Friday, August 17, 2018

Jangan sampai lokomotif kehabisan bahan bakar

100 HARI KERAJAAN PH

Setiap kali lokomotif berkemalangan banyak tenaga,
wang dan masa digunakan untuk memulihkannya.
HARI ini genap 100 hari kerajaan Pakatan Harapan dibentuk. Tempoh 100 sangat signifikan kepada orang Melayu kerana tempoh itu dianggap edah berpantang yang kritikal.

Kalau seorang perempuan bersalin atau ada anggota keluarga (Melayu) meninggal, maka dalam tempoh 100 hari dianggap tempoh berlesungkawa, atau berdukacita. Tempoh itu akan dipenuhi dengan kenduri dan tahlil untuk arwah.

Kita dan seluruh anggota keluarga dilarang untuk berseronok-seronok ataupun melakukan kerja-kerja yang menjolok mata. Dalam kata lain kita dilarang bergembira secara berlebihan.

Seorang ibu yang melahirkan anak dianggap tidak bebas dalam tempoh itu. Si suami tidak boleh menjadikan si ibu itu sebagai ladang untuk bercocok tanam tanpa mengikut musim. Manakala keluarga yang kehilangan anggota tersayang pula masih berkabung dengan kematian. Tempoh 100 hari adalah tempoh kritikal penuh dengan ujian yang perlu dicermati agar tidak melanggar adat resam budaya bangsa.

Kerajaan Harapan pimpinan Dr Mahathir Mohamad bersama anggota kabinetnya sudah pun melepas tempoh dianggap mencabar dan kritikal itu mulai hari ini. Dalam tempoh berpantang itu kerajaan beliau dilihat serta akan dianalisa dari berbagai sudut dan aspek. Bukan sahaja pencapaian bagi memenuhi janji 100 hari yang dicatat dalam manifesto tetapi pencapaian setiap anggota kerajaan (kabinet) juga turut sama dinilai. Kemampuan jemaah menteri juga dipantau dan dijadikan ukuran untuk masa mendatang.

Lebih luas lagi penilaian dans semakan akan dibuat ke atas perkara-perkara bersifat personal para menteri itu sendiri termasuk gaya mereka berjalan, makan, bergaul. Tidak terlepas juga pemerhatian diberikan kepada para pagawai menteri itu.

Amat mustahil untuk Dr Mahathir dan anggota kabinetnya dapat melaksanakan semua apa dijanjikan. Tempoh itu hanya sebagai permulaan, awalan untuk bertindak ke atas apa yang dirancang.  Permerhatian dan jawaban sebenar apakah beliau dan anggota kabinetnya dapat memikul tanggungjawab kepada rakyat ialah selepas 100 hari dan seterusnya.

Ertinya mula esok Dr Mahathir dan menteri tidak boleh lagi berkhayal, berilusi, berseronok daripada untuk tidak memenuhi segala janji dan tuntutan rakyat. Mereka perlu kerja lebih kuat dan gigih lagi dan berada di atas tapak realiti. 100 hari lampau adalah detik dan ruang untuk mereka berbulan madu. Selepas ini tidak lagi kerana seluruh mata rakyat akan menyoroti mereka dan jari jemari akan mulai dilipat-lipat untuk meratib membilang apa-apa perubahan yang bakal dilaksanakan.

Apabila saya ditanya apa yang Dr Mahathir mahukan lagi dengan kuasa kali kedua diperolehi kini, saya menjawab secara beranalogi begini; Hakikatnya Dr Mahathir tidak ada cita-cita untuk menjadi perdana menteri, sebab beliau sudah pun menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Beliau bukan obses dengan jawatan itu. Apa yang beliau concern ialah untuk membaiki dan memperbetulkan semula negara yang "diacuankan" sebelum ini tetapi gagal diteruskan penggantinya khusus Najib Razak. Bahkan Najib cuba membina acuan baharu tanpa berpaksi kepada acuan asasnya itu, inilah mengecewakan Dr Mahathir.

Paling mengecewa dan menyebabkan beliau marah apabila Najib enggan mendengar nasihatnya dan terus melakukan kemungkaran.

Dalam kata lain, hasrat berkobar dalam hatinya kini ingin merawat kesenakan dan keterkilanan beliau kepada pemimpin selepasnya kerana gagal menyambung kerja-kerjanya ke arah lebih baik lagi. Perjuangannya yang belum selesai tidak dapat diselesaikan oleh Abdullah Ahmad Badawi dan menjadi lebih parah apabila Najib Razak mengambil alihnya.

Umpama lokomotif.

Negara Malaysia dibawah Najib saya umpamakan seperti lokomotif yang tergelincir daripada rel. Lokomotif sebagai kuasa penarik gerobok panjang di belakang kini tersadar di bawah rel. Kemalangan itu membawa celaka kepada penumpangnnya, rakyat jelata. Perjalanan tergendala. Ia juga menyebabkan para penantian di stesen tertunggu-tunggu dengan ketibaan lokomotif tergendala itu.

