Saturday, March 13, 2021

Keadilan tidak lumpuh dengan tindakan oportunis

REAKSI

Xavier Jayakumar
PARTI Keadilan Rakyat (Keadilan) terus mencatat angka tambahan wakil rakyat dan pemimpin mereka bertindak meninggalkan parti. Hari ini seorang lagi wakil rakyat, ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar yang juga Naib Presiden telah mengumumkan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada kerajaan PN.

Xavier yang dikenali penyokong kumpulan Azmin Ali tidak dapat bertahan lama walaupun dia mencuba berpura-pura setria dengann parti, akhirnya mengambil keputusan mengekori Azmin juga. Beliau menjadi pemimpin kedua dari layer ketiga sebagai Naib Presiden Keadilan meninggalkan parti.

 Alasan Xavier kenapa dia meninggalkan Keadilan dan menyokong kerajaan PN kerana kecewa dengan parti itu sejak setahun lalu. Disamping itu langkahnya menyokong kerajaan PN untuk bantu mencegah Covid. Alasan yang dangkal dan di luar logik.

Pemergian Xavier merupakan pemimpi tertinggi Keadilan bukan yang terbaru, sebelum Zuraida Kamaruddin yang juga Naib Presiden meninggalkan parti itu. Ketua Angkatan Wanita, Haliza Talha juga ikut sama angkat kaki dan bawa kerusi meninggalkan Keadilan. Pemergian Xavier itu adalah penerusan permainan lompat dan khianat parti yang masih belum muktamad. 

Diberitakan masih ada beberapa ahli Parlimen dari Keadilan yang lain lagi akan mengambil langkah sama, dimana mereka dipercayai kumpulan yang menyokong Azmin dan sedang diancam penguasa. 

Sehingga kini sudah 12 orang wakil rakyat -- ahli Parlimen Keadilan yang meninggalkan parti, menjadikan ahli Parlimen Keadilan kini tinggal 35 orang daripada jumlah asal 47 orang. Beberapa hari lalu ahli Parlimen Julau Sarawak (Larry Sng) dan dan ahli Parlimen Teberau Johor (Steven Choong) membuat keputusan sama. 

Tindakan mereka itu berlaku dengan berbagai alasan dan sebab. Ada yang kerana teruja dengan kepimpin Azmin Ali dan ada yang secara terdesak dan terpaksa mengangkat kaki demi menyelamatkan leher yang sudah di muka jerat. Pokok pangkal apa alasan sekali pun, mereka tidak bersama Keadilan lagi.

Apa yang berlaku kemudian, (selepas kumpulan 10 orang pertama bersama Azmin bersekongkol dengan Muhyiddin Yassin melakukan kudeta), kerana kesan daripada kehilangan kerajaan. Sekiranya kerajaan PH masih ada, dan PKR masih berkerjaaan, dipercayai yang mengikut kemudian itu tidak akan berbuat demikian dan mereka betah dengan Keadilan. Apa lagi kalau mereka kebetulan sudah memegang jawatan selesa sebagai menteri tidak semudah itu mereka mencari alasan dan memutar kata.

Tidak perlu berfikir panjang dan mencari justifikasi mengapa mereka berbuat begitu ia sudah ada jawabannya?

Dengan berlakunya peristiwa itu tentulah orang Keadilan berasa sedih dan kecewa serta marah. Mereka yang meninggalkan parti setelah berjuang sama-sama sejak 20 tahun lalu sedih dan hampa serta merasakan ia satu pengkhianatan. 

Tidak perlu kesal dengan apa yang berlaku itu sebenarnya. Kalau difahami kerenah dan sepak terajang politik, tindakan mereka itu dianggap wajar. Ia perkara biasa dalam dunia politik. Usahkan parti politik agama pun ada yang tegal meninggalkannya. Hal itu bukan sahaja berlaku dalam Keadilan tetapi dalam parti-parti lain juga. Boleh dikatakan semua parti menghadapi tribulasi serupa termasuk parti agama sendiri. 

Serangkai kata-kata berbunyi, "tidak ada kawan dan musuh yang kekal dalam politik" menjadi penawar untuk merawat luka dan pedih atas perbuatan ahli dan pemimpin yang khianat itu. Pengkhinataan seperti itu suatu yang subjektif dalam politik. 

