Saturday, February 4, 2017

Nautica Alyia sedang melayarkan impian Pas dan Umno

SUARA SABTU

Saat ini kapal Nautica Alyia yang melayarkan Misi Kemanusiaan - Food Flotilla for Myanmar sedang menongkah arus di lautan Andaman membelah gelombang malam menuju ke destinasinya. Arahnya ialah ke pelabuhan Yanggon, Myanmar kemudian ke Teknaf Dhaka, Bangladesh.

Tuan Ibrahim dan Najib bunyikan siren bersama.
Kapal itu membawa 2,200 tan makanan dan keperluan untuk masyarakat Rohingya yang sedang menghadapi musibah dan kini menjadi pelarian di beberapa buah negara termasuk di Malaysia dan Bangladesh.

Misi berkenaan disertai oleh 250 sukarelawan terdiri dari beberapa NGO termasuk dari 13 buah negara luar. Dari jumlah itu, 190 orang sukarelawan daripada negara luar. Dua buah parti politik yang waktu ini sedang bercandarasa (asmara), parti agama (Pas) dan Umno juga mengirim wakil masing-masing untuk ikut sama belayar.

Friday, February 3, 2017

Gema azan di puncak kota Namrud gugah perasaan

CATATAN MUSAFIR (5)

Kedudukan tiang gergasi sesayut mata memandang.
Saya tidak dapat pasti berapa sebenarnya ketinggian kota Namrud dari aras laut dan pula berapa ketinggian puncaknya. Cuma apa yang boleh saya sukat, tempoh pendakian ke puncak itu mengambil masa kira-kira 26 minit dari catatan arlogi saya.

Catatan masa ini subjektif kerana bergantung kepada orang yang memanjatnya.

Wednesday, February 1, 2017

Annuar Musa perlu diasingkan dari Umno Kelantan?

PANDANGAN PAGI

Mustapa perlu tegas dan berani.
Tindakan ahli Majlis Mara mengambil keputusan sebulat suara untuk menggantungkan tugas Annuar Musa sebagai pengerusi Mara dan juga pengerusi Syarikat Pelaburan Mara sedikit sebanyak menjejaskan reputasi Umno Kelantan yang waktu ini dilihat berkaca di mata rakyat Kelantan.

Walaupun tindakan majlis Mara itu tidak bermakna Annuar sudah bersalah melakukan salah guna kuasa atau rasuah menerusi kedudukkan sebagai pengerusi Mara dan Presiden Kafa, tetapi "insiden" tersebut sudah pasti ia menimbulkan persepsi buruk kepada batang tubuh ahli Parlimen Ketereh itu.

Tuesday, January 31, 2017

Ahli Majlis Mara perlu lapor kes Annuar ke SPRM

ULASAN ISU

Annuar Musa
Ismail Sabri Yaakub menteri yang bertanggungjawab terhadap Mara kata dia tidak dimaklumkan mengenai penggantungan tugas Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara dan juga Pengerusi Pelaburan Mara.

Tambah beliau lagi dipetik, beliau tahu ada mesyuarat ahli majlis Mara hari ini tetapi tidak mengetahui apakah agendanya. Apakah kedudukan ahli majlis Mara tidak dibawah penyeliaan Ismail Sabri selaku menteri?

Dalam pada itu Ismail Sabri juga tidak tahu apakah ahli majlis ada kuasa menggantung atau memecat Annuar kerana setahunya pelantikan pengerusi atau pemecatannya dibawah bidang kuasanya selaku menteri dan diketahui oloh perdana menteri.

Saturday, January 28, 2017

Melihat dan jamah "bbidas" gergasi Namrud untuk bakar Ibrahim a.s.

MUSAFIR KEMANUSIAAN (4)

Inilah dua tiang gergasi digunakan Namrud untuk
melontar Nabi Ibrahim ke dalam api
.
HIDUP ini tidak pernah terduga menjadikan kita sebenarnya terus-terusan berlalu dilorong takdir. Selepas sesuatu itu berlaku dan terjadi baharu kita memahami sesuatu maksud dan rahmat takdir itu. Dapat merasakan kehebatan, keberuntungan atas setiap apa yang berlaku.

Ada kalanya sesuatu yang kita lalui itu tidak pernah terfikir pun, jauh sekali berniat atau mengimpikannya. Kerana itu hidup ini bagaikan kuntum-kuntum yang indah, harum dan adakalanya mentragiskan. Ia bagaikan sebuah mimpi yang kadang kala diselangi igauan mencemaskan.


Thursday, January 26, 2017

Isu pertikaian tanah: Beberapa perkara dalam afidavit dipadamkan, kenapa?

BAHAGIAN (7)

Apa kesudahan cerita pertikaian dan penuntutan hak penjualan tanah ditepi lebuh raya Rantau Panjang - Pasir Mas yang melibatkan pemimpin dan tokoh parti agama (Pas) Kelantan dengan Pas Pusat. Apakah sudah selesai, sudah ditemui formula win-win antara yang terbabit? Lima puluh untuk kau lima puluh untuk aku, bukan tiga puluh untuk aku tetapi tujuh puluh untuk kau?

Atau masih tergantung tegang, tunggu masa untuk putus? "Peah"....

Pengungkitan skandal BMF tidak berbekas kepada Dr Mahathir

ULAS ISU

Isu skandal BMF tak berbekas buat Dr Mahathir.
Sekonyong-konyang skandal BMF yang merupakan skandal kewangan terhitam ditangung negara diungkit semula. Skandal itu berlaku dalam tahun  1979 hingga1983 dan ia asing kepada generasi muda hari ini. Pengungkitan semula skandal berkenaan dilihat bermotif politik bukan untuk kepentingan negara jauh sekali bertujuan menambah nilai ringgit. Ia diungkit semata-mata untuk menyerang Dr Mahathir Mohamad yang ketika ini menyerang Najib bertubi-tubi.

Apa yang dibangkitkan mengenai skandal itu, kononnya ada dokumen laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang mengatakan Dr Mahathir bertanggungjawab dengan skandal melibatkan wang ratusan juta itu dan menyebabkan seorang pegawai kewangan bernama Jalil Ibrahim mati dibunuh.

Tuesday, January 24, 2017

Badiuzzaman Said Nursi: Mengenalinya setelah kaki pijak bumi kematiannya

MISI KEMANUSIAAN (3)

Badiuzzaman Said Nursi
Sejujurnya saya sudah lama mengetahui dan menyebut-nyebut nama Badiuzzaman Said Nursi, tetapi tidak tahu secara intim siapakah sosok ini.

Apakah beliau seorang penyair, ahli politik, ahli sejarah, sosiologi, pengembara, falsafah atau sufi, atau apa? Apakah dia seorang bertaraf wali warsatur anbia yang memimpin sebuah jemaah tarikat hakikat di pascra zaman Uthmaniyah.

Yang saya fikir dan kira, beliau adalah seorang tokoh rakyat, penggerak kemerdekaan dan pejuang kebebasan - kemanusiaan. Secara jujur juga saya tidak mengetahui di mana bumi kelahirannya serta latar belakang keluarganya dan bidang keilmuan yang dipanggunginya. Yang saya tahu dia adalah asal dari Mesopotamia - Asia Barat atau Eropah Timur.

Monday, January 23, 2017

Perkembangan terbaharu tanah jadi rebutan di Kelantan

Isu perebutan sibidang tanah di lebuh raya Paisr Mas - Rantau Panjang yang sebahagiannya kini dibangunkan perumahan awam oleh Syarikat Perumahan 1Malaysia (Prima), semakin menarik. Pertikaikan bukan sahaja di antara tiga pemimpin dan tokoh Pas, tetapi ia membabit pihak lain.

Khabarnya pihak kertiga yang merupakan tuan asal tanah berkenaan bercadang untuk "masuk daun" cuba mendapatkan haknya. Ada maklumat mengatakan pihak ketiga itu bercadang untuk membawa kes itu ke mahkamah.

Jikalau cadangan ini berterusan pertikaian tanah itu jadi semakin melebar dan mendebarkan.

Kerja-kerja pengumpulan dokumen dan bukti katanya sedang dilakukan dan ia sudah pun diserahkan kepada sebuah firma guaman yang terkenal di ibu negara, Kuala Lumpur.

Sebelum perkembangan ini diulas, esok saya akan sambung catatan sterusnya mengenai perebutan tanah berkenaan. Apakah isu yang sudah dibawa ke mahkamah sudah selesai atau macam mana? Berapakah nilai atau jumlah yang patut diterima setiap mereka yang terbabit dalam kes berkenaan?

Dan disebabkan pembelian tanah itu oleh pemimpin menggunakan duit parti, berapakah parti agama itu sepatutnya menerima wang itu? Tunggu. Wassalam. [wm.kl.3:15 pm 23/01/17]

Saturday, January 21, 2017

Ada usaha untuk jatuhkannya - apakah Zahid sindir Hishamuddin?

KATA SABTU

Semalam Zahid Hamidi mendedahkan ada usaha untuk jatuhkan dia sebagai ahli Parlimen Bagan Datuh dalam Piraum akan datang. Beliau menyifatkan usaha itu sebagai "rosak bermula di kapala".

Zahid tidak menyebut puak manakah yang berusaha menjatuhkannya? Saya tidak fikir ianya oleh pembangkang, DAP, PKR atau Amanah. Tidak perlu untuk Zahid mendedahkan kalau usaha itu dilakukan oleh parti Pakatan Harapan itu. Sememangnya kerja mereka hendak menumbangkan Zahid.

Lagi pun dengan kedudukan dan pengaruhnya di Bagan Datuh dia tidak perlu bimbang kepada usaha pembangkang itu. Jawatan TPM dengan segala macam kemudahan yang dimiliknya dengan mudah beliau melemahkan usaha itu.

Sikap Pas yang kini telah berpisah dengan parti pembangkang memberi keuntungan kepada Zahid. Pengaruh Pas disitu boleh dikira kuat juga, apa lagi kerusi Bagan Daduh pernah menjadi kerusi Pas. Saya mengira orang Pas akan bersama Zahid salam pilihan raya akan datang.