Saturday, July 14, 2018

Harap MPI tidak kekesampingkan wartawan media sosial

SUARA DARI SUDUT

MALAM tadi telah berlangsung majlis Malam Wartawan Malaysia 2018 dan Penyampaian Anugerah Kewartawanan Malaysia 2017. Majlis tahunan ini dianjurkan oleh Institiut Kewartawanan Malaysia (IPM) dengan kerjasama Petronas. Pada majlis ini wartawan diraikan disamping diberi anugerah kepada wartawan yang dipilih dari berbagai kategori yang ditetapkan.

Format anugerah ini dibuat berdasarkan kepada penilaian kepada kategori yang ditetapkan oleh pihak penganjura. Kali ini sebanyak 20 kategori dipertandingkan, antaranya Infografik Terbaik, Kartun Editorial Terbaik, Laporan Berita Cemerlang, Laporan Radio Terbaik, Laporan Portal Terbaik, Foto Esei Cemerlang dan Kewartawanan Panyiasatan Cemerlang.

Sebanyak 349 penyertantaan atau pun bahan-bahan yang diterima oleh pihak penganjur untuk diadili pada tahun ini. Nilai hadiah tertinggi diberikan sebanyak RM30,000 yang dinamakan Hadiah Kajai, mengambil sepena nama pelopor wartawan Melayu, Rahim Kajai.


Majlis ini sudah berlangsung sejak beberapa tahun lalu. Peranannya sama dengan anugerah sempena Festa Filem atau anugerah Skrin yang diberikan kepada artis, pelawak dan pengiat filem.

Kewujudan majlis ini baik untuk mengikhtiraf peranan wartawan. Ia bertujuan memberi semangat dan dorongan kepada wartawan menghasilkan laporan berkualiti serta badan-badan media dan akhbar mempertingkatkan mutu pemberitaan dan penyiaran mereka. Itulah tujuannya.

Tidak syak lagi dengan adanya anugerah ini ia menjadi aspirasi kepada golongan wartawan dan juga agensi-agensi media massa di negara ini. Media massa boleh mempertingkatkan mutu kewartawan mereka dengan mengambil kira semangat yang dicernakan menerusi anugerah itu.

Majlis itu dikelolakan oleh IPM dengan kerjasama Petronas. Petronas lah yang bertangungjawab  mengeluarkan perbelanjaan. 

Di samping mengalu-alukan majlis seumpama itu diteruskan, ada sedikit cadangan di sini bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan dan memaknakan lagi dunia kewartawan. Apa yang hendak dicadangkan agar majlis itu diperluaskan skop penilaian dan penglibatan kumpulan dalam anugerah itu, kepada bukan sahaja daripada wartawan atau media berdaftar tetapi kepada kumpulan lain juga.

Kumpulan yang rasanya tidak boleh diketepikan untuk dinilai sama bagi memeriahkan majlis anugerah itu ialah kumpulan media sosial, seperti facebook, twitter, instagram, blog dan lain-lain. Bagi saya kumpulan atau penglibatan pemain-pemain media sosial ini juga termasuk dalam golongan wartawan atau pelapor. Satu hakikat yang perlu diambil kira, peranan dimainkan media sosial sekarang ini sangat besar dan berkesan.

Bahkan ada sesetengah laporan atau bahan yang dimasukan dalam media sosial ini lebih berkesan dan mendapat perhatian. Ia juga kadang kala menjadi sumber berita kepada media cetak dan eletronik lain. Untuk melaksanakan ini mungkin MPI merangka suatu mekanisme tertentu untuk memberi anugerah dan membuat penilaian. Misalnya, laporan atau status daripada facebook, instagram, twitter, yang jelas boleh diambil kira untuk dinilai.

Mungkin untuk ini agak sukar sedikit bagi mencari bahan atau laporan bagi diadili. Mustahil kepada faceboker untuk menghantar sendiri laporan mereka. Sebagai untuk memenuhi ini pihak MPI perlu menubuhkan panel di kalangan anggota mereka mengenai pasti mana-mana laporan untuk dinilai dan diadili yang disiarkan dalam media sosial.

Untuk mengesan ini tidak terlalu sukar, kerana selalunya status yang menarik dan dianggap berkualiti itu mudah ditemui dalam ruangan facebook, twitter dan sebagainya kerana ia dikongsikan oleh ribuan yang lain. Misalnya gambar klik video spontan yang dimasukkan dan menjadi viral ditonton puluhan ribu boleh diambil.

Walaupun gambar berkenaan mungkin tidak memenuhi kriteria kewarwatatan tertentu tetapi kesan yang dihasilkan adalah besar apabila ia diberikan tindakan segera. Selalu kita ketahui laporan-laporan daripada wartawan tanpa tauliah ini diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Dalam hubungan ini yang penting ialah kesan daripada penyiaran berita atau kilik video berkenaan.

Tujuan bahan-bahan di media sosial ini diberi anugerah dan dibuat penilaian ia juga bagi merangsang para pemain medisa sosial terikat dengan etika kewartwanan dan anugerah itu boleh mendorong mereka memberperbaiki mutu status mereka dengan harapan ia akan dinilai. Cara itu secara tidak langsung mendidik pemain media sosial lebih bertanggungjawab dan beretika.

Sekiranya cadangan ini diambil kira, majlis itu lebih meriah lagi dan bidang penilaiannya dan kepeduliannya lebih meluas lagi sesuai dengan peranannya selaku majlis kewartawanan negara. Menghargai sesuatu yang baik itu bukan semestinya daripada media massa mainstream sahaja. Media arus perdana ada juga kadang-kandang sifatnya jauh lebih buruk kepada pembangunan sosial politik negara apabila media massa berkenan menerapkan agenda peribadi atau kelompok mereka.

Semoga pandangan ini mendapat perhatian MPI dan pihak-pihak tertentu. Kehadiran media sosial perlu diraikan sama, kerana peranan dan fungsinya sangat berkesan terutamanya di era kecanggihan IT dan "dunia mudah alih" ini. [wm.kl. 7:58 am 14/07/18]

No comments: