Thursday, August 9, 2018

Pengorbanan besar Johari untuk Anwar

SUSUPAN MALAM

Johari sedia berkorban kedudukannya.
TERKEDU sungguh hati saya mendengar pengakuan ahli parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang menganggap Anwar Ibrahim sebagai abang kandungnya dan sedia melepaskan kerusi parlimen Sungai Petani untuk Anwar.

Tidak ada bahasa indah lain untuk dikalungkan kepada Johari selain terima kasih, terima kasih dan terima kasih. Kesediaan itu adalah pengorbanan tertinggi Johari kepada bosnya.

 Nampaknya Johari menjadi ahli parlimen PKR kedua sedia berkorban kepada Anwar kalau diminta berbuat demikian selepas ahli parlimen Selayang William Leong Yee Keen.


Kemuliaan hati Johari mengatasi daripada kemuliaan Dr Wan Azizah(?) dan anaknya Nurul Izzah sendiri yang tidak sedia mengorbankan kerusi buat Anwar. Azizah dan Nurul Izzah masing-masing menafikan bayangan mereka akan mengosongkan kerusi masing-masing untuk Anwar walaupun wakil yang munasabah melepas kerusi untuk Anwar adalah mereka.

Dan Anwar tidak seharusnya berfikir panjang untuk menerima huluran kerusi daripada Johari. Saya sependapat dengan beliau, Anwar harus berada segera dalam kabinet memandangkan suasana parlimen hari ini masih belum teratur dan wakil PH termasuk menteri tidak dapat menunjukkan persembahan menyakinkan.

Lagi pun Johari tidak rugi besar kalau dia menyerahkan kerusi itu kepada Anwar kerana beliau masih ada kerusi Dun di Kedah.

Sekiranya Anwar berada dalam parlimen sudah tentu beliau boleh membimbing ahli parlimen dari kerusinya. Kemasukan beliau dalam parlimen juga menjadikan jawatan kerusi PM tidak begitu jauh daripadanya.

Saya yakin sebagai seorang ahli politik dimana kegiatan politik merupakan penawar, Anwar akan sihat dan aktif apabila menjadi ahli parlimen nanti.

Sekali lagi kesediaan Johari untuk berkorban kepada bosnya itu satu tindakan bukan mulia tetapi bijak kerana Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan itu dapat membaca “kebahayaan” politik PH tanpa Anwar berada dalam parlimen apa lagi dalam kerajaan.

Anwar perlu berada di tempatnya itu untuk memantau simpang siul politik Dr Mahathir dari dekat.  [wm.kl.12:23 am 09/08/18]

No comments: