Saturday, March 13, 2021

Keadilan tidak lumpuh dengan tindakan oportunis

REAKSI

Xavier Jayakumar
PARTI Keadilan Rakyat (Keadilan) terus mencatat angka tambahan wakil rakyat dan pemimpin mereka bertindak meninggalkan parti. Hari ini seorang lagi wakil rakyat, ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar yang juga Naib Presiden telah mengumumkan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada kerajaan PN.

Xavier yang dikenali penyokong kumpulan Azmin Ali tidak dapat bertahan lama walaupun dia mencuba berpura-pura setria dengann parti, akhirnya mengambil keputusan mengekori Azmin juga. Beliau menjadi pemimpin kedua dari layer ketiga sebagai Naib Presiden Keadilan meninggalkan parti.

Friday, March 12, 2021

Team khas untuk tumbang Pas Kelantan

RENCANA KHAS


Ahli
Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menggelarkan Pas sebagai parti pelacur politik. Gelaran itu diberi memandangkan sikap dan tindak tanduk parti berkenaan yang tidak ada prinsip dan maruah dengan mengadakan kerjasama politik dengan sesiapa sahaja.

Gelaran dibuat Tengku Razaleigh itu tentu melihat kepada realiti yang berlaku. Satu masa parti itu menentang Umno dan kini menerima Umno sebagai pakatan politik yang strategik. Begitu juga satu masa parti itu bermusuhan dengan DAP, kemudian berpakat kemudian bermusuh balik. Malahan dari semua aspek politik Pas meletakkan DAP sebagai pendosa. 

Tuesday, March 9, 2021

Tarikh Piraum tidak penting bentuk kerjasama mustahak

SUSUPAN PETANG

APA yang dinanti dan ditunggu-tunggu oleh warga politik kini adalah bilakah (Piraum) pilihan raya ke-15 akan diadakan? Penantian dan persediaan untuk berpilihan raya itu sangat afdal kepada parti-parti politik, khasnya bagi oposisi daripada mengharapkan untuk melihat kerajaan Perikatan Nasional(PN) dijatuhkan dalam parlimen. Harapan itu sudah jadi seperti menanti bulan jatuh ke riba yang tidak akan muncul. 

Bulan jatuh ke ribaan hanya sebuah mitos yang tidak akan pernah menjelma. Ia hanya impian si pungguk biru yang lara kerinduan. Begitulah keadaan dengan harapan untuk melihat kerajaan PN akan tumbang dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang hilang akan menjelma kembali. Ia sudah jadi sebuah mitos yang terkambus dalam permainan angka.

Wednesday, March 3, 2021

Parti Umno, Pas, Keadilan dan DAP tetap parti unggulan

 SUSUPAN PAGI

SAYA mempunyai alasan dan hujah sendiri kenapa dikatakan hanya empat buah parti sahaja yang relevan dan layak untuk dianggotai seterusnya disokong bagi menjadi tonggak kerajaan. Parti-parti itu ialah Umno, Pas, Keadilan dan DAP. Alasan saya hanya parti ini ada asas dan teras yang kukuh penubuhannya. 

Thursday, February 25, 2021

Parlimen tidak akan dibuka tetapi dibubar?

RESPON

Guan Eng, Mat Sabu dan Anwar
mengharap terus.
KESIHATAN demokrasi di negara ini seperti kebah sedikit setelah mengalami demam panas sejak proklamasi darurat 12 Januari lalu. Titah penjelasan oleh Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayutuddin Bilah Shah semalam dilihat usaha untuk mengebahkan demam demokrasi yang dibimbangi ramai sebelum ini.

Sebelum ini demokrasi Malaysia dan parlimen diterjemahkan sebagai sudah mati di negara ini apabila proklamasi diisytiharkan. Proklamasi itu dibuat tanpa hujah yang kemas dan melampau logikal menyebabkan ianya dilihat sebagai helah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin saja yang mahu menyelamatkan dirinya daripada dijatuhkan dalam parlimen.

