk Orang Asli dari Gua Musang yang datang meminta simpati atas nasib mereka yang diperkosa kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Ahmad Yakob.
Penglibatan orang Melayu saya kira sekitar 30% hingga 37% sahaja, selebihnya India dan lain-lain bangsa. Jika jumlah peratus kehadiran mengikut ethnik itu diambil kira, bererti orang Melayu sudah tewas. Namun dalam pada itu ada singnifikan dengan kehadiran Melayu itu ia menyerlahkan itulah Melayu yang bersama parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah).
Orang Melayu tunpang bergambar dengan sepanduk Cina. |
Remaja Cina menyiapkan logistik himpunan. |
Apa maksud yang boleh ditafsirkan dari senario itu semua? Kehadiran begitu ramai orang Cina menjelaskan bangsa itu berani dan komited untuk melakukan pembersihan kepada kekotoran ada yang dikira merugikan masa depan keturunan mereka. Kebebasan demokrasi yang ada dalama negara ini (untuk berhimpun) walaupun ia dilaksanakan tempang, tetapi mereka tetap mengambil kesempatan daripadanya dan tidak dipersia-siakan. Di sinilah sikap kesedaran orang Cina yang tidak ada kepada bangsa Melayu.
Himpun itu mengutungkan mereka. Apabila orang Cina dapat menujukkan kekutan, solidariti dan keperihatian mereka ia menjelaskan akan keteguhan bangsa itu sebenarnya. Apa yang dipemarkan dalam himpunan sebegitu besar ia memberi semangat dan keyakinan kepada seluruh kaum itu yang ada di negara ini.
Bangsa itu sudah menganggap bahawa negara ini milik mereka mutlak, sementara Melayu masih terus mendendangkan lagu Anak Kecil Bermain Api dan lagu Bangau Oh Bangau yang tidak pun memberi apa-apa erti.
Dari segi moral dan semangat orang Melayu sudah kalah berbanding dengan orang Cina. Seperti mana saya sifatkan sebelum ini himpunan Bersih 5 yang "berjibuh" (berbaur dengan berbaagai-bagai himpunan lain) itu merupakan perlawanan (pesta) menujukkan kekuatan "bodi." Ia adalah gusti tangan. Perlawanan itu saya sifatkan 4 lawan 1. Empat dimaksudkan kepada beberapa kumpulan yang bersekongkol dengan baju Merah (semua Melayu) melawan baju Kuning. Nah apabila baju kuning didominasi Cina bermakna Cina menang.
Orang Melayu yang memandang sepi dengan himpunan semalam tanpa mengambil kesempatan daripadanya atas apa jua alasan adalah silap. Merka memberi kemenangan percuma kepada orang Cina yang selama ini mereka cemburu dan melalukan berbagai-bagai tekanan perasaan ke atasnya. Sepatutnya orang Melayu tidak hanya 35% atau 40% hadir himpunan semalama tetapi melebihi daripada 60%.
Yang wajar bahkan wajib hadir bukan sahaja budak-budak Umno tetapi pemimpin Umno sendiri, para korporat dan cerdipandai Melayu yang hanya tahu bercakap dan membuat teori dan analisa tetapi segan kaki untuk turun ke lapangan. Kalau mereka ini bimbang tapak kasut kotor untuk turun bagai mana diharapkan rakyat marhain akan turun.
Di sini permainan perang psikologi menunjukkan orang Melayu sudah tewas disebabkan gagal membaca strategi politik. Ia juga bermaksud jumlah ramai itu bukan bererti akan menang secara automatik. Orang Melayu menjadi bueh-bueh dilautan dalam berpolitik.
Mereka yang skeptikal dengan himpunan Bersih akan bertanya, apakah semalam Najib sudah turun dan seorang PM baharu sudah angkat sumpah. Apakah Anwar Ibrahim atau Husam Musa sudah menjadi PM? Begitulah sinisme Melayu bangsa yang suka beretorik dan gelar mengelar.
