Showing posts with label Jejak Komunis 2. Show all posts
Showing posts with label Jejak Komunis 2. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

Jalan Berlekok Ke Ban Chulabhorn Pattana 12

MENJEJAK SEJARAH 2                                                  

Hasrat untuk melawat penempatan bekas-bekas anggota Rejimen Ke-10 sebenarnya teridam sejak ia mula-mula diwujudkan 24 tahun lagi. Tetapi kerana masalah keselamatan dan implikasi lain maka ia tertangguh. Lima tahun lepas sewaktu dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam melewati Sado untuk ke Banar Star (Yala) saya sudah melalui penempatan itu.

Anak panah berwarna merah menujukan ke Kg Chulabhorn.
Perjalanan malam itu menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk menyinggahi perkampungan berkenaan. Saya tidak pasti apakah ianya di Chulabhron Pattana 12, atau Chulabhorn Pattana 10 atau Chulabhorn Pattana 9. Cuma apabila melalui penempatan berkenaan, rakan yang bersama dalam perjalanan memberi tahu salah satu jalan yang dilalui malam itu ialah jalan menuju ke kampung penempatan bekas Komunis Melayu.

Saya masih ingat lagi tutur kawan itu; "di sini para komunis Islam ditempatkan," sambil membuka cermin kereta dan memaklumkan kepada saya. Saya hanya terngedap-ngedap menerusi cermin belakang dalam kegelapan malam penuh tanda tanya dan rasa ingin tahu.