Sunday, February 21, 2021

Umno jangan bunuh diri sendiri

RENCANA KHAS


SELEPAS kekalahan dan kehilangan kerajaan pada pilihan raya ke-14 Umno terus jadi hilang punca dan mabuk tuak. Kekalahan itu membuka banyak rahsia Umno selama ini. Antaranya ia memberi gambaran dan mendedahkan yang parti itu tidak mempunyai kekuatan dalaman (inner strength). 

Selama lebih 70 tahun kewujudannya, Umno gagal tatah jiwa ahli dan pemimpinnya dengan semangat kental seperti ahli pada awal penubuhan tahun 1946 lampau.

Tuesday, February 16, 2021

Siapa layak ganti Ahmad Yakob sebagai MB?

 RENCANA KHAS

Antara mereka bertiga siapa lebih layak
jadi pengganti Ahmad Yakob.
KEPIMPINAN Allahyarham Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat terus membayangi hegemoni Pas Kelantan. Walaupun sudah enam tahun beliau tiada dan meninggalkan perjuangan Pas yang diterus oleh rakan-rakan, sahabat dan anak didiknya, tetapi wangiannya masih dirasai dan seakan beliau masih  bersama. 

Kerinduan kepadanyalah yang menjadikan demikian. Bagi setengah yang terkesan dengan tarbiyah dan syaksiahnya merasakan seperti beliau sedang memantau kerajaan peninggalannya dari tabir sana. 

Thursday, February 11, 2021

Pembangkang jangan mengharap bulan jatuh ke riba

SENANDUNG TENGAHARI

SUDAH lebih seminggu sebahagian besar ahli Parlimen telah menulis warkah pohon Yang di-Pertuan Agong supaya menggunakan kebijaksanaannya bagi mempertimbangkan supaya Parlimen dibenarkan bersidang sekali gus memansuhkan darurat yang diisytiharkan 12 Januari lalu. 

Tampaknya belum ada apa-apa respons daripada pihak Istana. 

Tidak ada sebarang kenyataan atau siaran media dikeluarkan oleh pejabat Istana Negara berkaitan dengan surat-surat permohonan itu?  Yang ada, laporan polis dan kertas siasatan dibuka kononnya surat itu tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong.

Friday, February 5, 2021

Rakyat perlu beri ultimatum kepada Muhyiddin

KHUTBAH PAGI 

Muhyiddin perlu diberi kata dua.
RAKYAT tidak boleh meriba tangan dan menunggu dengan penuh harapan, seperti menunggu bulan jatuh keriba mendengar janji-janji daripada pemerintah. Terlalu mempercayai dan yakin kepada kerajaan yang tidak cukup nombor sesuatu yang bukan semestinya.

Sekiranya masing-masing sudah merasa kehidupan terancam atau bakal terjepit, maka sesuatu tindakan perlu dilakukan. Menanti dengan mengharap seperti janji burung Belatuk untuk membawa ulat kepada Murai, rasanya perbuatan yang tidak memberi kebaikan. Dan sia-sia sahaja. 

Wednesday, February 3, 2021

Pemuda boleh selamatkan maruah Umno

RENCANA KHAS

Asyraf Wajdi dituntut jadi berani.
PERGERAKAN Pemuda Umno merupakan komponen terbesar dan terpenting dalam United Malay National Organisation (UMNO) bagi memastikan kesenimbungan perjuangan parti dianggotai 3.6 juta jiwa itu. 

Ia dianggap sayap Umno. Sejarah penubuhan pergerakan ini yang awal dikenali dengan Jabatan Pemuda sangat menarik dan signifikan dengan maksud dan tujuan penubuhannya.

Pergerakan Pemuda Umno ditubuhkan pada tahun 1947 hasil Persidangan Agung Umno yang diadakan di Seremban. Dua tahun kemudian ia terlembaga. Antara tujuan penubuhan pergerakan ini untuk menarik lebih ramai generasi muda menyertai parti tersebut sebagai "laskar" merdeka.