Bagi orang Cina mereka menyedari tunjuk perasaan itu tidak akan menjatuhakn seorang perdana menteri yang tidak mempunyai moral dan perasaan seperti Najib. Kalau bermacam-macam tekanan dan kritikan terhadapnya sebelum ini termasuk oleh dunia luar toh Najib masih kekal dikerusinya apalah diharapkan dengan himpunan Bersih itu. Orang Cina tahu bahawa sikap dan sifat Najib tidak seperti Dr Mahathir Mohamad yang ada maruah.
Sebab itu Dr Mahathir apabila berhadapan dengan tunjuk perasaan Reformasi selama beberapa tahun akhirnya beliau akur dan berundur dengan baik. Melihat apa yang berlaku semalam, mendapat kiriman audio-visual Dr Mahathir berucap sedang di atas kereta dijadikan pentas dalam lautan Kuning di KLCC semalam mungkin Najib tersenyum dan gelak kecil bersama Rosmah Mansor atas katil king siz di Peru.
Paling mengecewakan sekaligus memalukan oang Melayu berkaitan himpunan semalam ialah kegagalan Melayu berbaju merah yang beriya untuk melawan baju kuning. Mereka meletakkan sasaran 300,000 orang akan hadir, namun yang berlaku tidak sampai 3,000 yang sedia turun. Kegagalan ini turut mengecewakan saya sebagai orang Melayu.
Kenapa berlaku demikian? Ini sudah memalukan dan menghinakan orang Melayu. Untuk apa meletak angaran sejumlah itu tetapi hakikat tidak ada. Yang malu bukan sahaja ketua baju merah tetapi parti Umno juga yang secara diam memberi sokongan agar penyokongnya hadir beramai-ramai. Sekurang-kurang dua pemimpin utama Umno yang membuat seruan secara simbolik agar ahlinya hadir, Annuar Musa dan Noh Omar.
Kegagalan Melayu hadir itu menyebabkan kita boleh membuat beberapa kesimpulan. Antaranya mungkin kadar upah dan makan tidak mencukupi. Menjadi kelaziman himpunan tajaan Umno mereka diberi upah dan diangkut. Disebabkan upah sedikit ataupun wang upah disonglap, menjadikan peserta mereka kurang bersemangat dan lari pulang sebelum manteri tegak di atas kepala. Inlah perbezaan antara peserta yang hadir dengan kesedaran diri, punyai komitmen dan iltizam tinggi dengan peserta yang hadir kerana diupah dan diberi sebungkus nasi lemak anak dara.
Untuk masa akan datang, kalau benar orang Melayu ingin menunjukkan kekuatan, persefahaman atas matlamat sepadu membina negara, hadirlah dalam himpunan Bersih atau pun cubalah taja satu himpunan perdana orang Melayu. Para pesertanya nanti jangan kutip orang kampung atau budak-budak cabuk, penangih dadah atau pun pemakan pil kuda tetapi hendaklah dihadir sama oleh cerdik pandai, golong korporat, pegawai kerajaan, pemimpin-pemimpin parti.
Janganlah hanya tahu memperalatkan golongan marhaen untuk kepentingan dan kesenangan diri tetapi tunjuklah sama pengorbanan untuk menjaga maruah Melayu. Sikap parti agama (PAS) yang menyepi diri dari himpunan berkenaan juga satu sikap yang salah kerana ia tidak dapat memberi gambaran kekuatan Melayu.
Tindakan PAS itu kononnya untuk mengajar Amanah dan DAP, tetapi tanpa disedari sikap itu telah memberi sumbangan tentang keluyuran bangsa Melayu. Kalau PAS hadir dengan warna hijaunya tidak menjadi masalah, sebab hijau itu akan dikira sebagai Melayu yang sama sedeyut nadi dengan warna-warna Merah, hitam dan lain-lain. Pastinya jumlah dan komitmen mereka akan dimasukan dalam nisbah atau figur Melayu.
Nah disitu nanti tujuklah kekuatan dan perpaduan sejati untuk memberi mesej bahawa Melayu tidak mudah diperkotak katikan. Bersambung. [wm.kl.9:06 am 20/11/19]
No comments:
Post a Comment