RENCANA
Kalau diperhatikan banyak sifat, perwatakan, cara berfikir atau kemanusiaan orang Melayu yang anih-anih dan pelik. Setengah dari kevarsian itu membezakan atau mengenalkan orang Melayu dengan kaum bukan Melayu. Selalu kita dengar salah satu sifat unik orang Melayu yang tidak ada kepada kaum lain ialah suka "mengamuk" dan suka "latah".
Dua sifat ini menjadikan bangsa Melayu berbeza dengan kaum-kaum lain dan kononnya sifat unik yang negatif ini tidak ada kepada kaum lain. Saya bersetuju kalau latah tidak ada kepada kaum lain, tetapi tidak setuju kalau amuk atau mengamuk juga tidak ada.
Selalu kita dengar ada kejadian di negara luar ada orang yang nekad melakukan sesuatu yang trajis, misalnya membunuh kerana dirangsang sesuatu elemen, atau pun merempuh bangunan dengan memandu kereta dan sebagainya. Ada juga yang bertindak membunuh orang ramai di tempat-tempat awam. Itu adalah amukan yang berlaku apabila seseorang tidak berjaya mengawal emosi dan dilanda stress peringkat lima hingga 10 bintang.