Showing posts with label Adnan Mansor. Show all posts
Showing posts with label Adnan Mansor. Show all posts

Saturday, November 10, 2012

Betulkah Teuku Adnan Teuku Mansor Hendak Letak Jawatan?

ANAK BERITA                                                                                                                         

Semasa di lapangan terbang Subang kelmarin dulu saya berjumpa dengan seorang ahli Umno peringkat bahagian. Kalau tidak salah inilah pertama kali saya berjumpa dengannya dan bercakap lama dengan beliau. Kelewatan kapal terbang yang hendak kami naiki memberi peluang saya mendengar ceritanya.

Adnan: Terhidu kekalahan.
Dia mengenali saya sebagai seorang penulis dan wartawan. Jadi saya kira apa yang dia ceritakan adalah jujur dan bukan mengada-ngadakan cerita. Banyak yang dicerita dalam masa lebih dua jam itu. Kapal kami lewat. Semua cerita menggambarkan Umno dalam keadaan tenat untuk mengekalkan kuasa hari ini.

Dalam banyak-banyak cerita negatif mengenai Umno itu timbullah soal Setiausaha Agung Umno Teuku Adnan Mansor yang kononnya sakit dan akan melepaskan jawatan. "You tahukan Teuku Adnan sakit," tanya dia kepada saya. Saya menggeleng kepala.

"Dia sakit dan hendak letak jawatan." Katanya. Surat perletakan jawatan sudah pun diserahkan kepada Presiden, Najib Razak. Tetapi Najib tahan dulu tunggu sampai selesai perhimpunan agung Umno dua minggu lagi.

Saya mengasak ahli itu apakah sebab musababnya, masakan soal sakit, biasanya orang politik bagaimana sakit sekali pun dia tidak mudah untuk berundur. Jawatan dan kuasa adalah obat bagi orang politik.

Dia mulanya tidak mahu mencerita keadaan Teuku Adnan lebih lanjut, tetapi selepas diasak dia menjawab; "Teuku Adnan juga sudah mnenghidu yang Umno akan kalah," katanya, menyebabkan saya terperagah.

Sekali lagi berkebetulan semasa balik semalam saya terjumpa pula dengan seorang bakal calon Umno di Kelantan. Sekali lagi kapal terbang yang hendak dinaiki lewat dan memberi kesempatan kami berbual fasal Umno. Di celah-celah perbualan itu saya menyebut fasal Teuku Adnan ingin merisik khabar sejauh mana kebenaran apa yang diceritakan oleh ahli jawatankuasa bahagian itu.

"Betulkah setiausaha agung Umno hendak letak jawatan"? Tanya saya.
"Dengarnya begitulah," jawabannya ringkas. Saya tidak mahu memanjangkan persoalan dan mendiamkan diri saja. Bagi saya jawaban yang diberi menerusi bahasa badan itu sudah cukup untuk dijadikan maklumat mengorek perkara ini lebih lanjut.

Sementara itu dari sumber lain pula memberi tahu, katanya Teuku Adnan juga tidak akan mempertahankan kerusi Putrajaya dalam pilihan raya akan datang? Alasan bukan sakit tetapi katanya dia sudah dapat mengesan pegawai kerajaan akan membuat kejutan dalam pilihan raya kali ini. Cerita mengenai Teuku Adnan ini menarik dan perlu diselidiki. [wm.kl.8:30 am 10/11/12]

Thursday, August 30, 2012

Pembela Mahathir Juga Jahil

SUSUPAN MALAM

Wah Setiuasaha Agung Umno yang mengubah namanya dari Teuku Adnan menjadi Tengku Adnan Tengku Mansor bangkit membela Mahathir Mohamad dengan menuduh orang Pas memanipulasikan kata-kata Mahathir yang kurang menyenangkan mengenai kata-kata yang boleh merosakkan akidah dengan menyebut malaikat juga kadang kala ada melakukan kesalahan. Nauzubilahiminazalik.

Adnan membela Mahathir kononnya Mahathir tidak berkata demikian tetapi kata-kata sebenar bekas PM itu sengaja dimanipulasikan oleh orang Pas. Selanjutnya Adnan juga kata politik Pas sudah begitu terdesak sangat sehinggakan sanggup memutar belitkan kata-kata Mahathir.

Kalau hendak bela pun jangan sembarangan bela. Adnan perlu tahu apakah Mahathir berak atau terkicik. Kalau setakat terkicit tidak menjadi masalah ia boleh 'ditahrahkan' dengan kerta tisu atau tanah atau air mineral sahaja. Tetapi kalau sudah terberak berat memerlukan air mustamal sekurang-kurangnya tujuh kolah kalau tidak busuknya akan meruap ke seluruh Malaya.