Sebagai seorang bekas pemandu lokomotif, Dr Mahathir sangat bersimpati atas apa yang berlaku. Kejadian itu sesuatu yang malang dan petaka kepada isian gerobak itu. Maka dengan pengalaman yang ada beliau cuba mengangkat lokomotif itu ke atas landasannya semula bagi memastikan perjalanannya lancar dan gerobok sampai ke destinasinya tanpa memikirkan apa yang sepatutnya beliau lakukan kini setelah melepaskan lokomotif itu kepada penggantinya hanya ialah berehat atau memerhati dari jauh. Namun kerana sigat kepirhatinan dan rasa tanggungjawab yang ada kepadanya menyebabkan beliau tidak boleh mendiamkan diri.

Setelah berusaha mengangkat lokomotif itu bersama rakan-rakan pembangkang, yang menjadi seterunya sebelum ini, akhirnya beliau berjaya mengangkatnya 9 Mei lalu dan lokomotif itu sudah berada dilandasan semula. Pemandu yang khilaf telah tidak ada lagi, sementara muncul pemandu baharu yang sesuai menyebabkan beliau terpaksa memandu sendiri buat seketika bagi meneruskan perjalanan.

Kereta api itu kini sedang begerak semula menurut landasan sambil mencari keselesaan sesuai dengan suasana baharu. Sambil itu mana-mana keroskan yang berlaku akibat "terembah" terusk itudiperbetilkan sambil berjalan. Dengan kepakaran dan pengalaman yang ada Dr Mahathir sebagai pemnadu sementara, terus memandunya. 

Justeru dalam perjalanan ini janganlah ada sesiapa yang menganggu Dr Mahathir. Biarkan beliau memandu membawa perjalanan keretapi itu benar-benar stbail dan penuh konsentrek. Semua orang yang berada dalam gerak keretapi itu perlu membantu dan memberi semangat. Mereka diluar juga harus merestui dengan satu tujuan keretapi itu selamat tiba di destinasinya. Selepas semuanya beras, keretaapi berjalan dengan stabil dan segala gerobok dapat mengikut lengang lengguk lokomitif panduannya, nah ketika itu baharu pemanduan itu boleh diambil atau ditukar.

Saya yakin Dr Mahathir akan memandu tidak sampai ke hujungnya kerana landasa kereta api itu bersifat infiniti. Lagi pun beliau sendiri sudah tidak larat disebabkan faktor usia dan sebagainya. Beliau akan membawanya separuh atau sesuku perjalanan sahaja dan ia akan diganti oleh pemadu lain yang lebih cergas dan mempunyai teknik pemanduan lebih baik daripadanya termasuk menguasai lokomotif moden.

Dalam gerabak ada beberapa orang yang bercita-cita atau punya bakat dan minat besar untuk jadi pemandu. Masing-masing menunjukkan yang mereka mampu membawanya dan kepinginan pula untuk segera menjadi seorang pemandu setelah merasai keseronokan berada dalam perjalanan sebuah keretapi dipandu oleh Dr Mahathir.

Jangan ada yang berbuat macam-macam dalam gerabak sehingga boleh menganggu pemanduan Dr Mahathir. Kalau ada yang berasa dia lebih berkemampuan dan diyakini penumpang kerana stail pemanduan lebih selesa dan sesuai, harap sabar dan tunggu dahulu sehingga keretapi itu berhenti di stesen sepatutnya dan ketika itulah baharu mengambil alih stereng lokomotif itu.

Jangan berebut dan ingin menunjukkan pandai semasa keretapi dalam perjalanan, apa lagi saat ia sedang melalui lekok perbukitan. Laluan di hadapan terpaksa merempuhi bukit dan juga terowong gelap. Maka semua kena perlu berhati-hati dan berdoa demi keselamatan.

Siapa pun boleh mengambil alih pemanduan atau lokomotif itu. Tetapi apa yang penting biarlah penukaran pemandu nanti secara baik dan mengikut tertib hal ehwal pemanduan dan pergerakan sebuah keretapi. Sekiranya usaha untuk mengganti Dr Mahathir itu tidak mengikut tertib kehidupan dan perjalanan sebuah keretapi, sudah pasti lokomotif itu akan tergelincir sekali lagi menyebabkan perjalananya terbantu lagi.

Perebutan atau perbalahan dalam lokomotif bahaya apa lagi sehingga semua terlupa kepada bahan bakarnya, lupa untuk menambah arang dan melengkapkan apa-apa keperluan lain. Jika ini berlaku keretapi bukan dibimbangan tergelicah rel, tetapi boleh berhenti terus kerana kehabisan bahan bakar. 

Kepada Dr Mahathir dan seluruh pendukung kerajaan Harapan diucapkan selamat. [wm.kl.11:12 am 17/08/18]

1 comment:

Unknown said...

Terbaik analogi tuan...