Showing posts with label Ahmad Yaakob. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Yaakob. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

Betulkah Nik Amar ada masalah?

JAWAB PENAFIAN                                                                                          

Ekoran catatan saya mengutik maklumat jalanan di Kelantan berhubung dengan desas desus barisan Exco Kelantan akan dirombak dan termasuk TMB Mohd Amar Nik Abdullah akan diganti ia menjadi pertuturan hebat di Kelantan. Catatan bersifat "pertanyaan" itu juga dikutip oleh beberapa pemain media sosial.

Mohd Amar senyap.
Pihak MB Kelantan, Ahmad Yaakob juga ada menjawab catatan berkenaan dengan menafikan desas desus itu dan memberi peringatan jangan percaya kepada laporan dari tangan orang fasik. Baik juga kalau Ahmad Yaakob bersuara sendiri untuk memukatamadkan desas desus berkenaan. Kalau orang lain yang tidak "fakih" mengenai politik dan jahil pula dengan perkembangan dalaman, untuk menjawab ia tidak pantas.

Orang tidak begitu yakin dengan jawaban oleh orang yang tidak ada autoriti dalam politik. Ahmad seharusnya tampil menjelas sendiri desas desus itu bagi mengelakkan "fitnah" itu melebar.

Saturday, May 18, 2013

Ahmad Perlu Tiru Mukhriz Dan Profesional

BICARA SABTU                                                                                                               
 
Langkah yang diambil oleh MB Kedah yang baru Mukhriz Mahathir untuk menilai pencapaian atau prestasi Exconya setiap setahun sekali boleh ditiru oleh MB Kelantan, Ahmad Yaakob. Mukhriz berkata dia akan membuat penilaian ke atas Exconya menerusi Indeks Prestasi Utama (KPI) setahun sekali.

Menerusi tindakan ini kesemua exco di Kedah akan dinilai dan sekiranya mereka tidak mencapai indeks yang ditetapkan mereka akan digugurkan. Langkah Mukhriz itu adalah untuk memberi kesan dan memastikan Exco dilantik berkebolehan dan mampu melaksanakan tanggungjawab.

Tidak menjadi kesalahan bagi MB Kelantan kalau meniru sesuatu yang baik dari sesiapa saja. Apa dilakukan Mukhriz itu baik bagi memastikan perlaksanaan segala pembangunan dan kebajikan untuk rakyat menerusi portfolio masing-masing berjalan lancar. Maka wajar kalau Ahmad juga berbuat benda yang sama.

Thursday, May 16, 2013

Wujudkan Unit Pemantau Khas di Bawah MB

PANDANGAN TULUS                                                                           

Tanpa menunggu selepas pantang, biasanya 40 hari atau 100 hari menurut tradisi orang Melayu, MB Kelantan yang baru Ustaz Ahmad Yaakob telah melestarikan agenda peribadinya sebagai MB dengan menjadikan kebajikan rumah untuk rakyat sebagai prioriti. Ahmad telah meletakkan sasaran satu unit rumah untuk satu keluarga di Kelantan. Tentunya keluarga yang berpendapatan dibawah kemampuan untuk memiliki rumah.

Ahmad Yaakob: Rumah rakyat agenda utama.
Perangkaan mengenai perkara ini mungkin sudah ada dalam rekod di Pejabat Menteri Besar.

Apa disasarkan Ahmad itu bertepat dengan janji atau manifesto PAS kelantan dalam pilihan raya lalu yang mementingkan kebajikan dan keberkatan. Perumahan adalah menjadi keutamaan kepada rakyat. Tahap kemiskinan rakyat di sesebuah negeri itu akan diukur kepada pemilikan kediaman.

Di Kelantan masalah rumah menjadi masalah utama. Agak sedih sedikit program atau projek ini seakan terabai sejak 20 tahun lalu. Projek atau skim pembinaan rumah Dufah (maaf kalau salah) tidak begitu berkesan dan ia sekadar melepas kentut sebelum berak sahaja. Sekali lagi maaf kerana guna anologi kasar. Mungkin kerajaan negeri ada rekod mengenai hal ini dan sila dedahkan kepada umum.