Tuesday, January 31, 2017

Ahli Majlis Mara perlu lapor kes Annuar ke SPRM

ULASAN ISU

Annuar Musa
Ismail Sabri Yaakub menteri yang bertanggungjawab terhadap Mara kata dia tidak dimaklumkan mengenai penggantungan tugas Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara dan juga Pengerusi Pelaburan Mara.

Tambah beliau lagi dipetik, beliau tahu ada mesyuarat ahli majlis Mara hari ini tetapi tidak mengetahui apakah agendanya. Apakah kedudukan ahli majlis Mara tidak dibawah penyeliaan Ismail Sabri selaku menteri?

Dalam pada itu Ismail Sabri juga tidak tahu apakah ahli majlis ada kuasa menggantung atau memecat Annuar kerana setahunya pelantikan pengerusi atau pemecatannya dibawah bidang kuasanya selaku menteri dan diketahui oloh perdana menteri.

Beliau memberi jawaban bodoh mengatakan dia akan merujuk kepada Penasihat Undang-undang dan juga sedang menunggu laporan (pemakluman) oleh ahli Majlis Mara. Logiknya apabila ahli majlis mengada mesyuarat dan memutuskan apa yang diputus itu tentu mereka ada kuasa, atau klusa dalam Akta Mara mengenainya.

Penjelasan dan pengakuan Ismail Sabri itu sedikit anih bunyinya. Masakan seorang menteri tidak membaca Akta Mara sedalam-dalamnya. Dangkal lagi kalau diukurkan dengan latar belakang beliau sebagai seorang peguam di mana hal-hal bersangkutan akta dan undang-undang begitu sepatutnya jadi "nasi dan budu" sahaja kepadanya.

Justeru alasan itu sangat dangkal, menggambarkan akan kelemahannya sebagai menteri. Ia juga menunjukkan beliau bersikap lepas tangan, dengan apa yang berlaku dalam Mara termasuki mengenai tajaan kepada Red Warriors itu diluar pengetahuannya. Kalau begitu patutlah dengan mudah Annuar pergunakan kedudukannya untuk menggunakan wang Mara untuk bola sepak Kelantan?

Mungkin kalau tidak kerana pendedahan Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim perkara itu lenyap dalam musim banjir begitu sahaja. Jutaan ringgit lagi wang Mara tidak diketahui hilang entah ke mana?

Apakah demikian sikap dan rupa menteri kabinet dibawah Najib Razak. Boleh melepas tangan dan tanggungjawab dengan mengatakan; tidak tahu sahaja. Apa yang berlaku kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini apabila berlaku penyelewengan oleh pegawai KKBS bernilai ratusan juta ringgit, Khairy juga menjawab mudah, dia tidak tahu. Tampaknya jawaban itu diterima pakai sama oleh Ismail Sabri.

Apa gunanya mereka diletak di situ, diharap menjaga kepentingan rakyat dan negara  kalau semua perkara yang berlaku dalam kementerian sendiri, sehingga wang rakyat ratusan juta hilang pun tidak diketahui? Atau sindrom tidak tahu ini berlaku sejak kemasukan wang dana RM2.6 billion ke dalam akaun Najib yang mana kejadian itu sebagai menghalalkan alasan mereka, yang berdalih tidak tahu itu.

Tindakan menggantungkan tugas pengerusi Mara dan pengerusi pelaburan Mara dipegang Annuar oleh ahli Majlis Mara itu satu tindakan berani dan patut dipuji. Syabas ahli Majlis Mara. Tindakan itu patut dialu-alukan. Cuma jangan pula selepas ini ahli majlis yang menggantung jawatan Anuar itu diambil tindakan sebaliknya Anwar pulang dari New Zeland nanti dengan senyum dan tawa.

Dan sehubungan dengan tindakan ahli majlis itu, satu laporan kepada SPRM patut dilakukan segera. Ismail Sabri pula perlu bersikap terbuka dan telus membuka pintu Mara seluas-luasnya untuk disiat. Apabila ahli Majlis sudah memutuskan menggantungkan tugas dan kuasa Annuar bermakna ia sudah ada prima facie. Semolek-moleknya semua ahli majlis ke SPRM dan bawa segala maklumat bersangkutan. Buat laporan.

Apa yang pernah dilakukan Annuar sebelum ini dia hadir ke pejabat SPRM untuk serah dokumen pembelian hartanah Mara di Australia perlu diteladani. Cara Annuar itu untuk menggambarkan dia bersih dan bertanggungjawab, maka aksi sama patut dilakukan oleh ahli Majlis Mara ke atas Annuar.

Kita tidak mahu dalam kes di Mara ini ia sama dengan kes-kes sebelum ini termasuk pernah melibatkan Annuar semasa beliau menjadi menteri dahulu dimana orang lain makan nangka orang lain kena getah. [wm.kl.2:13 pm 31/01/17]

4 comments:

Mali Muyung said...

Org bilang, anjing kalau sdah biasa mkn najis kalau tak mkn di cium juga. Mungkin seseorg yg sdah biasa menipu akan terus menipu kerana sdah menjadi darah dagingnya.

Pok Li said...

Walaupun tindakan menggantungkan Annuar oleh ahli Majlis Mara itu satu tindakan berani dan patut dipuji, saya berpendapat ianya lebih kepada perbalahan didalam parti UMNO sahaja.

Lelaki Dicermin said...

Yang aku nak cerita ni pasal anak syarikat MARA..ada salah satu anak syarikat MARA. Pengerusinya setiap 2 tahun tukar. Pengerusinya memang yg di lantik wajib pemuja umno.2 tahun apa lah sumbangan pengerusi boleh buat..kalau ada idea yg hebat sekali pun masuk 2 tahun ganti org lain.. pengerusi baru..keluarkan idea lain..lama2 anak syarikat MARA tu nak bersaing dgn syarikat swasta lain tak boleh..tahap itu je..punca pengerusi asyik bertukar.. aku pun naik heran menteri yg jaga MARA..takkan tak terfikir ke 2 tahun apa yg pengerusi boleh buat anak syarikat MARA tu..lupa pulak nak cerita..setiap kali masuk je pengerusi baru di anak syarikat MARA tu.. langkah pertama di ambik ubahsuai bilik pengerusi tu..ubahsuai bukan sikit2..kalau dpt peruntukkan lebih dari MARA.. cawangan baru anak syarikat MARA tu mesti di buat didaerah pengerusi baru tu..sama je mcm felda .. sesukahati je guna duit bumiputra . bukan duit emakbapak aku...

Zainal Yusof said...

Ingat Melayu akan merempat jika cina memerintah .
Ini ayat power pemimpin2 umno utk menakut2 kan melayu2 d kampung2.
Apakah pemimpin dr parti cina yg buat felda rugi besar ? Apakah parti politik cina yg buat negara berhutang puluhan billoin ringgit dlm kes 1MDB ? Dan pemimpin cina lah yg sewenang2 nya guna wang rakyat ( MARA ) ikut suka hati.