MULAI esok rakyat Malaysia akan berhadapan dengan satu lagi gelora sejarah yang mengaitkan langsung dengan bangsa Melayu. Sejarah dimaksudkan itu ialah apabila bekas Perdana Menteri, Mohd Najib Razak akan didakwa di mahkamah atas pertuduhan menyalahgunakan kuasanya.
Najib dibawa ke SPRM. |
Sebelum ini negara sudah melalui detik sejarah getir apabila bekas TPM, Anwar Ibrahim didakwa di mahkamah atas tuduhan hampir sama menyalahgunakan kuasanya sebagai TPM. Tuduhan ke atas Anwar Ibrahim itu berakhir beliau dijatuhi hukuman penjara selama beberapa tahun.
Malahan apa dialami Anwar mungkin lebih sadis daripada bakal dilalui Najib kelak, kerana Anwar ditahan sebanyak dua kali termasuk didapati bersalah atas tuduhan liwat.
Peristiwa dan sejarah dilalui Anwar sungguh memerit dan menyedihkan bangsa Melayu. Ia berlaku ke atas pemimpin harapan bangsa. Rakyat terkejut dan sedih atas apa yang menimpa dirinya. Tragedi dilalui Anwar merugikan bangsa Melayu dan negara? Hati orang Melayu terluka dengan apa dihadapinya itu. Namun undang-undang tidak mengenal bulu dan politik itu sedia memakan sesiapa sahaja.
Kali ini sesudah dua dekad, giliran seorang lagi pemimpin tertinggi negara juga berbangsa Melayu mengambil gilirannya. Orangnya ialah Najib bin Razak, anak kepada perdana menteri kedua, Razak bin Hussein. Hari ini Najib sudah ditangkap dan esok akan dihadap ke mahkamah. Mulai esok dan hari-hari seterusnya maka bermulalah sejarah hitam buat Najib. Tentu banyak air mata yang luruh ke bumi.
Dengan beberapa pertuduhan ke atas Najib itu menjadi perbicaraan terhadapnya panjang mungkin memakan masa bertahun-tahun, sama tempoh dengan apa dilalui Anwar. Pendeknya rakyat Malaysia dan bangsa Melayu akan kekenyangan dan muak untuk menghadapi detik-detik perbicaraan itu. Layar televisyen dan kolom media cetak akan berkenduri berita sedih tentang Najib dan berita luka buat bangsa Melayu.
Bukan itu sahaja perbicaraan itu juga akan memecahkan tembelang busuk dilakukan Najib dimana semua itu memalu dan mengaibkan bangsa Melayu dan agama Islam.
Persoalannya apakah kesan atau simpati rakyat yang diterima oleh Anwar dahulu akan berulang ke atas Najib Razak pula? Apakah akan wujud gelombang Reformasi kedua? Atau pun peristiwa penahanan Najib itu akan berlalu begitu sahaja bagaikan angin lalu di lembah sunyi dan kering. Ini yang ditunggu-tunggu..
Mungkin juga tidak, kerana ada perbezaan besar penahanan dan perbicaraan ke atas Anwar dengan apa bakal dilalui Najib mulai esok. Dakwaan kelakuan (jenayah) ke atas Najib bersifat internasional, apabila seluruh dunia bercakap mengenainya. Manakala tuduhan ke atas Anwar bersifat lokal, setempat. Kes mengaitkan Anwar tidak bersifat universal. Cuma kenapa kasus mengenai Anwar bergelombang dan menggema kerana ketokohannya sebagai pemimpin masa depan negara selepas Dr Mahathir.
Anwar berjaya meletakkan namanya di muka dunia dengan karamastiknya sebagai pemimpin dari dunia negara ketiga, manakala Najib berjaya meletakkan dirinya dengan kes 1MDB. Itu berbeza di antara keduanya.
Namun seperti dinyatakan tadi, baik takdir diterima Anwar maupun terbaharu Najib ia memalukan bangsa Melayu. Trims.[wm.kl.8:39 pm 03/07/18] *Perkongsian daripada FB.
No comments:
Post a Comment