Apa yang berlaku kepada Mahathir itu dia sudah berak bukan terkicit. Jadi tidak timbul soal Pas memanipulasikan kata-kata Mahathir itu. Memang dalam pengertian pepatah Inggeris disebut Adnan itu kononnya dimaksudkan Mahathir ia bermaksud demikian. Dia menganggap Umno sebagai syaitan dan Pakatan Rakyat khasnya Anwar sebagai malaikat. Dalam fiqh Islam menyamakan sesuatu dengan keadaan tidak wajar adalah berosa.

Apa yang Mahathir hendak maksudnya rakyat lebih baik berkawan atau memilih syaitan yang dikenali (Umno BN daripada memilih Pakatan Rakyat (malaikat) yang belum diketahui jahat atau tidaknya. Apa dimaksudkan Mahathir Pakatan Rakyat adalah malaikat yang tahu menabur janji dan belum tahu akan laksanakan atau tidak.

Itu pengertian dan maksud yang hendak disampaikan. Masalahnya di sini Mahathir 'borah' mulut dengan mengumpamakan Umno sebagai syaitan jahat dan Pakatan Rakyat sebagai malaikat. Yang salahnya apabila Mahathir jahil murakab tidak tahu membezakan di antara syaitan dengan malaikat. Sebab itulah pandangan menurut akal di dalam agama tidak boleh diterima sewenang-wenangnya. Islam ataupun ilmu Allah itu perlu disuluh dan dilihat dari berbagai sudut dengan berbagai ilmu.

Kalau hendak kena Allah kena kenal sampai ke makrifah dengan memulakannya menerusi syariat, tariqat dan hakikat. Selain memiliki keempat-empat ilmu itu kena yakin apa yang dipelajari atau dituntut itu sampai ke peringkat qul hak qul yakin.

Apabila Tuhan telah mencipta syaitan dan malaikat ia tidak berubah akan fungsi dan tugasnya. Syaitan walaupun dikenali hatta berada di dalam rumah kita, ia kena ditentang dan kerja dan misinya adalah jahat. Tidak ada pengertian baik kepada syaitan. Anggota keluarga kita yang minum arak walaupun dalam rumah dan orang tidak nampak, ia tetap meniru perangai syaitan.

Begitu juga kalau Tengku Adnan misalnya dulu-dulu ada menyimpan arak dirumahnya walaupun orang tidak tahu tetapi perbuatan itu tetap perbuatan syaitan. Yang suka arak, judi, zina dan rasuah adalah syaitan termasuk syaitan yang dikenali.

Sebelum hendak mengulas dan membela Mahathir lebih baik Adnan merujuk kepada ulamak atau para "Abu" dari Aceh duhulu. Cara Adnan membela Mahathir dalam keadaan kabur begitu memalukan warga Aceh yang bermastautin di sini kerana negeri Aceh dikenali sebagai negeri Serambi Makkah.

Elok Adnan hantar persoalan Mahathir dengan istilah syaitan baik dan malaikat jahat itu ke Banda Aceh biar ulamak di sana mentafsirkannya.

Mengenai tuduhan orang Pas pandai memanipulasikan kata-kata, ia tidak menghairankan kerana Umno juga begitu dan Pas yang menerima prinsip dan sistem demokrasi sama macam Umno. Masa Nik Aziz membuat perumpamaan Tuhan juga mencarut suatu masa dulu bagi menunjukkan Tuhan marah dan benci kepada manusia yang jahat, wah bukan main lagi orang Umno termasuk Mahathir sendiri.

Mereka ecer dan heret kata-kata Nik Aziz itu untuk memburuk dan menggambarkan begitu rupa Islam Nik Aziz. Siang malam rakaman ucapan Nik Aziz itu disiarkan dalam televisyen penjilat buntut. Kenapa waktu itu Adnan tidak murih kepada Mahathir dan orang Umno yang memanipulasikan kata-kata Nik Aziz. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Jangan double standard tidak baik. Kalau kita juga jahat jangan cuba hendak tuduh orang lain jahat. Hari ini orang sudah baik tetapi kita masih meneruskan kejahatan. Pembelaan Adnan kepada Mahathir itu menyerlahkan akan kejahilan pemimpin Umno. [wm.kl.7:45 pm 30/08/12]

Tuesday, November 1, 2011

Susupan Pagi

Bila Tengku Adnan Bersanadkan Kepada MP 9/10

SEKALI lagi Umno menerusi Setiausaha Agungnya, Tengku Adnan Mansor membaca madah dan gurindam sama untuk memburukkan Pas. Tidak menghairankan kalau madah dan gurindam itu terus dikemundangkan. Dengan madah itu Adnan dan Umno mengharap orang akan membenci dan menjauhi parti Islam itu.