Bagi pihak yang kecewa dan mengalami kerugian atas tindakan itu merasakan tindakan itu satu pengkhianatan dan ia akan dikecam sehabis-habisnya. Sebaliknya pihak yang mendapat laba dari tindakan itu, merai perbuatan itu dan dialu-alukan serta disanjung tinggi. Politik itu sendiri sebuah wadah perjuangan yang dikosmetik dengan pelbagai warna dan rupa yang hakikatnya untuk survive diri sendiri. 

Biarlah mereka meninggalkan Keadilan. Lagipun pemergian mereka bukan kerana perjuangan menegakkan Keadilan dan Kebenaran. Mereka sebenarnya telah melacurkan Reformasi idealisme yang dilaungkan selama ini. 

Begitu pun Keadilan masih kebal mendukung ideslimse perjuangan itu dan menggerakkan denyut nadi rakyat. Dalam perjuangan yang penting adalah prinsip dan idealisme perjuangan, bukan sosoknya. Sosok boleh bertukar ganti bila-bila masa sahaja.

Lama sebelum ini, sejak awal Keadilan sudah mengalami peristiwa itu. Sudah ramai yang pergi atau menghilang diri termasuk bergelar pemimpin kanan bahkan pengasasnya sendiri. Mereka pergi dengan berbagai karenah dan alasan ada yang kecewa, merajuk ataupun berasakan tidak dilayan. Banyak nama-nama besar yang disenaraikan telah meninggalkan Keadilan.

Antara Chandra Muzaafar, Marina Yusuf, Ezam Muhammad Noor, Anuar Tahir, Rahman Othman dan ramai lagi yang pergi dan pulang. Meskipun mereka berlalu ada yang sambil memburukkan Keadilan dan ada yang berlalu dengan baik, tetapi ia tidak melemahkan Keadilan. Parti itu tetap utuh dan kuat. Ahli bawahan yang ikhlas dan percaya kepada idealisme Keadikan lah yang menjadi roh parti.

Ertinya pemergian pemimpin dan sesiapa dalam Keadilan tidak menjadikan parti itu lumpuh dan lemah. 

Keadilan tidak mengalami apa-apa kerugian dan kecatatan. Malahan kemenangan besar Keadilan sehingga mampu membentuk kerajaan dalam Piraum ke-14 lepas setelah mereka pergi atau tidak lagi memberi komitmen kepada parti. Jadi apa yang hendak dibimbangi. Ertinya kehebatan dan kekuatan Keadilan itu bukan bergantung kepada individu tetapi kebersamaan ahli dan penyokongnya yang tabah dan sabar. Nafas Keadilan berada dalam idealismenya bukan di tangan pemimpin. 

Sesebuah wadah perjuangan itu menjadi kuat dan gah oleh mereka yang ikhlas dan suci, bukan yang oprtunis dan munafik menggunakan parti dan perjuangan untuk kepentingan diri. Mereka yang oprtunis dan munafik menggunakan wadah untuk kepentingan diri, biasanya mereka tidak mampu bertahan lama. Pantang diuji atau menghadapi cabaran mereka akan mengalah dan berundur. Bukan sahaja dalam Keadilan tetapi parti-parti lain juga berlaku. 

Kesimpulannya pemerian Xaviver atau sesiapa sahaja, melainkan jangan Anwar Ibrahim ia tidak melemah dan menempang perjuangan parti multi racial itu yang bertunjangkan reformasi. Keadilan menjadi sanjungan dan wadah kesayangan mereka yang menerima prinsip dan konsep perjuangan untuk rakyat berbagai kaum di negara ini. 

Yang pergi baik atas kerelaan dan keterpaksaan, biarlah. Lepaskan mereka dengan tenang. Jangan menangis atas perbuatan mereka tetapi azamkan untuk meneruskan perjuangan demi rakyat bersama idealisme yang ditetapkan parti itu. 

Cuma satu perkara Keadilan perlu pastikan jangan Anwar yang meninggalkan parti itu sudahlah. Kalau Anwar juga mengambil jalan pintas, disitulah nanti Keadilan boleh lumpuh. [wm.kl. 4:02 pm 13/03/2021]

No comments: