Saya diminta memberi ulasan dan pandangan hasrat pimpinan DAP Pulau Pinang yang ingin mengadakan pilihan raya negeri (Pirane) di negeri itu. Sebenarnya saya tidak memahmi kenapa suatu pilihan raya Pirena perlu diadakan. Apa masalah dan hambatannya? Apakah kerajaan Pulau Pinang kini sudah hilang suara atau majoriti dalam DUN?
Saya pernah melontarkan pandangan kecil, kalau Pirane itu bertujuan untuk memberi tekanan kepada kerajaan (Najib Razak) sebagai tebusan agar membebaskan Lim Guan Eng daripada tindakan mahkamah yang berlaku sekarang ini, ia adalah strategi yang sia-sia.
Pirane itu itu tidak akan memberi bekas apa-apa kepada Lim Guan Eng (foto) dan DAP kalau itulah maksudnya. Melihat kepada keseriusan kerajaan (baca Najib Razak dan Umno Pulau Pinang) menerusi SPRM mengheret Guan Eng ke mahkamah menunjukkan mereka nekad untuk "menyendor" - memenjarakan Ketua Menteri itu. Singa muda DAP itu perlu direhatkan dalam kandang besi.