Katanya, Pas ditubuhkan oleh kalangan pemimpin yang kecewa dalam pertandingan untuk memecah belah orang Melayu? Itulah hujan dan keyakinan Adnan. Terlalu keras dan zalim kata-kata itu. Sebagai seorang yang berstatus Setiausaha Agung yang dikira mempunyai tahap pemikiran yang tinggi kalau pun tidak sampai ke tahap Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moo tidak sepatutnya kalau Adnan mahu memburukkan Pas memakai hujah itu. Naif dan dangkal sangat.

Hujah itu samalah dengan hujah, Pak Cu Mat, Dollah penarik kereta, atau pun Mek Nab Tonggek di kampung yang berbahas memburukkan Pas di kedai-kedai kopi ataupun di pasar malam. Mereka mengambil modal lapok itu dan menjadi penyambung lidah syaitan menggunakan hujah yang disumbatkan oleh ketua-ketua cawangan yang tidak berapa tinggi persekolahannya. Bagi mereka itu tidak salah kerana pengetahuan dan ilmu mereka terhad di situ saja.

Tetapi bila Adnan juga menggunakan hujan yang sama, menganggap penubuhan Pas sebagai untuk memecah belah orang Melayu ini bererti kelas atau standard pemikiran setiausaha agung itu dua kali lima sahaja. Patutlah Umno tidak menampakkan kemajuan dalam membanggakan dalam era globalisasi ini. Dengan sikap dan pandangan demikian menyebabkan golongan cerdik pandai akan konfius dan tumpul untuk menyokong Umno.

Seorang yang tidak membaca sejarah, tahu menganalisa sejarah seperti Adnan itu tidak akan tahu hikmah ataupun manfaat di sebalik kewujudan Pas. Kalau dia seorang yang jauh pandangan dan penggali sejarah bangsa dia akan memahami dan kata-kata bahawa Pas diwujudkan untuk memecah belahkan Melayu tidak akan tersembur macam sepah pinang dari mulut Adnan.

Mulanya saya merasa marah dan kesal sangat dengan pandangan Adnan itu. Macam mana seorang Setiasuaha Agung boleh menggunakan hujah demikian. Kedudukan setiausaha agung adalah sebaris dengan presiden, timbalan presiden dan naib-naib presiden dalam membuat dasar dan keputusan parti.

Tetapi apabila Adnan mengambil hujah untuk mengesahkan pandangan itu dari kata-kata MP 9/10.. marah saya terubat sedikit. Sebaliknya timbul rasa kesian kerana Adnan tidak cuba membaca kitab politik lebih akurat dan agung dari itu.

Hujah menguat Tengku Adnan untuk mengatakan Pas demikian kerana memakai hujah dan pandangan MP 9/10 terhadap Pas yang menyifatkan Pas mempunyai hukum hududnya sendiri bila mana Pas membentangkan hukum hudud. MP 9/10 itu cuba memesongkan pandangan umum dengan ilmu lawyernya yang pendek dan kemetot.

Adnan nampaknya mempercayai dan menyakini hujah MP 9/10 itu. Lantaran itu beliau meminta suapaya orang Pas memperbetulkan akidah berdasarkan kenyataan MP itu yang menyifatkan hukum hudud yang Pas cuba bentangkan itu sebagai hudud Pas bukan Islam.

Waduh, kenapa begitu cetak untuk Adnan memperakui dan menjadikan pandangan biul MP 9/10 sebagai hujah untuk tolak Pas. Apakah Adnan tidak membaca balasan balas dari pemimpin Pas mengenai ketidaktepatan hujah dan dakwaan MP 9/10 terhadap hukum hudud yang dibentangkan Pas semasa memerintah Terengganu. Kejahilan MP itu sudah dijelas dan selepas itu beliau tidak lagi berani berkokok. Ada malang kalau Adnan menambahkan kebiulan nya mengenai hudud dengan kebiulan MP 9/10 tersebut.

Kalaulah hujah orang demikian dijadikan sanad oleh Adnan untuk memburukkan Pas, entahlah apa jadinya dengan politik Umno dan juga negara ini. Ternyata Adnan mengambil sesuatu iktibar dan pegangan dari orang yang jahil murakab dan naif hujahnya. Saya tidak tahu atas dasar apa kalau Umno masih mengekalkan Adnan sebagai setiasusaha agung kalau bukan daar untuk terus mengekalkan Umno dalam kepompong kejumudannya.

Bukan tidak boleh mengkritik Pas atau mahu mengajak rakyat menolak parti itu, tetapi Adnan kenalah cari hujah yang kuat. Sanadnya pula biarlah sanad yang sahih. Bergatung kepada pewari yang lemah menyebabkan orang akan mentertawakan kita. Tetapi apa dikisah, sebab Adnan juga tampak begitu tohor dalam pemahaman agama dan juga gerakan siasah.

Kalau kita seorang pemain pakau, bermain pakau sajalah jangan sesekali cuba pakaukan politik negara dengan unsur-unsur mungkar itu. [ttdi.11:00 am 01/11/11].